Monday, November 12, 2012

::Anugerah Terindah::

Salam,

Dah lama saya tidak berblog...dah bersawang rasanya. Ini kerana saya teramat sibuk lately ni. Banyak kena out station. Dari Aidiladha lepas, memang tak sempat2 nak buat n3 baru. Tapi N3 kali ni memang dok simpan ja nak mengarang bagai. Buat tatapan dan kenangan untuk akan datang terutama my big princess, Nur Ameena Sofia..Her big day on 3rd of November 2012..Ihtifal & Graduation Day 2012. Dekat fb saya ada upload pic dia, cuma tunggu official pic dari Al-Fatih..:)

Dalam 2,3 minggu before event, memang kak long sibuk dengan preparation, siap tice call jgn ponteng/cuti sekolah sbb kaklong kena practice untuk 'lakonan' time event nanti. Mama dah risau lak, sbb 2 days before event, mama ken out station ke Kota Bharu, kelantan. Mula2 tu plan nak letak kat rumah bbsitter ja. Ni mesti nak kena pi sekolah jugak. Tapi mama just inform tice, tapi perancangan Allah..mama dimudahkan. Tice yang offer suruh kaklong bermalam di rumah beliau sahaja. Mama lega sangat, settle 1 masalah.. so tinggal ja adik dkt rmh bbsitter. 



Balik dari KB, ambik kaklong kat rumah tice, dia cakap dia kena practice jd ' MC of the day' ...amboi, ni ikut baba la ni. kecik2 dah jd MC bagai.Bagus, berani betul anak mama..siap practice kat rumah...Balik dari KB tu, Sabtu (3/11/12), mama dah start mengajar pulak. Nasib kelas petang. jadi dapatla attend event Kaklong pagi tu, lega. kalau tak terkilan jugak...Dua tahun di Al-Fatih, ini la hari yang di tunggu, lepas ni tak dak dah..Alhamdullillah, dengan izin Allah, mama dapat join jgk..padahal hati ni dok dup dap dup dap sbb first class nak mengajar..menagjar lak budak besaq, mau tak ketaq lutut..tapi takpa, mlm tu dah stay up prepare slide..:)




:: All graduands of Al-Fatih 2012::

Dalam kol 8pg camtu, hantar kaklong dulu..Event kat KUIS ja, jd senang...sbb jd MC, jadi kena awal. Dapat la tentatif program..Setiap anugerah pelajar memang dah siap senarai dalam tu..untuk semua pelajar, memang akan dpt setiap seorang. kreatif tice letak nama award memasing2...ni kira nak bagi semua happy..so ameena dapat award leadership award untuk Abu Bakar Centre..Al-fatih ni ada 3 centre..Abu Bakar, Umar & Uthman Centre..tup-tup mata terpandang 1 lagi anugerah dalam buku cenderamata tu..Nama kaklong untuk Anugerah 'Muhammad Al-Fatih 2012'..memang tak sangka, terus rasa sebak sangat..perasaan seorang ibu kot..baba pun sama, tapi masih blh tahan lagi tu. Alhamdulillah anak mama direzkikan dengan anugerah ini...Keep up the good work dear! mama baba bangga sama kamu. It's just first step and long way to go dear..Keep up the excellence in academic and sahsiah...be the good muslimah, good daughter, good sister to siblings...Mama, baba and adik feeya always love you and proud of your achievement...

:: Muhammad Al-Fatih Award 2012::

::Our Family Potrait::

Tuesday, September 18, 2012

::Family Portrait::

::Mama with two kiddos::
::Sporting::

::Posing dalam keta::

::Two sisters, happy face::
::Again..mama with kiddos::

::Different pose::

::Last but not least, baba in action with anak2::

Friday, September 14, 2012

Coret-coret Aidilfitri 1433H/ 2012

Salam,

Sikit coretan mengenai sambutan eidulfitri kami baru-baru ni. Tahun ni, turn raya di Kuala Lumpur bersama in-laws...turn tu maksudnya, kami beraya pada hari raya pertama....masih balik ke-dua2 belah family, cumanya raya pertama saja yg berbeza...

Tahun ni, saya tidak ke masjid untuk solat hari raya, memandangkan ada budak kecik kat rumah dan masih breastfeed, susah pulak. Kalau ditinggal, mau dia meraung minta susu, nak bawak ke masjid, tidaklah buat masa ni...

Menu kami di pagi raya adalah nasi impit, rendang ayam, sambal goreng, ayam masak sambal...Tapi beraya di KL ni tak serupa beraya. Habis ja orang solat raya, dah tak tau nak buat apa....teringat kampung nun jauh di utara sana..huwaaaaaaaaa

Raya ke-2 sudah mula berangkat ke Penang, negeri kelahiran saya...orang kampung cek dah tunggu no..tahun ni semua pakat raya rumah mentua masing2, tahun depan kita kumpui ramai2 no..heheh

Berada di kpg sehingga raya ke 7 (sabtu)...pagi tu dah bertolak balik KL....Some pics taken. Enjoice!


:: Bersama Parent in laws::

::Semua in da house::

:: With bff di raya ke- 5::

::Our small family portrait::





Friday, July 27, 2012

::Diari Ramadhan::

Salam,

Bercerita sikit sebanyak tentang Ramadhan tahun ni untuk rujukan masa depan:). Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-7, umat islam di Malaysia berpuasa, genap seminggu.Cepat rasanya masa berlalu..So far, semua under control. Tahun ni, kami sepakat untuk bersederhana masa berbuka dan bersahur. Sebab pengalaman sebelum ni banyak mengajar supaya jangan membazir...

Hari pertama jatuh pada hari Sabtu, jadi untuk juadah berbuka, saya masak kat rumah. Menu adalah mee bandung, cucur bilis dan sambal bilis bersama teh 'o' panas. Simple tapi mengenyangkan...Alhamdulillah. Memang plan menjadi untuk tidak berbuka dengan nasi. Sebabnya, tak mau kenyang sangat, nanti mengantuk nak bertarawih. Untuk sahur, saya memang masak nasi dan lauk pauk. Alhamdulillah, setakat ni saya punctual bangun jam 3- 4 pagi untuk masak. Pukul 5 pagi baru kejutkan abg dan kaklong untuk bersahur. So far, senang nak kejut kaklong, even bukan la makan banyak mana, tapi saya akan make sure dia makan jugak nasi, even tak habis pun..menu dia simple ja, cukupla nasi kosong dgn ayam goreng segera ayamas dengan milo panas. Itu dah cukup...


Untuk kami bersahur ni, setakat ni menu adalah simple randomly seperti ikan masak asam, sardin goreng kicap sos, sotong goreng tepung, ikan masak taucu, sotong goreng kicap, sotong goreng kunyit, keli goreng berlado, sayur kailan ikan masin...ditambah dengan telur goreng. Sy jenis kalau masak kena ada 3 jenis lauk heheh..ni sbb ikut mak, dah terbiasa:)Maaf ya, memang saya tak sempat nak ambik kamera snap gambaq, feel tak dak pagi2 buta nak amik kamera:)

Kaklong so far progress ok, milestone puasa dia:


Day1 : sampai pukul 12 tghr
Day2: sampai jam 3 ptg( itu pun sbb gigit sikit papadom sy goreng simpan dalam balang, teringin sangat2..time tu saya tgj tido..takperla dimaafkan):)
Day 3 : tak puasa, sbb dia tak sihat...ulser dan sakit telinga, kena makan ubat bagai..lagipun sekolah pun ponteng...
Day 4 : sampai pukl 3 rasanya, tice suruh buka puasa sbb ulser dalam mulut, kena minum air banyak2...
Day 5 & 6 : Alhamdulillah, puasa penuh 1 hari....Alhamdulillah..even ada drama bagai, tapi berjuang juga hingga time berbuka..I'm proud of you dear.:)


Bayangkan...sampai rumah kol 6 ptg tu la, cakap tak tahan, lapar....sayangkan kalau nak bukak. Bila dok ralit tgk tv, lupa kejap..kol 7 ckp lagi tak tahan dah ni mama..heheh puas la pujuk semua, ok la...lagi 5 minit pun dia dok cakap lagi..puas la pusing topik lain, ajak hafal ayat lazim la, layan adik main la, ajak buat air sama2....last2 lupa sampai la time berbuka..harap Kaklong masih bertahan sampai la penghujung ramadhan.Alhamdulillah..


Tahun ni Kaklong 6 tahun, tahun untuk berlatih, kalau setakat separuh hari pun tak pa..tapi bila dah sampai 5 ptg, akan mama usahakan berjaya puasa sehari...sayang kan, alang2 dah..


Selain tu, baru berapa juzu' saya tadarus, harus ditingkatkan lagi..moga ada ruang dan peluang untuk saya meningkatkan amalan di bulan mulia ini. Alhamdulillah, solat terawih dapat saya lakukan hingga ke saat ini. Moga diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak2 dalam bulan mulia ini, moga doa2 dimakbulkan, Insyaallah. Moga Ramadhan ni lebih baik dari sebelumnya. 


Insyaallah...AMIN





Thursday, July 19, 2012

::Salam Ramadhan ::

Salam, 

Esok lusa dah nak sambut puasa. Kejap ja masa berlalu. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua. Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk melipat gandakan amal ibadat. 10 malam yang pertama adalah rahmat, 10 malam kedua adalah pengampunan dan 10 malam terakhir adalah kebebasan dari api neraka. Allah buka seluas-luasnya untuk kita mengerjakan amal ibadat. Jangan lepaskan peluang ini...:)

Tahun ni tahun ke-dua bagi Wafeeya sambut ramadhan, dan tahun ke 6, Ameena bertemu ramadhan. Insyaallah, tahun ni nak ajar kak long untuk mula belajar puasa...dapat setengah hari pun jadi la, tapi kalau boleh harap dia dapat bertahan hingga waktu iftar. Nampak macam tak sabar dah dia nak join mama baba berpuasa...Tambah pulak Al-Fatih dah start dengan Sadaqah Fund sepanjang bulan puasa ni. Kalau Kaklong berpuasa, leh la join Iftar jamaie dengan kawan2 di Al-Fatih..

Moga kami sekeluarga dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah dan diberi nikmat kesihatan dan umur supaya perjalanan puasa kami berjalan lancar.Insyaallah..


Monday, July 9, 2012

::Tiara Beach Resort::

Salam,

Plan nak ke Tiara ni baru jer terpikir masa hari Khamis, 2 days before pegi. Saja nak bawak anak2 jalan, cari suasana lain...lagipun sian Kaklong Nina asyik dok tanya bila nak pi lagi Gambang..Jauh sangat Gambang tu nak oi,  kita ke PD kira ok la..perjalanan tak jauh sgt, badan tak letih even dah balik rumah...Janji anak2 happy, mama baba pun dah happy..Kami pi Sabtu 7 Julai tu..

Survey kat website Tiara, dah fully booked. Jadi Abg tanya kawan dia sbb sblum ni tau ada persendirian punya..So confirmed bilik ada dan hanya RM100 semalam. Ok la..yang penting nak pi berendam, bilik takat nak tido jer..Alhamdulillah...

Alhamdulillah perjalanan ok, semua behave jer..terutama si kecik tu.half way, dia dah tido..kali ni tukar plan, mama ngan adik kat seat belakang, kaklong dok kat depan teman baba. Si kecik tu dah panjang, susah nak pangku dah. Satu lagi macam ganggu jer dekat gear sbb kaki dia panjang..:)


:: Budak tak duduk diam::


:: 3 penyejuk mata mama::


:: Kaklong & adik::


:: Cantik kan view dari bilik::


:: Sesi berendam, baba yang monitor::

Masuk dalam water park ni kena bayar..dewasa RM28, kanak2 RM5...so RM33 ja, exclude mama dgn adik..:) Tapi ye la, 2 jam berendam, puas dua orang tu..




:;Kaklong dah berani, adik overexcited::


:: view cantik::

:: Last but not least......::

Best kali ni, dapat explore tempat makan ikan bakar yang baru..sedap dan murah:) Moga anak2 mama sentiasa happy...ada masa dan rezki, kita jalan2 lagi ye..



Sunday, July 8, 2012

::Cameron Highlands::

Salam,

Dah lama rasanya tak sampai ke CH..last pegi masa Feeya 3 bulan, hampir setahun la...nak kata lama sgt, idak la:) Kali ni pegi sbb emergency...Atuk abg sakit di Hospital CH, sbb nya dia memang dok CH kat Kampung Taman Sedia. jadi admit kat situ la..dia ada darah beku di paru2, paru2 berair dan macam2 lagi..So, Isnin tu sy EL, husband un EL..kami pi dgn PIL..anak2 pun bwk sekali, Kaklong pun ponteng sekolah..Sbb pi tgk orang sakit jadi tak de rla beria berjalan..ada la few gambar kat sana...singgah makan, singgah rehat..tu jer la...Kami singgah rumah dia kat Taman Sedia untuk rehat dan makan..then bertolak balik...


::Seronok budak2 ni main air kat Lata Iskandar::

::Family::



::Al-Masyhoor Strawberry::