Sunday, June 19, 2011

::Part 3 - Aktiviti padat di Bulan Jun::


::Tok Cu & Opah Cu, the host::
Mereka ada homestay di kpg tman sedia..




















Sambungan..

Week 3 (18 & 19/6)

Minggu ni saya dan family hubby ke Cameron Highlands. Opah dan Tok sedara hubby tinggal di Kampung Taman Sedia, CH. jadi dapat la kami ziarah dan jalan2 sekali..

N3 ni saya letak gambar dl, description akan update kemudian.

::Part 2- Aktiviti Padat di Bulan Jun::

Sambungan...

Week 2 (12/6)

Minggu ni kami pi Ipoh, kenduri Abg Ngah anak Maklang..

Gambaq nanti upload..

::- Part 1-Aktiviti padat di bulan Jun::

Assalamualaikum..

N3 ni walaupun tajuk dia bulan Jun, tapi takpela nak update sehingga 20/6..nti later akan diupdate jika ada penambahan...Ni kiranya kisah habiskan weekend setiap minggu di bln 6..kira padat la schedule, nasib masih bercuti kan pantang 3 bln:)

Week 1 (4/6-6/6)

Balik Penang time ni sbb anak pakndak (adik ayah) kawin. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kami bertolak hari Khamis petang lagi. Sbb hubby dah amik cuti Jumaat (3/6) & 6/6 (Isnin) utk hbskan cuti di kpg. Sabtu tu kenduri sebelah pompuan,then Ahad sblh lelaki. Senang kan habiskan minggu tu jugak, tak yah nak sibuk mggu lain. dan pengantin laki duduk tak jauh pun, ada la 15 minit perjalanan.Ni kira kalau raya tak yah gaduh2, sng..dekat sgt.

Ahad tu kami semua pakat pi manyambut la (ni kalau orang utara sebut menyambut kalau kenduri belah lelaki..semua berjalan lancar cuma yang tak bagusnya, kami semua pakat sakit perut.Makanan dia memang sedap kat rumah pengantin lelaki tapi spoil la sikit sbb mungkin lauk dia ada yg masak awai kot, sbb tu kami kena. Hubby je yg terkecuali, kebal kot perut dia. Saya sampai termuntah2 teruk, nak bgn pun tak larat..nak nyusu baby pun tak larat. Malam tu pulak kakak ada buat makan2 kat rumah dia,saya dah surrender sbb dah tak larat nak bgn, tp yg lain tak la selembik saya, so semua pakat pi. Tinggal mak, saya ngan baby kat rumah. Balik dari rumah kakak, hubby bwk balik putik daun jambu, utk hilangkan sakit perut. Alhamdulillah petua tu menjadi..sbb dok ingat esok tu nak pi Pekan Rabu kat Alor Setar..tak kan nak berenti2 tgh jalan..

Sempat la shopping baju melayu hubby dan ole-ole utk bawak balik KL nanti. Kami pi 2 buah kereta, mak pun ikut. Ayah je tak dapat ikut sbb ada hal.. Kami sampai jam 10..30 malam tu. Lps shopping singgah rumah adik di pokok sena. dia duduk sana, suami dia orang sana. Dia mengajaq kat situ. Tak penah sampai lagi rumah dia. Dulu dia mengajaq kat tapah, bila kawin ikut suami, pindah situ. La ni dok menanti cahayamata pertama, insyaallah bulan depan.

- N3 ni tak dak gambaq lagi, nti update.