Thursday, September 22, 2011

::5 tahun Vs 5 bln::


Jauhkan jarak tu..5 tahun..so next planning, bila mau tambah? tgh dalam dilema ni...pengalaman sblm ni, bila rasa nak planning dulu lps dpt Nina dulu la (bunting pelamin punya kes)hehe, Tambah2 lak orang sekeliling pun dok ckp..tunggu la Nina besaq dulu, baru la pregnant balik...takut pisang berbuah dua kali..bl nak sgt2, tak lekat...2008 gugur...sampai la 2010 baru la lekat balik...

Doc suggest after 2 years time baru la pregnant balik ...Antara sebab2 lain:

1) 1st pregnant tambah 1.5 pack darah, 2nd pregnant tambah 3 pack....makin meningkat usia, makin tambah banyak lagi darah..due to thalassemia

2) time mengandung ni, 2,3 kali warded....sbb HB merudum..tak kan nak tinggai anak yg kecik lagi, sbb masih breastfeed...huwa..

3) flat nya saya bila alah yang tak kenal masa hingga ke full term. main dan ja nak muntah..tp at beginning, mmg lgsg tak bermaya

4) kesian hubby sbb start sy mengandung dari 4 bulan lg, hubby hantar ambik ke ofis..dulu baru nak masuk dua, ok la lagi..ni kalau dah ada 2 kids yg kena look after...sian dia..

Dilema....dilema...

Hajat hati ni nak je proceed jer trus...senang beranak beranak..lps tu STOP! heheeh

Tapi bl fikir psl condition diri, insap kejap..tapi dalam hati ni meronta2 nak ngandung balik...Bila sembang2 dgn hubby dia kata leh jer on...bila masa lain sembang balik isu ni, dia kata kesian lak kat baby...dan kesian jugak kat saya ni..tak macam orang lain,mengandung senang...tau tau dah bersalin...macam tak mengandung ja....

Sapa yang ada pengalaman tu...share2 la dgn saya.kot2 ada tips2 dan ilmu...:)

Wassalam..

Wednesday, September 21, 2011

::Weekend yang sibuk dgn keja::

Intake baru dah bermula untuk Sem 1 2011/2012...Ada few gambar sempena majlis pendaftaran baru2 ni...Ni untuk dua2 pelajar undergrade & post grad..Saya kena jaga kaunter masa hari kejadian.So tak de la banyak gambar dapat ambik.

Moga perjalanan semester ini berjalan dengan baik dan dipermudahkan...7/10 ni nak kena out station ke KIPSAS, pendaftaran pelajar lama pulak. So this month, mmg hectic sikit. Schedule almost pack..dan yang paling saya tunggu...My Big Day..My convocation Day..Insyaallah will be on 15 Oct 2011...:)) Finally, I have master in Comp Science (Multimedia) :))



::Bila kerajinan meresap::

Saya tak buat open house, tp kalau ada yang telefon nak dtg, dipersilakan.Ini kisah student2 abang nak dtg beraya..Alang2 diaorang datang, sy masak lebih sikit, jemput family In law sekali..nak masak banyak2 ni bukan selalu...menu of the day, rendang ayam, nasi impit, bihun goreng, yang lain2 biskut raya, air..




::Wordless Wednesday::



Tuesday, September 20, 2011

::Feeya @ 5 months::

Alhamdulillah, feeya dah pun 5 bulan 11/9 hr tu..lewat sikit buat N3 sbb nak cari mood menulis..sekejap ja dah 5 bulan. Lain bulan, lain perkembangannya. Kali ni cucuk 5 bulan dia demam. tak tahan kot sbb tu cucuk 3 serangkai.Tapi alhamdulillah sehari ja dia demam. Sbb dia tak penah demam sebelum ni, risau jugak..jenis tak meragam sgt, merengek sikit2, tu yg tak tau dia demam..pegang2 dah panas..

Masa demam tu check suhu dah 39.5.Tinggi..risau, cepat2 bawak pi klinik.Masuk ubat bontot..turun 37.0..alhamdulillah..sepanjang malam dok berjaga, takut suhu naik pulak..check lps tu, cuma 34, 35...lega,dia dah sihat.cuma dia nak menempel je la...nak nyusu memanjang, mungkin sakit2 badan...tp alhamdulillah dah baik:) Syukur sangat, demam2 ni tak leh memain...mcm2 jadi..nauzubillah..


Check 5 bulan kat klinik, berat dah 7.0 kg..alhamdulillah..makin semangat. sebulan lg, dah boleh makan...lagi la semangat! :) lps ni nak kena buat solid food...moga mama rajin ye sayang siapkan bubur pepagi sblm ke ofis..Insyaallah:)

Luv u sayang, feeya my adorable baby:)






Monday, September 5, 2011

::Salam Aidilfitri 1432H::


Salam Syawal pada semua, hari ni 8 Syawal dan saya masih bercuti...Serba sedikit corat-coret sambutan Hari Raya kami..Tahun ni giliran beraya di penang dulu kemudian baru beraya side abang.Alhamdulillah kami balik kpg pada Jumaat (25/8/2011) usai selepas maghrib.Dan alhamdulillah jalan tak jem. Cuma berenti sekejap2 untuk singgah makan dan ke toilet. jam 3.30 pagi sampai di Penang dan terus bersahur. Dapat la bersahur 3 hari dan berbuka pun 3 hari...Alhamdulillah, sbb memang budget tak balik masa rama

dhan hanya tunggu hujung time balik cuti raya ja dapat berbuka sama2 dgn family kat penang.

Tahun ni lebih meriah sebab semua adik beradik 9 orang dapat beraya dan berkumpul sama2. Kami dah plan nak buat bbq malam raya.alhamdulillah, menjadi planning tu..even kat rumah makayah ada 2 orang tgh berpantang..Alhamdulillah dipermudahkan...

Petang menjelang raya, saya sempatla balut ketupat palas dengan mak. Skill dah ada, time ni la dapat tolong balut ketupat...untung dulu2 belajaq dgn mak:)..ptg tu jugak dapat la merasa berbuka dgn ketupat, sbb sempat masak..


1 Syawal

Tahun ni sy tak buat solat sunat hari raya, sbb dah ada anak kecik ni susah skit. Tambah2 feeya susu badan (susu cap gantung) :), lagi la susah nak ting

gai gitu..kang meraung pulak dia pagi2 raya. Yang lelaki pakat pi solat termasuk la mak, tinggai kami2 jer la yang pompuan...hari tu buat mee rebus. So chef dah ada, kak Da jadi ketua chef untuk masak semua...menu mee rebus, mee sup ayam kampung, ketupat palas, rendang ayam, kari daging, nasi impit, kuah kacang....sedap2:) Kaum lelaki sebelum solat sunat hari raya, dah siap2 sarapan ketupat..buat lapik perut.

Saya sibuk siapkan anak2, tak leh siap dulu sbb nak menolong kat dapur nanti dah kotor2 semua, tak best dah. Tunggu semua balik raya, kami pakat2 dok siap semua sbb nak bersalaman dan bergambar. Ada insiden berlaku time ni.cuba kalau belek gambar ramai2 tu, tgk nina pusing ke belakang...tu sbb dok menangis ntah apa punca pun tak tau..dia sampai sudah tak nak bergambar. mujur sblm official ambik gambar semua tu, kami 4 beranak dah posing2 dulu, jadi adala gambar kenangan..cuma tak sama dgn orang lain, sbb lokasi bergambar lain.tapi jadila dari takdak kan...:) puas la pujuk bagai, sampai berdukung2 time ambik gambar...itula anak, tak kira masa dia nak meragam...nasib feeya ok time tu:)


Habis sesi bergambar semua, sesi bersalam-salaman dengan mak ayah dan semua2...Seronok dapat berkumpul semua macam ni...oleh sebab tahun ni raya ada 2 orang berpantang, jadi hall depan tu dah jadi wad bersalin..heheh tak cukup space dah nak bergambar kat situ, jadi kami berkumpul ambik gambar kat ruang depan luar rumah...baru lah dapat ambik semua...

ada fews gambar sepanjang raya, sy just letak sikit ja, yg lain dalam fb..enjoyce!:)




::fendy & co::




::Nina posing::


::Nina n cousins::



::me wif kak wanis::


::3 of us::


::Bersalaman::



::Feeya wif baba::


::my precious sedondon::



::My beloved family::