Tuesday, October 18, 2011

::Feeya @ 6 months::

Feeya dah masuk 6 bulan 11 Oktober hari tu..Lambat sikit updates sbb mama sibuk memanjang...tambah2 time takder mood, mana de nak nulis2 bagai ni...ALhamdulillah perkembangan semua baik. Masa cucuk 6 bulan, feeya tak demam...lega sgt sbb 2 days before convocation. Sian la kalu demam nak tinggai kat bbsitter...



Feeya dah pandai pusing2 badan dia. Bontot dah mula angkat macam nak merangkak..memang tak boleh tinggai sorang, takut dia memusing jauh, silap haribulan dia landing baik punya kepala dia atas simen..even letak toto besar tu, kena pantau jugak..dah mula melasak dia..berat timbang last dalam 7.46 kg camtu..tinggi dah 66cm.kejap ja anak mama ni..Apa2 pun yg penting, membesar dengan sihat. Dah start bagi makan...dalam kepala ni macam2 nak masak home made punya, tp oleh kerana kengkangan masa, bg nestum (alasan baik punya), tp dah tekad nak masak utk feeya..Nurse ckp nestum tu semua hanya sampingan ja, yg penting bg bubur nasi...


Monday, October 17, 2011

::Konvokesyen 151011::


Selamat sudah majlis konvo saya.Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kali ni mak dan ayah tak dapat nak raikan sama2 sbb jauh nun di Makkah sana..tapi takpe, saya masih gembira kerna ada orang2 yang saya sayang di sisi terutamanya my beloved hubby dan anak2...Alhamdulillah. Sesi saya petang, jadi dalam pukul 11 pg kuar rumah, hantar dak feeya dulu rumah bbsitter.Tak boleh bawak dia, sian nak menunggu sikit punya lama..mau kol 6 ptg baru

hbs. Bagus jgk decision tu..mmg habis lambat pun, dengan hujan lagi. Cukupla makuda (my adik) jaga kak long sorang ja kat luaq, kalau dua2 jenuh nak kawai..


Saya masuk dewan jam 2.15 ptg..dah solat semua, siap2 la beratur kat luar dewan sultan salahuddin tu..jumpa la kawan ex-classmate. Semua ada..almaklumla kerja sambil belajaq ni, bukan kenai orang sgt, harap ke kawan2 kelas ja yang kenai pun...Penat gak dok tunggu giliran. Yang bagi skrol, Pro Canselor UPM, nama tak ingat...dalam dewan nampak my supervisor, PM Dr. Lili..siap lambai2 lagi, lama tak jumpa..maklumla pi viva time pantang hari tu..alhamdulillah semua dah lepas..:)


Macam2 dalam tu..siap ada orang nyanyi live lagi sementara rehat untuk sambung bagi skrol.first time ....macam tak professional pun ada..mcm konsert/majlis kenduri pulak rasa...dulu masa UIA, memang protokol hbs..nyanyi lak lagu Hail Amir tu..pakcik2 mesti suka, lagu 80-an..Sampai hubby kata, apa yang anda ingat sangat time konvo, mesti jawab..ingat lagu yang nyanyi tu:) macam2...

Ada ucapan wakil graduan, sebak jugak bila dia sebut pasal pengorbanan mak ayah...:(
Habis almost 5.30 petang...alhamdulillah selesai semua dah..apa lagi sesi bergambar la pulak lepas tu..




::Hubby snap dalam dewan::

::3 of us without feeya si debob::


::Yours Truly::

Thursday, October 13, 2011

::Akhirnya...::

Insyaallah 15/10 ni Hari Konvokesyen saya.Selepas 2 tahun berhempas pulas, tambah dgn kerja, dgn anak, kerja kat rumah...mixture of feeling..sebak, gembira, sy akhirnya habis dah belajar master..Alhamdulillah:)

Demam konvo dh start lps je ambik robe hari tu..smlm rehearsal, lg la....mood kerja pun dah hilang...tunggu la hbs semua, kita cari mood balik..hehhe

picas will be uploaded later...ada yg terlepas kt fb dah even pre-graduation:)