Monday, May 30, 2011

::Kak Long Nina::

Dah lama tak crita pasal Nina..sekarang dah naik pangkat kaklong.Teruja ada adik, sbb dah lama sorang..Alhamdulillah perkembangan bagus. Dah masuk tadika ni, banyak perkembangan boleh lihat..Stiap kali balik sekolah, ada jer doa atau ayat lazim yang dah hafaz..Lepas tu jenis suka ulang2 baca sampai la dia boleh, tak jemu..Alhamdulillah tak payah suruh2, sendiri mau. Senang, mama baba just pantau dan betulkan yang mana salah...

Kat sekolah guna buku "Bacalah Anakku"..alhamdulillah, dia dah masuk buku 5..sbb tice tak bagi 8 buku sekaligus..lain budak lain pencapaiannya..Alhamdulillah skrg bulan 5, Kak long dah baca buku 5..mmg on track la..Syukur sgt. Solat pun dah pandai..tak payah suruh.masuk waktu, ambik wudu' then pakai jer telekung trus solat..sbb di sekolah, diaorang dilatih solat setiap hari..


Sampai ada sekali tu..siap ajar mama baca doa nak masuk bilik air..:) dia akan buat macam dia buat kat sekolah..sbb budak2 ni kalau tice/ustazah diaorang suruh buat atau ajar apa2, mesti betul punya dan diaorang patuh..pantang kalau mak ayah berlawanan dgn tice/ustazah ckp, mesti menangkan tice diaorang..:)

Yang paling lucu, dalam keta dia nyanyi untuk adik dia..lagu ikut lagu " cucu cucu tak dapat lari"
Tapi dia tukar lirik..masa first time dengar tu kami suami isteri mmg tak sangka sangat budak nak masuk 5 tahun boleh lak compose lagu camtu..Lagu tu bunyi macam ni..

" adik adik si mata bulat, hidung mancung mulut senyum,suka manja suka nyusu, mama penat dalam hati"

:) macam mana la dia leh terfikir camtu...Alhamdulillah, dia membesar dengan baik...moga dia terus bersemangat belajar dan menjadi anak yang solehah..AMIN

Layan pic kak long..









::Koleksi pic time pregnant::






Masa Nina dulu, tak banyak gambar pregnant...ni nak letak sebagai kenangan ms pregnantkan feeya..Nanti leh tunjuk sebesar2 ni mama dia mengembang sampai full term..hehe Layannn:)

Sunday, May 29, 2011

::44 hari berpantang::

Alhamdulillah, sudah selesai berpantang..nak crita sikit sebanyak berpantang kali ni.nak kata betul2 44 hari tak juga.sbb ada masa kuar juga.cucuk baby, balik kpg..itu kot pantang wanita moden.hehe. 3 days before delivered dh stay kat ward sbb baru 3cm

Kalau nak dikira dok hospital saja 3 days before delivered..8-10/4. 11/4 baru delivered.kena warded sampai la 15/4..lama gila rasa 5 hari tu. Ingat kali ni boleh la kuar awal. Lepas jer bersalin, ambik darah untuk tahu result hb. Sbb before bersalin 8.6. Sekali lps bersalin turun 7. Doc decided tambah 1 pack darah. 2nd day baru tranfuse. Kena tunggu 1 day utk cek naik tak darah...alhamdulillah naik 8.7..doc cakap dah boleh kuar wad petang tu. Sekali doc buat round visit, alamak dia nampak bb cam kuning skit.Dah kena ambik darah dulu..kalau below 200 takper leh discharge...Punyala harap darah tu ok.Tapi 250 result dia..kena warded lagi, tak leh balik. dok la feeya bawah lampu.

Mula la episod kuning ni. Doc suruh bf je baby..dan biar je bawah lampu semalamam. Tapi tu la, sbb lampu tu panas, mana la mau dia dok bawah tu..last2 letak dia kat katil mama, bawak jer lampu tu atas dia.baru la mau...esok nya cek darah lagi pagi tu..alamak naik lagi 270..Sedih nya rasa time ni kena dok lagi wad..tekad bf dia sejam sekali, then tak nak angkat dari bawah lampu..gigih sbb nak kuar wad..Nasib khamis 14/4 tu adik teman tido kat hospital.tak der la rasa sunyi sbb dok wad first class, sunyi ya amat. tp 2 bed..kalau katil sebelah takder orang, sunyi la sorang2 jaga baby..alhamdulillah waris wanita boleh jaga...

Pagi 15/4 cek darah lagi..sian baby, menangis meraung dia kena cucuk kat kaki..lambat jugak result. dalam kol 11 pagi camtu, doc datang bagitau dah boleh discharge..yeay! rasa macam kuar dari penjara..satu kesian kat hubby sehari 3 kali dia datang lawat...bawak lauk, kadg2 tu saja jer dia dtg...kesian kan kita..shukran abg. Terus tepon abg bgtau dah boleh discharge..Alhamdulillah..

Lega dapat balik rumah..mula la episod berpantang kat rumah. Mujur MIL ada tolong jaga.Seminggu jugak dia jaga kat rumah.Kaklong pun cuti sekolah seminggu..jakun tgk baby:) siap tanya mama..betul ke baby dah kuar mama..hehe macam tak percaya tgk baby..Sbb kuning, jadi baby kena cek lagi kat kpg utuk cek darah dia..

Time ni dah start mandi air herba..kira betul2 la berpantang cara tradisional.bertungku..lepas mandi ltk param ngan pilis..lps tu berbekung. nasib ada MIL ringan sikit ada orang tolong sediakan mana yang perlu..

5 hari lepas tu balik penang..nak mengurut dan cukur kepala baby..Tapi balik tak lama dalam 4 hari cam tu jer..berurut 3 hari berturut2 then trus cukur kepala..pagi khamis tu cek darah baby, naik sampai 15.9 bacaan dia...risau. mak bagi minum air kelapa muda...petua, masa mengandung, ibu minum susu kambing utk elak baby kena jaundice..Insyaallah, next pregnancy, nak praktik..
Time berpantang ni, punya la dok risau dengan master. Sepatutnya viva 3/5..lps negotiate dgn supervisor, dia extend sampai 10/5 (time ni pula besday hubby)..Lega sbb banyak lgi tak settle..punya la tido malam x lena, asyik mimpi master..tp masih boleh buat relax lagi sbb tak nak tertekan, tambah2 time berpantang, lepas tu sian ke baby..mujur hubby banyak support dan tolong mana yang boleh..buat keje rumah, tolong jaga bb..Sampaikan malam esoknya nak viva struggle gila nak siapkan thesis..Dugaan bila baby pulak meragam tak berenti. Hubby pun dah tak tau nak tolong camna...sampai hubby senyap2 sumbat bb dengan puting...dan2 feeya berenti menangis..pelik jugak tetiba diam kan..Alhamdulillah dah siapkan thesis, trus pi jenguk feeya.tengok mulut dah kena sumbat puting..terus cabut puting, bf dia..dia dia..kalau meragam camtu dia nak nyonyot je..diam terus..itula cabaran yang tak leh lupa..

Pegi viva bawak sekali baby..hubby jaga feeya dalam keta smntara tunggu saya hbs viva..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ada few correction kena buat.tp yg penting dah lepas.hoorey!!!!! macam dunia ni ana yang punya..tetiba ada feel nak pi celebrate..tak ingat diri masih berpantang...Tapi alhamdulillah syukur pada Allah....dipermudahkan segalanya...

11/5 ikut hubby pegi supervise practical student di Melaka..Pegi jugak even baru 30 hari berpantang..gamble je..tp lega sbb luka dah sembuh..tu yg semangat jer pegi.hehe Kalau mak tau sure bising..tp tu la orang skrg pantang tak kira dah...ada yg baru jer brapa hari, dah pi shopping kat mall..lagi dahsyat.siap pakai jeans bagai...salute..:)

Pasal breastfeed lak..alhamdulillah sampai hr ke 40, dapat bertahan lagi full bf. Ada masa, pump jugak susu..Feeya jenis minum bnyk, tapi mujur susu banyak..Episod campur susu formula bermula pada hari ke 41 berpantang..Start makan jamu lepas baby dah tak der kuning..ye la kena jugak makan ubat utk bagi luka dalaman sembuh, bagi badan rasa lega..dan tunggu 2 minggu jugak la bagi betul2 elok 100% dari kuning..sekali ruam naik 1 badan..bukan saya jer ruam, baby pun ruam satu badan.Dia asyik nak minum..kering jer bibir. Susu pump pun dah hbs bagi, nipple pun dah crack, memang tertekan masa ni. Bayangkan seharian dia takmo tido..last2 hubby kata, campur la susu formula..kesian tengok camtu. Rasa menyesal pun ada, tp tu la memang rasa tertekan sgt time tu..

Bagi formula bila perlu saja lepas tu...sehingga la berakhir 44 hari berpantang..Alhamdulillah..:)

Sekarang ni kalau malam tido feeya bgn, direct bf..kalau siang jer kalau time dia nak bf kerap, bgla susu formula..mula kesian jgk nak campur tu, tp tu la tak tahan sakit sgt kalau dia kerap nyusu camtu..sbb nipple crack...Tapi semua tu tak membantutkan usaha utk bf Feeya..Insyaallah selagi milk booster mengeluarkan hasilnya..AMIN..

Feeya dah lps 44 hari:)


Friday, May 20, 2011

::Dua anugerah berganda::

Layan pic dulu ye..


Masa ni tak sakit betul2 lagi..


Nur Wafeeya Husna - Cahaya seorang yg setia dan baik



Salam..

Dah lama blog ni menyepi tak berupdate. Sbb tuannya tgh berpantang. Hari ni dah hari ke 39 berpantang.Alhamdulillah..

Anugerah Pertama

Anugerah yang tak ternilai, lahirnya bb ke-2 pada 11/4/2011..Sedikit kronologi proses bersalin..

week before dah rasa sakit sikit2. Macam tau2 je, ambik cuti 2 hari4& 5/4 (Isnin & Selasa)..Rabu, demam..doc bg 2 hari cuti. cek bukaan dah 1 cm..so doc kata mgkn 2,3 hari lagi baru terbukak 3,4 cm..

Jumaat pagi tu, dah tak blh tido, mcm dah sampai masa..cuma tak sakit sgt. mcm mild je. Cek kat klinik, baru 2 cm..so doc bg surat refer ke hospital.So, terus ke hospital (8/4)..sampai sana doc cek lagi bukaan dah 3 cm..ingat memang bersalin hr tu jgk..doc kata tggu 4 jam lagi, tgk bukaan dah jadi 4 cm ke tak.sbb klu dah 4 cm, nak tolak ke labor room. Sekali cek still 3 cm..dok tunggu jgk, klu mlm tu bersalin..sekali static je 3 cm..sampai la hari Ahad..Apalagi dari dok terbaring, round 1 wad..bg cepat sikit..ptg tu dah rasa mcm sakit makin kerap.Doc cek alhamdulillah dah 4cm..dalam kol 8 mlm siap semua, nurse tolak ke labor room..

Sampai sana cek lagi..ok 4 cm. tp suhu, demam pulak..bayangkan nak bersalin, demam pulak..jadi makan ubat antibiotik utk elak jangkitan pada baby..doc pecahkan air ketuban dalam 8.45 mlm camtu..ALahmdulillah, hubby ada di sisi sepanjang dalam labor room. Doc kata diaorang akan tggu sehingga 12 jam jika tak de apa masalah utuk terbukak sampai 10cm..Punya la lama kalau camtu..dalam 9.30 dah start pakai gas...tapi tak sakit sgt..betul2 sakit sgt masa jam 10.30 camtu...setiap 10 minit..pegang hubby tak lepas, sampai cubit dia..kalau ingat balik kesian kat dia..

Paling tak tahan masa dah pukul 12.30 camtu..rasa nak terberak, tp dok cek bukaan baru 8cm..dia x bagi teran lagi takut kepala babay bengkak, sbb blum 10cm...12.50 cam tu dah tak tahan sgt, baru doc bagi teran..Kali ni memang susah teran..macam tak lepas. tak ingat berapa kali teran baru lah lepas..tu pun kena gunting, baru kepala bb lepas..dah kuar tu lega sagat..bb lahir jam 12.55 tgh malam..ALHAMDULILLAH...

Baby girl diberi nama, Nur Wafeeya Husna...

Anugerah Kedua

Alhamdulillah, pengorbanan selama 2 tahun tidak sia-sia. Alhamdulillah, akhirnya selesai perjalanan seorang pelajar untuk mendapatkan MASTER...Syukur tak terhingga dipanjatkan ke hadrat ilahi..segala cabaran dan dugaan dapat diatasi...Viva pun alhamdulillah, tak bnyk correction...Banyangkan dalan pantang pegi viva...mmg kenangan tak boleh lupa..:) kenangan manis..

Result pun dah kuar untuk final pointer, alhamdulillah....syukur..syukur..syukur...

Semuanya berkat doa mak ayah yang tak penah jemu bagi semangat untuk sambung belajar even dah kawin dan ada anak..

Kepada hubby tersayang, yang tak jemu memberi semangat dan dorongan..tambah2 di akhir pregnancy, hantar ke kelas, tunggu selama 3 jam sampai kelas habis...Iza tak lupa jasa abang, Insyaallah..

Tak lupa buat anak mama, nur ameena sofia, yang sentiasa memahami mama dgn sibuk keja, dgn sibuk belajar..terima kasih syg kerana paham ya..

Moga akan lebih semangat lepas ni utk sambung PhD pulak..Doakan saya..


Proud mother of 2:) unbelievable...