Friday, September 13, 2013

::Perginya arwah ibu::

Assalamualaikum...

masih mencari kekuatan untuk menulis tentang saat dan ketika itu...moga arwah ibu damai dan tenang di sana. Doa dititipkan buatmu sebagai bekalan, moga tergolong di kalangan yang beriman...

3 September 2013 / 27 Syawal 1434 H (1953 - 2013) Aidilfitri terakhir bersama arwah mak...ibu yang tiada pengganti...pergi yang tak kan kembali lagi....



Thursday, August 15, 2013

::3 Syawal 1434 H::

bersambung..

n3 raya tak habis2 lagi sebab mood raya kan sebulan..:) sambung 3 syawal, kakak No 2, buat open house. So plan lepas singgah rumah dia kami terus shoot ke kampung abang pulak di Teluk Intan. MIL dan BIL dah sampai dari KL..jadi plan malam tu tido rumah Embah (ayah kepada MIL). Embah perempuan dah meninggal bulan 5 hari tu..jadi tinggal Embah lanang (lelaki) saja kat rumah tu..Kebetulan masa kami nak balik tu, adik hubby dah sampai rumah embah sbb mertua dia memang tinggal di kpg sebelah kpg embah, kira tak jauh dari situ..

kakak no 3 sampai rumah mak jam 3 pagi 3 syawal tu. dapat la jumpa dia. kalau tak memang susah nak jumpa even dia dok Ampang KL ja. Jadi kami sama2 pi open house rumah kakak. Kami dah siap2 kemas barang masuk keta sebab nti nak singgah jap ja rumah kakak...Menu hari tu sedap, ada lauk ikan tongkol sambal, ayam bakar, masak lemak ikan masin, sayur, ulam2, sambal belacan semua la...tak lama kat situ, kami terus gerak..tapi jem tak ingat punya.puas la kami keluaq masuk highway...jem, keluaq ikut jalan dalam..tgk dah tak jem, masuk highway balik..sampai rumah embah dah nak dekat pukul 11.30 malam. 8 jam perjalanan, kalau biasa tu dalam 2-3 jam sahaja..lenguh habis pinggang, penat...

:: wif kak no 3::

:: Kaklong Ameena dgn cousin Aufa Izzatul Arisha::


::pose wajib::


:: 2 Syawal di Taiping Perak::

bersambung...

2 Syawal, kami plan balik kampung mak di Taiping Perak. Even rumah tok (mak kepada mak) telah roboh awal tahun ni, masih ada mak menakan (orang utara sebut) dan rumah arwah tokwan (ayah kepada mak)..Alhamdulillah, tahun ni dapat jumpa semua anak2 arwah tokwan kiranya depa ni adik beradik tiri mak tapi memang close. Tahun lepas tak jumpa sebab arwah opah baru meninggal masa tu, masing-masing tak beraya sangat dan tak semua balik. Rumah arwah tokwan dgn opah di batu 10, changkat jering..kalau dulu masa kecik memang kami seronok balik rumah ni sebab mak-mak sedara tak jauh beza umuq depa..Moga silaturrahim ini berpanjangan. Memang dari rumah lagi, depa dah bagitahu suruh lunch kat situ, jadi langkah kanan la kami...maktam (yg paling kamcheng) masak sedap..Alhamdulillah..


:: Ni semua pangkat mak2 menakan dgn pak2 menakan, tapi muda lagi::

:: Dgn yang paling close...maktam (bj oren) & maknjang (bj merah)::

:: Family pic::


::Kenangan, pose wajib berdua-duaan hehe::

Selesai ziarah di Batu 10, kami terus ke rumah makngah di Air Kuning, tak jauh dari situ..area changkat jering jugak. Makngah, adik mak No 2..kebetulan semua adik beradik mak berkumpul kat sini termasuk la Maklang (tinggal di ipoh) , Paksu Lutfi (adik bongsu mak), maktam (dok di ipoh jugak)..yang tak dak..makndak (next rumah kami ziarah) dan makcik (janji nak jumpa di rumah makndak sbb dia beraya rumah mentua di ipoh). Alhamdulillah, kami dapat jumpa....

::Abg Man (hubby kak No 2) , beloved ayah paklang duan & Abg ngah (anak paklang)::

:: My cutie pie in action::

Habis beraya di rumah mak Ngah...last rumah kami hari tu, tu pun dah nak dekat 5.30 petang..rumah makndak di kpg pak darus..tak jauh dari rumah makngah...

::Siblings dgn mak dan makndak (tudung merah)::


::Gaya wajib tetiap tahun kat rumah makndak, cuma tahun ni tak cukup korum::

::1 Syawal di Penang::







::Salam Lebaran 1434 H/ 2013::


Assalamualaikum...

Tidak terlambat untuk mengucapkan.. Taqabballahuminkum pada semua. Alhamdulillah, kita berjaya melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Hati sedih meninggalkan ramadhan kerana belum pasti kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Moga Allah panjangkan usia untuk menjadi tetamuNya di bulan barakah..Ameen

Bercerita pasal beraya, tahun ni giliran Raya Pertama di kampung saya..nun di Penang sana. Tahun ni hanya 7 adik beradik yang dapat meraikan pada hari raya pertama. 2 keluarga beraya bersama mentua masing-masing. Sorang di Melaka dan sorang lagi di Terengganu. Itu pun sebab menunggu hari untuk bersalin dan dijangka bersalin pada Hari Raya. Tapi alhamdulillah, kakak sulong dah selamat melahirkan zuriat ke-5 baby boy pada 5 Syawal yang lalu. Syukur pada ilahi..bertambah cucu mak ayah, 11 orang dah semua..Alhamdulillah...

2 hari before raya, kami dah bertolak balik sebab nak berbuka dan bersahur bersama. Alhamdulillah jalan lancar dan kami selamat sampai . Tahun ni, yang balik beraya, saya yang paling tua, automatik jadi ketua chef..mak pun tak sihat, jadi masak-memasak dah bertukaq tangan. Menu hari raya pertama, mee rebus/kuah penang style, rendang ayam, kari daging , nasi impit dan yang paling utama ketupat palas.. sehari before raya dah siap membalut ketupat...

Alhamdulillah, kali ni memang betul2 100 % air tangan saya...selalu kalau ada kakak2, kira masing2 bergotong royong masak. Tugas basuh pinggan, potong-potong/ kupas2 adik2 tolong ...lega jugak dah settle bab2 potong ni. Senang nak masak maklumla banyak menu.





Friday, August 2, 2013

::Teaser Progress Rumah::

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bermula dengan penyerahan kunci sehari sebelum ramadhan iaitu 9 Julai 2013...Titik permulaan kami dalam persediaan untuk masuk rumah. Ada cerita di sebaliknya yang kami anggap rezeki dari yang Esa..Terima kasih kepada bakal jiran yang hanya bersapa di fb...bertanyakan hal kontraktor..pertemuan diatur dan alhamdulillah dipermudahkan Allah..Syukur. Allah lebih mengetahui..Terima kasih Ain (walaupun dia tak baca blog ni) hehehe dan suami beliau atas kesudiaan menerima kunjungan kami untuk site visit hasil kerja kontraktor :) 

Bukan apa, once dah dapat kunci macam blur nak buat apa lepas ni..N3 ni just untuk tatapan kami untuk masa akan datang maklumlah ini rumah pertama kami beli..kira aset terbesar keluarga kami..Alhamdulillah..Pertemuan demi pertemuan diatur bersama kontraktor untuk bincang layout dan design yg kami plan. Tak beria sangat pun tapi sekadar yang mampu menigkut budget. 4 hari lepas tu, sebutharga telah diberi dan perjanjian telah termetrai. Esok nya terus mula kerja-kerja renovation. Bukan major just minor..Awalnya memang tak niat nak tambah belakang kerana kami hanya nak letak awning kat laman belakang..tapi rezki kami, lain pulak jadinya dan harga berpatutan..


::Tinted dah siap::

::Tambahan belakang yang belum siap::

::Siap dah tiles sebelum dipasang awning::

::Car  porch..autogate dah siap::

:: tambahan belakang yang dah siap tiles::

::KC yang masih belum siap..::
::dah ada tambahan singki dan table top::

Rumah masih dalam progress dan dijangka siap end of august, insyaAllah..dan kami akan masuk terus selepas tu. Harapan dan doa moga perancangan kami dipermudahkan dan kami selamat berpindah masuk.

'Ala kullihal..alhamdulillah syukur atas nikmat ini...


Thursday, June 13, 2013

::Teambuilding 31/5 - 2/6/13::

Assalamualaikum,

Teambuilding kali ni buat di Felda Hot Springs, Sungkai Perak. Alhamdulillah, kali ni yang paling best compared to sebelum2 ni..Banyak aktiviti first time buat. Yang paling tak blh lupa..main paintball.Mula2 memang nervous sgt. Dok terpikir macam na nak main ni..tak leh bayang..'marshall' dok explain pun buat2 mcm paham, sbnrnya tak paham :) Sekali dah bertempur...gian lak nak main...Pengarah pun sporting habis, even dia yang lead di depan..kira berani mati la..Alhamdulillah, 3 game, tiga2 tak kena bullet dia..Ada yg bertanya kat fb, best ke tak felda hot springs ni..so far saya bagi 4.5/5.0...bilik ok, makan ok, view ok...semua ok la...cuma kena menapak la sikit antara dewan dgn bilik...sbb diff buiding..tp so far, satisfied!:)










::Kenangan yg tak boleh lupa::







:: Balik kpg Penang 23/5 - 27/5::