Monday, July 9, 2012

::Tiara Beach Resort::

Salam,

Plan nak ke Tiara ni baru jer terpikir masa hari Khamis, 2 days before pegi. Saja nak bawak anak2 jalan, cari suasana lain...lagipun sian Kaklong Nina asyik dok tanya bila nak pi lagi Gambang..Jauh sangat Gambang tu nak oi,  kita ke PD kira ok la..perjalanan tak jauh sgt, badan tak letih even dah balik rumah...Janji anak2 happy, mama baba pun dah happy..Kami pi Sabtu 7 Julai tu..

Survey kat website Tiara, dah fully booked. Jadi Abg tanya kawan dia sbb sblum ni tau ada persendirian punya..So confirmed bilik ada dan hanya RM100 semalam. Ok la..yang penting nak pi berendam, bilik takat nak tido jer..Alhamdulillah...

Alhamdulillah perjalanan ok, semua behave jer..terutama si kecik tu.half way, dia dah tido..kali ni tukar plan, mama ngan adik kat seat belakang, kaklong dok kat depan teman baba. Si kecik tu dah panjang, susah nak pangku dah. Satu lagi macam ganggu jer dekat gear sbb kaki dia panjang..:)


:: Budak tak duduk diam::


:: 3 penyejuk mata mama::


:: Kaklong & adik::


:: Cantik kan view dari bilik::


:: Sesi berendam, baba yang monitor::

Masuk dalam water park ni kena bayar..dewasa RM28, kanak2 RM5...so RM33 ja, exclude mama dgn adik..:) Tapi ye la, 2 jam berendam, puas dua orang tu..




:;Kaklong dah berani, adik overexcited::


:: view cantik::

:: Last but not least......::

Best kali ni, dapat explore tempat makan ikan bakar yang baru..sedap dan murah:) Moga anak2 mama sentiasa happy...ada masa dan rezki, kita jalan2 lagi ye..



No comments:

Post a Comment