Monday, May 14, 2012

Weekend kami...

Salam,

Kami plan 12/05 tu nak pi jogging sambil bawak anak-anak main kat playground. Jumaat tu masih tak decide nak pi mana. Selalu kat kuis ja jogging, tapi takdak playground. Kesian anak2, mesti lagi best kalau dapat main puas2. Kalau nak ke Tasik Perdana macam hari tu, jauh lak. Kalau jem, lagi penat...Lepas tu cadang nak pegi Taman kat Cyberjaya..Hubby kata takut jugak bawak baby, nanti anak2 tak kuat, jadi benda lain lak nanti...Pagi Sabtu tu baru decide, pegi Taman Tasik Cempaka lah..Senang..Tempat pun dah cantik sekarang, ada playground, tempat dia secure yg paling penting ada pagar dah sekarang...

Oleh kerana minggu ni azam nak masak je, sebab barang2 tumis semua dah siap blend, senang nak masak. So, pagi2 saya dah ketung ketang masak nasi goreng..sebelum warm up dgn jogging, pekena nasi goreng dulu. konon la kan....:)) Dalam 8.30 kami sampai kat taman tasik cempaka. Ramai orang dah time ni. Kebanyakkan bawak family..ada yg jogging, ada yang berjalan ja...tambah bawak anak2 kecik, sah2 la kena pimpin tangan semua. Janji boleh kuar peluh...

Recommended pada semua yang berdekatan, tempat tu cantik, secure, dan anak2 dapat main puas2 kat playground...InsyaAllah, ada masa lapang lagi, boleh datang lagi kat sini..Dekat je pun...

Enjoy pic kat bawah...yg lain banyak kat fb..:)


::Di sini kami beriadah::


::View dah cantik, selepas proses renovation::


::Lagi view::


::Cantikkan...recommended::


:: Teratai....alam semulajadi,Subhanallah::


::Hijau nya, baik untuk mata..subhanallah..::



::Fav place anak2, main tak nak balik::


::Budak kecik paling ekseited::


::Kena pakai carrier, baru senang...tidak jenuh nak pimpin dia::


::Kaklong on the way nak balik ni..dah togel:) ::


::Dua-dua seronok sangat main gelungsur ni::


::Go go Kaklong, You can do it! usaha tu::


::Budak dah dapat kaki, macam ni la ghupenya, nak bebas::


::Kuarkan peluh....bagus2::


:: Last but not least, mama nak interprem jugak...double chin mama sila la abai ye..bila nak kurus ni.tension2: feeya gumuk tak pa, comey:)):

Friday, May 11, 2012

::Koleksi Video::

Salam,

Video ni masa Kaklong 2,3 tahun macam tu..Masa ni tengah minat membaca, even tak pandai baca lagi..Nak tergelak bila dia buat ayat sendiri..Layan...

Sebenarnya, sekarang ni mama tengah ngantuk tahap gaban sbb pekena nasi lemak ngan nasi dagang (kwn ofis belanja)...memang tak leh nak tolak.ni mata dah nak terkatup. Dari terlelap depan PC ni, baik buat sesuatu...

Buat N3 ni, ilang sikit ngantuknya...:)



Monday, May 7, 2012

Saya bahagia...


Mereka berdua pelengkap hidup...Memang mereka berdua berlainan karakter..Mereka buat saya tersenyum walaupun sebenarnya penat sangat...moga zuriat ini membesar menjadi anak yang solehah...mama baba love both of you so much dear...


Friday, April 20, 2012

::Puteri Sulong::



Salam,

Dah lama nak letak N3 pasal permata sulong mama ni.Tapi asyik la malas.hehe nak cerita sikit perkembangannya...

Perkembangan Kak Long :


(Pembelajaran)
  • Kak Long memang dah laju baca buku cerita. Alhamdulillah..kat sekolah pun memang tice akan semak apa yang kak long baca...kalau buku cerita BM tu memang dapat 'good'...Sekarang dah demand buku/novel yang tebal-tebal..Tapi disebabkan memang dia minat maca, beli la bila dah nak habis..so far, banyak dah dia khatam..Alhamdulillah...
  • Untuk English pulak, dah baca "I Can Read 3" tinggal lagi 1 jer siri....sejak sebulan yang lepas, nampak dia cepat baca dan mula memahami maksud...dulu masa mula2 nak ajar, dia tak nak sebab dia nak cakap melayu jer..ni nampak dia nak mama join speaking dengan dia..dah improve, alhamdulillah...even kalau landmark/ signboard english, dia dah pandai sebut...masa kat LCCT tempohari, nampak perkembangan dia...bila tanya tu sebut apa..boleh kata semua la perkataan tu betul sebutan dia..Alhamdulillah...Kami bersyukur sangat, sbb kak long ni jenis independent. Nampak dia punya minat nak baca, even nak buat latihan semua, banyak usaha dia sendiri..dia nak buat..kadang2 tu fikir jugak tak jemu ke dia dok baca buku yang sama...tapi itu la anak sulong saya...Minat dia mendalam..mama baba harap sangat semangat dan minat ni berterusan sehingga besar nanti...
  • Iqra' pun buku 3...cuma lately ni kami tak sempat sgt nak tengok dia baca..sbb tu kalau balik rumah, tice dah tulis 'repeat'..kat sekolah, time transit, tice akan semak bacaan dia...tapi no excuse sebenarnya..kami kena juga cari masa untuk dia baca/ulang di rumah..
(Keletah/Sikap/Fizikal)

  • So far, memang petah bercakap...petah menjawab. Mama baba cakap sepatah, 10 patah dia akan jawab...anak2. kadang2 tu pening nak layan, tapi tu la dugaan buat kami nak mendidik.
  • Sikap seorang 'leader' tu terserlah..bukan pada adik saja, tapi dengan mama baba pun tak mengalah...kalau dia kata "A", "A" la....itu yang perlu diubah...kak long jenis susah nak terima pandangan orang...kalau tak ikut cakap dia, mula la dia nak buat perangai..even kalau main dengan mama baba, mesti nak menang, kalau kalah, boleh menangis tu...kak long2...
  • Berat hanya 18kg, untuk umur 6 tahun...memang jenis pemilih/cerewet bab makan...kadang2 tu tak tau bila dia makan nasi...bila tanya tak lapar...kurus melidi..tambah lak kat sekolah aktiviti lasak, lagi nampak kurus....memang jenis macam tu kot..tengok la nanti dah masuk sekolah darjah nanti...

Monday, April 16, 2012

::Feeya is 1 year old::


:: 11 months of milestone...memorable moment::


::12 months::

Alhamdulillah, dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas nikmat ini..Setahun dah anakanda tercinta, Nur Wafeeya Husna. 11 April yang lalu..Maaf sayang, mama sibuk sikit dengan kursus dan bengkel minggu lepas..Lps tu on that day pulak, ramai tetamu yg bertandang kat rumah..Memang tak sempat nak siapkan N3..Tak terlambat nak ucapkan Selamat hari Lahir Sayang...

An amazing journey..itu yang boleh mama katakan.Masa yang begitu pantas.Even hari2 mama kelek Feeya untuk nyusu, tapi Rindu sentiasa bertandang bila saaat ditinggalkan apabila bekerja..Tapi mama sentiasa ingat, Kerja juga Ibadah..penguat untuk mama mencari rezeki halal buat keluarga. Bayangkan setiap perubahan Feeya, tak semua mama menjadi yang pertama..Mungkin 'mama zah' orang yang pertama menyaksikannya..mama terkilan bila diingat perkara tu. tapi semua tu ditolak ke tepi, yang penting mama nak sediakan yang terbaik buat anak-anak mama...

Bulan berganti bulan, mama lihat anak mama membesar depan mata..Even breastfeeding journey is still going..mama harap sangat mama dapat nyusu sehingga 2 tahun..Mama tak kisah bila masa Feeya menyusu, rasa sakit sbb gigi Feeya dah banyak..yang penting anak mama dapat banyak khasiat dari susu ibu. Berbanding kak long, mama masih dapat breastfeed Feeya sehingga ke hari ini..Kak long dulu hanya mampu bertahan 7 bulan, itu pun sbb kak long yang dah tak nak.

Baba ada cakap kat mama, suruh stop direct breastfeeding, just pump then bg feeya minum dalam botol..Tapi mama macam rasa tak sanggup nak berpisah susu, even sakit, tapi mama rasa hubungan antara kita lebih akrab dan erat..

Sekarang anak mama dah boleh menapak, dah boleh bertatih...mama rasa bahagia sangat. Alhamdulillah, mama dianugerahkan anak yang sempurna dan sihat..demam,batuk, selsema itu dugaan kecil buat mama jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih dahsyat diuji..tapi setiap ujian itu ada hikmah besar disebaliknya..Only Allah knows...

Anak mama dah boleh bercakap, ba-ba ma-ma..itu sentiasa dibibir..kadang2 tu keluar perkataan 'nak'...yang penting anak mama ikut progress "apa yang dah capai untuk setahun- seperti yg tercatat dalam buku klinik" ALHAMDULILLAH...yang paling mama tak tahan, anak mama ni pantang dengar lagu..tak pun.."teng ta ke teng tang ting" itu pun dah cukup...mesti cepat je goyang badan tu..:) Comey jer mama tengok..

Moga anak mama membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan kebijaksanaan, cepat belajar....dan dirahmati Allah s.w.t..AMIN

Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang mama nak coret kat sini..Insyaallah ada masa nanti, mama sambung...Wassalam..


Tuesday, April 10, 2012

::Outstation::

Salam,

6/4-7/4/12 yang lepas, saya kena out station ke Kuching. Awal-awal lagi saya dah ajak hubby follow, nak mintak temankan saya. Tapi bila fikir2, Kak Long Nina pun tak penah naik flight, why not saya bawa sekali, just beli tiket flight jer...dah save untuk hotel kat situ..kalau ikut UKM, memang dia akan booking MAS..tapi bl survey untuk 3 orang, mau riban jugak flight tu...Air Asia penyelamat..hehe kan tagline "everyone can fly", so selamat la kami bertiga...tak per, part saya beleh claim balik..:)

Flight saya booking awal..jam 9.45 pagi (Jumaat) tu..sbb nak kena tinggalkan Feeya kat bbsitter, jadi awal la kami hantar. ..Alhamdulillah perjalanan kami lancar ke LCCT..bekfes di McD..then tunggu jer la untuk boarding. Even first time naik Air Asia, tapi dipermudahkan...Hubby dah second time ke Kuching, jadi adala pengalaman sikit..

Alhamdulillah, flight on time...lega sangat, tak der la delay..nak tunggu semua...Alhamdulillah..Nina la paling excited. Ingat dia takut, alih2 dia buat muka kelakar jer bila time flight nak berlepas...tak der takut langsung..lega...:)

Kami sampai jam 11.30 pagi..Trus cari taxi ke hotel..


:: we stayed here::

Hotel kami Riverside Majestic, tak jauh dari waterfront....petang tu jugak kami ke waterfront sbb memikirkan esok saya kerja...malam tu dah flight balik, better pegi jer petang tu..

Ni kami dalam sampan...mula2 tu gayat la jugak. boleh ke nak naik ni..tapi tgk x der la jauh pun jarak, naik jer la...muka gumbira kaklong...tak sampai 5 minit sampai dah kat seberang sana..



Kaklong di tugu "gambar kucing...ni kira favourite place untuk bergambar la...tengokla muka excited..