Friday, April 20, 2012

::Puteri Sulong::



Salam,

Dah lama nak letak N3 pasal permata sulong mama ni.Tapi asyik la malas.hehe nak cerita sikit perkembangannya...

Perkembangan Kak Long :


(Pembelajaran)
  • Kak Long memang dah laju baca buku cerita. Alhamdulillah..kat sekolah pun memang tice akan semak apa yang kak long baca...kalau buku cerita BM tu memang dapat 'good'...Sekarang dah demand buku/novel yang tebal-tebal..Tapi disebabkan memang dia minat maca, beli la bila dah nak habis..so far, banyak dah dia khatam..Alhamdulillah...
  • Untuk English pulak, dah baca "I Can Read 3" tinggal lagi 1 jer siri....sejak sebulan yang lepas, nampak dia cepat baca dan mula memahami maksud...dulu masa mula2 nak ajar, dia tak nak sebab dia nak cakap melayu jer..ni nampak dia nak mama join speaking dengan dia..dah improve, alhamdulillah...even kalau landmark/ signboard english, dia dah pandai sebut...masa kat LCCT tempohari, nampak perkembangan dia...bila tanya tu sebut apa..boleh kata semua la perkataan tu betul sebutan dia..Alhamdulillah...Kami bersyukur sangat, sbb kak long ni jenis independent. Nampak dia punya minat nak baca, even nak buat latihan semua, banyak usaha dia sendiri..dia nak buat..kadang2 tu fikir jugak tak jemu ke dia dok baca buku yang sama...tapi itu la anak sulong saya...Minat dia mendalam..mama baba harap sangat semangat dan minat ni berterusan sehingga besar nanti...
  • Iqra' pun buku 3...cuma lately ni kami tak sempat sgt nak tengok dia baca..sbb tu kalau balik rumah, tice dah tulis 'repeat'..kat sekolah, time transit, tice akan semak bacaan dia...tapi no excuse sebenarnya..kami kena juga cari masa untuk dia baca/ulang di rumah..
(Keletah/Sikap/Fizikal)

  • So far, memang petah bercakap...petah menjawab. Mama baba cakap sepatah, 10 patah dia akan jawab...anak2. kadang2 tu pening nak layan, tapi tu la dugaan buat kami nak mendidik.
  • Sikap seorang 'leader' tu terserlah..bukan pada adik saja, tapi dengan mama baba pun tak mengalah...kalau dia kata "A", "A" la....itu yang perlu diubah...kak long jenis susah nak terima pandangan orang...kalau tak ikut cakap dia, mula la dia nak buat perangai..even kalau main dengan mama baba, mesti nak menang, kalau kalah, boleh menangis tu...kak long2...
  • Berat hanya 18kg, untuk umur 6 tahun...memang jenis pemilih/cerewet bab makan...kadang2 tu tak tau bila dia makan nasi...bila tanya tak lapar...kurus melidi..tambah lak kat sekolah aktiviti lasak, lagi nampak kurus....memang jenis macam tu kot..tengok la nanti dah masuk sekolah darjah nanti...

No comments:

Post a Comment