Monday, April 16, 2012

::Feeya is 1 year old::


:: 11 months of milestone...memorable moment::


::12 months::

Alhamdulillah, dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas nikmat ini..Setahun dah anakanda tercinta, Nur Wafeeya Husna. 11 April yang lalu..Maaf sayang, mama sibuk sikit dengan kursus dan bengkel minggu lepas..Lps tu on that day pulak, ramai tetamu yg bertandang kat rumah..Memang tak sempat nak siapkan N3..Tak terlambat nak ucapkan Selamat hari Lahir Sayang...

An amazing journey..itu yang boleh mama katakan.Masa yang begitu pantas.Even hari2 mama kelek Feeya untuk nyusu, tapi Rindu sentiasa bertandang bila saaat ditinggalkan apabila bekerja..Tapi mama sentiasa ingat, Kerja juga Ibadah..penguat untuk mama mencari rezeki halal buat keluarga. Bayangkan setiap perubahan Feeya, tak semua mama menjadi yang pertama..Mungkin 'mama zah' orang yang pertama menyaksikannya..mama terkilan bila diingat perkara tu. tapi semua tu ditolak ke tepi, yang penting mama nak sediakan yang terbaik buat anak-anak mama...

Bulan berganti bulan, mama lihat anak mama membesar depan mata..Even breastfeeding journey is still going..mama harap sangat mama dapat nyusu sehingga 2 tahun..Mama tak kisah bila masa Feeya menyusu, rasa sakit sbb gigi Feeya dah banyak..yang penting anak mama dapat banyak khasiat dari susu ibu. Berbanding kak long, mama masih dapat breastfeed Feeya sehingga ke hari ini..Kak long dulu hanya mampu bertahan 7 bulan, itu pun sbb kak long yang dah tak nak.

Baba ada cakap kat mama, suruh stop direct breastfeeding, just pump then bg feeya minum dalam botol..Tapi mama macam rasa tak sanggup nak berpisah susu, even sakit, tapi mama rasa hubungan antara kita lebih akrab dan erat..

Sekarang anak mama dah boleh menapak, dah boleh bertatih...mama rasa bahagia sangat. Alhamdulillah, mama dianugerahkan anak yang sempurna dan sihat..demam,batuk, selsema itu dugaan kecil buat mama jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih dahsyat diuji..tapi setiap ujian itu ada hikmah besar disebaliknya..Only Allah knows...

Anak mama dah boleh bercakap, ba-ba ma-ma..itu sentiasa dibibir..kadang2 tu keluar perkataan 'nak'...yang penting anak mama ikut progress "apa yang dah capai untuk setahun- seperti yg tercatat dalam buku klinik" ALHAMDULILLAH...yang paling mama tak tahan, anak mama ni pantang dengar lagu..tak pun.."teng ta ke teng tang ting" itu pun dah cukup...mesti cepat je goyang badan tu..:) Comey jer mama tengok..

Moga anak mama membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan kebijaksanaan, cepat belajar....dan dirahmati Allah s.w.t..AMIN

Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang mama nak coret kat sini..Insyaallah ada masa nanti, mama sambung...Wassalam..


2 comments:

  1. oh touchingnya bday wish mama..sayu hati achik baca..huhu

    happy bday feeya..moga dilimpahi rahmat Ilahi dunia akhirat..amin...

    ReplyDelete
  2. Sedihkan..cepat jer masa berlalu.Ingatlagi setahun yg lepas time nak bersalin kan dia..tgk sekarang, kemain lasak lagi.

    ReplyDelete