Friday, August 2, 2013

::Teaser Progress Rumah::

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bermula dengan penyerahan kunci sehari sebelum ramadhan iaitu 9 Julai 2013...Titik permulaan kami dalam persediaan untuk masuk rumah. Ada cerita di sebaliknya yang kami anggap rezeki dari yang Esa..Terima kasih kepada bakal jiran yang hanya bersapa di fb...bertanyakan hal kontraktor..pertemuan diatur dan alhamdulillah dipermudahkan Allah..Syukur. Allah lebih mengetahui..Terima kasih Ain (walaupun dia tak baca blog ni) hehehe dan suami beliau atas kesudiaan menerima kunjungan kami untuk site visit hasil kerja kontraktor :) 

Bukan apa, once dah dapat kunci macam blur nak buat apa lepas ni..N3 ni just untuk tatapan kami untuk masa akan datang maklumlah ini rumah pertama kami beli..kira aset terbesar keluarga kami..Alhamdulillah..Pertemuan demi pertemuan diatur bersama kontraktor untuk bincang layout dan design yg kami plan. Tak beria sangat pun tapi sekadar yang mampu menigkut budget. 4 hari lepas tu, sebutharga telah diberi dan perjanjian telah termetrai. Esok nya terus mula kerja-kerja renovation. Bukan major just minor..Awalnya memang tak niat nak tambah belakang kerana kami hanya nak letak awning kat laman belakang..tapi rezki kami, lain pulak jadinya dan harga berpatutan..


::Tinted dah siap::

::Tambahan belakang yang belum siap::

::Siap dah tiles sebelum dipasang awning::

::Car  porch..autogate dah siap::

:: tambahan belakang yang dah siap tiles::

::KC yang masih belum siap..::
::dah ada tambahan singki dan table top::

Rumah masih dalam progress dan dijangka siap end of august, insyaAllah..dan kami akan masuk terus selepas tu. Harapan dan doa moga perancangan kami dipermudahkan dan kami selamat berpindah masuk.

'Ala kullihal..alhamdulillah syukur atas nikmat ini...


No comments:

Post a Comment