Thursday, August 15, 2013

::Salam Lebaran 1434 H/ 2013::


Assalamualaikum...

Tidak terlambat untuk mengucapkan.. Taqabballahuminkum pada semua. Alhamdulillah, kita berjaya melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Hati sedih meninggalkan ramadhan kerana belum pasti kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Moga Allah panjangkan usia untuk menjadi tetamuNya di bulan barakah..Ameen

Bercerita pasal beraya, tahun ni giliran Raya Pertama di kampung saya..nun di Penang sana. Tahun ni hanya 7 adik beradik yang dapat meraikan pada hari raya pertama. 2 keluarga beraya bersama mentua masing-masing. Sorang di Melaka dan sorang lagi di Terengganu. Itu pun sebab menunggu hari untuk bersalin dan dijangka bersalin pada Hari Raya. Tapi alhamdulillah, kakak sulong dah selamat melahirkan zuriat ke-5 baby boy pada 5 Syawal yang lalu. Syukur pada ilahi..bertambah cucu mak ayah, 11 orang dah semua..Alhamdulillah...

2 hari before raya, kami dah bertolak balik sebab nak berbuka dan bersahur bersama. Alhamdulillah jalan lancar dan kami selamat sampai . Tahun ni, yang balik beraya, saya yang paling tua, automatik jadi ketua chef..mak pun tak sihat, jadi masak-memasak dah bertukaq tangan. Menu hari raya pertama, mee rebus/kuah penang style, rendang ayam, kari daging , nasi impit dan yang paling utama ketupat palas.. sehari before raya dah siap membalut ketupat...

Alhamdulillah, kali ni memang betul2 100 % air tangan saya...selalu kalau ada kakak2, kira masing2 bergotong royong masak. Tugas basuh pinggan, potong-potong/ kupas2 adik2 tolong ...lega jugak dah settle bab2 potong ni. Senang nak masak maklumla banyak menu.





No comments:

Post a Comment