Thursday, August 15, 2013

::3 Syawal 1434 H::

bersambung..

n3 raya tak habis2 lagi sebab mood raya kan sebulan..:) sambung 3 syawal, kakak No 2, buat open house. So plan lepas singgah rumah dia kami terus shoot ke kampung abang pulak di Teluk Intan. MIL dan BIL dah sampai dari KL..jadi plan malam tu tido rumah Embah (ayah kepada MIL). Embah perempuan dah meninggal bulan 5 hari tu..jadi tinggal Embah lanang (lelaki) saja kat rumah tu..Kebetulan masa kami nak balik tu, adik hubby dah sampai rumah embah sbb mertua dia memang tinggal di kpg sebelah kpg embah, kira tak jauh dari situ..

kakak no 3 sampai rumah mak jam 3 pagi 3 syawal tu. dapat la jumpa dia. kalau tak memang susah nak jumpa even dia dok Ampang KL ja. Jadi kami sama2 pi open house rumah kakak. Kami dah siap2 kemas barang masuk keta sebab nti nak singgah jap ja rumah kakak...Menu hari tu sedap, ada lauk ikan tongkol sambal, ayam bakar, masak lemak ikan masin, sayur, ulam2, sambal belacan semua la...tak lama kat situ, kami terus gerak..tapi jem tak ingat punya.puas la kami keluaq masuk highway...jem, keluaq ikut jalan dalam..tgk dah tak jem, masuk highway balik..sampai rumah embah dah nak dekat pukul 11.30 malam. 8 jam perjalanan, kalau biasa tu dalam 2-3 jam sahaja..lenguh habis pinggang, penat...

:: wif kak no 3::

:: Kaklong Ameena dgn cousin Aufa Izzatul Arisha::


::pose wajib::


No comments:

Post a Comment