Friday, June 4, 2010

::Perubahan demi perubahan..::

Salam,

Dah lama saya tak bercerita pasal Nina..


Kalau nak diceritakan perkembangan Nina dari kecik sampai la sekarang dah 3 tahun 9 bulan..macam2..di antaranya:



  1. Yang paling ketara, rambut dia dulu curly2, sekarang dah jadi straight lak..ikal2 sikit je kat bawah.
  2. Dulu kecik2 debab..sekarang memang kurus meninggi..rasanya dah 2 bulan timbang asyik 15kg jer, tak naik2.Puas dah bagi vitamin semua..tapi badan tak jugak naik..
  3. Dulu time kecik2 suka dia membaca, apa butir pun tak paham, tapi minat tu tinggi, pantang nampak buku. Sekarang dah ubah, lebih kepada menulis, mewarna & melukis..Kadang tu, dengan buku-sekolah-mama jadi tempat dia m-e-n-c-o-n-t-e-n-g.
  4. Dulu bahasakan diri dia bila cakap..samaada 'adik' atau 'Nina'..sekarang dah tukar 'kite'..mana dia dengaq tak tau. Paling kelakar malam tadi...Dia buat perangai, sajela mama baba buat2 packing baju. Dialog seperti bawah:

::Curly kan rambut dia..time ni 2 tahun::

:: Ni dah 3 tahun, selepas dok kena potong jer rambut, terus jadi straight::

Minat mewarna, melukis..

Scene 1:

Mama: Nina buat perangai, mama baba nak balik rumah opah penang, Nina,
mama hantar rumah mama zah (bbsitter)

Nina : Nina tak nak, Nina tak buat lagi (menangis tersedu2 time tu) - ulang 6,7 kali
Mama : (Dalam hati sebak sgt time dia cakap camtu) tapi, buat tak layan jer..
Nina : Ya Allah Ya Tuhanku, mama buat kite.

Masa ni nak pecah perut dengaq. Saya dgn abang jenuh la tutup2 mulut tak nak gelak.

Scene 2:

Time ni tengah berbuka puasa semalam dengan abang. Kena marah dengan baba dia,
terus merajuk. Kalau merajuk, memang dia jenis ambik bantai dia , pi dok baring tepi
dinding.

Baba: Nina merajuk ke?
Nina : Ye la Nina merajuk.
Baba: Ok, nanti dah habis merajuk, datang kat baba.
Nina : Tak habis merajuk lagi, banyak lagi merajuk.
Baba : Banyak ke merajuk. Ok, merajuk dulu.
Nina : Baba makan dulu, Nina lambat lagi merajuk. Banyak lagi. Tak payah tunggu
Nina.

Baba : Okey..

Kami dua2 nak tergelak dengaq, budak kecik ni kalau bab bercakap, no 1. Boleh lak merajuk tu ada banyak.

4 comments:

  1. kah kah kah!!
    kelakar la nina ni!
    boleh pulak berdoa ala-ala crita nabila tu.

    byknya merajuk nina, boleh bg kat mama skit.
    hahahahaha!!

    sengih2 acik baca crita nina ni.

    ReplyDelete
  2. kikiki..kelakar!
    bestkan bler ank dh pndi bceloteh!

    ReplyDelete
  3. umur 3thn mmg penat nk lyn,kan?ank buah sy cm nina gak..
    nina:meh aunti ajaq,kalo merajuk xleh ckp.apatah lg ckp byk..kna diam2 ja..
    (suka citer dia merajuk )

    ReplyDelete
  4. Na: Itula, gaya cam nabila dah rasanya..sampai tutup dgn bantal nak tahan gelak..:))

    Izu:Best sbb kalau dilayan, lagi dia pandai balas..:))

    Kinah: Memang penat nak layan..itu kalau bercakap, kalau pantang dengar lagu, dia punya menari tak ingat dunia, macam kita jaq. Lentik dia, lembut dia..hahah

    Itula merajuk, pandai cakap merajuk..kalau mama merajuk, diam jer la...tunggu sampai baba pujuk :p hehe

    ReplyDelete