Sunday, December 6, 2009

::Usia menjangkau 28thn::

Alhamdulilllah dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas limpah dan kurnianya...Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....28 tahun nikmat usia dan nikmat kesihatan dariNya. 6 Disember adalah tarikh mak selamat melahirkan saya ke dunia...Sehingga ke usia 28 tahun, banyak momen yang menjadi kenangan pahit dan manisnya..

sambutan hari lahir tahun ni, ada kegembiraan yang dikecapi..Alhamdulillah result exam master for 1st sem yang baru je dapat, i did well..Alhamdulillah:)...Moga dapat maintain result ni sampai la grad nanti. Alhamdulillah..

Semalam jalan2 ke Mines, hubby bawak gi kedai jam, suruh pilih jam untuk hadiah besday. Bila masuk tu terfikir lak, buat apa nak banyak2 jam. Biar la pakai sampai lunyai sbb baru je bli jam baru awal akhir tahun lepas sbb jam kawin hilang..huhuh kalau tak hilang, pakai jer la sampai dah rosak..Sbb jenis yang loyal pada yang satu..Hubby la bukan jenis tu...jam ni buat koleksi. Hobi kumpul jam...Nasib la suka jam, kalau suka memancing...awal2 dah warning..:D

Malam td hubby blanja makan western food...I choose lamb chop, hubby lak chicken chop..sedap!Tak der yang lebih ternilai hadiah selain kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari orang yang tersayang..Moga diri ini sentiasa daat menggembirakan abang hingga akhir hayat..

Thanks to kawan2 yang wish..nak sebut semua puas la nak naip, just sebut a few here..Rina, K.wanis, dan yang penting my dear hubby..

Quote dari sms hubby :

" Semoga Nur tabah menghadapi ranjau kehidupan & teguh, gigih, tekun mencapai impian. Abang doakan Nur sentiasa mendapat Rahmat Ilahi, Hidayah & Taufiq Nya. Nur, Abanglah suami yang paling bertuah kerana Allah mentaqdirkan abang menemani Nur sepanjang hayat. Layanan dan belaian Nur penuh ikhlas & kasih menyentuh kalbu abang. Pengorbanan yang Nur lakukan sangat bermakna. Jiwa abang tenang. Mata abang sejuk. Hati ini penuh dengan kasih & sayang Nur. Nur akan sentiasa di ingatan ini selama-lamanya. Nur, hadirmu tiada dua. Walau salah seorang kita telah tiada, namun cinta sekukuh ini tidak terlerai dari memori kita. Nur, abang sayang & cintakan Nur seluruh jiwa & raga abang. Semoga Allah memanjangkan usia perkahwinan kita & direzekikan anak-anak yang solehin. Amin "


I'm speechless....Abang sentiasa di hati Nur selama-lamanya..



No comments:

Post a Comment