Sunday, December 13, 2009

::Ceritera cuti 3 hari::

Selangor cuti dari Jumaat..jadi dapat la cuti lama sikit hujung minggu sempena Besday Sultan Selangor.

Jumaat(11/12/09)

Pagi duduk rumah.Siap masak2 untuk dibawa ke rumah MIL. Saya masak simple2 je..sup ayam (sbb Nina demam kena bagi dia hirup sup), goreng ikan terubuk masin, goreng ayam dgn cili kicap sedap:).. Petang lepas solat Jumaat melawat adik ipar yang eksiden Selasa lepas di HKL. Alhamdulillah, Angah dah operate paha yang patah tu..Memang kami hari2 ulang alik ke Hospital dan hantar MIL balik rumah.Sampai bangi dah lewat dlm 10 malam. Masa terima berita eksiden tu memang terkejut sangat...Alhamdulillah tak der la sampai kecederaan kepala..

Kronologi eksiden..

Angah dengan suami dia ke HKL dalam 6.30 pg camtu sbb hantar Angah keje kat HKL. Sekali sampai dekat bulatan pahang, suami dia berenti. Tiba2 keta kembara dari belakang langgar..Angah cerita dia tergolek dan hempap paha yang patah tu..dengar ngeri betul..Nasib ada polis trafik kat area situ..Dia yang ambik details cina-bawak-keta kembara tu. Nasib tak langgar lari. Dua ambulans datang. 1 dari IJN suami angah keje kat IJN..satu lagi dari HKL..Suami Angah yang call MIL untuk inform..MIL dah berambu air mata, panik tak leh nak pikir..dia call adik ipar then baru la yg lain2 tahu..time abang call bgtau, saya dah nak dekat sampai UKM..sempat la isi form semua dulu then tunggu abang dtg jemput..

Sampai HKL, tunggu Angah settle semua..then, kami pegi buat report di Balai Trafik Jalan Bandar..lama sungguh nak settle semua dari jam 1 ptg sampai nak dekat 4.30 ptg br settle..then balik semula ke hospital..Hari tu samapi Bangi nak dekat pukul 11 mlm settle semua. Nina pun kami amik lambat rumah pengasuh, kol 10.30 mlm baru amik. sian dia kena tinggal lama..Tapi itu la kelam kabut di buatnya bila emergency camtu..bukan ape, Angah pompuan, jadi emosi tu lain sikit..Doktor kata nak baik makan masa 1 1/2 hingga 2 tahun nak berjalan balik cam biasa..Harap Angah tabah menghadapi semuanya dengan redha.ada hikmah di atas apa yang berlaku..

Sabtu (12/12/09)

Memandangkan hubby mengajar pagi tu, memang stay kat rumah je lah.Pegi Tesco beli barang dapur petang tu..semua dah habis.

Ahad (13/12/09)

Hubby mengajar di Gombak pagi. Jadi stay kat rumah je lah. Hari ni masak tomyam ayam untuk lunch...sambil2 tu siapkan laundry, 3 loads jugak la..minggu ni tak sempat basuh sebab sibuk ke hospital. kita stok seminggu la..:) Petang la rajin sikit, masak cucur ikan bilis bersama nescafe panas. best cuti2 ni duk rumah..

No comments:

Post a Comment