Monday, December 14, 2009

::Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya::

Pendidikan anak-anak biarla semasa masih kecil..sebagai ibu bapa, kita perlu dedahkan mereka dengan ilmu pengetahuan mengikut kesesuaian umur. Di awal usia 3 tahun seperti Nina, nampak dia terdorong dan minat membaca. Walaupun satu perkataan pun dia masih belum kenal. Tapi setiap kali mama baba baca buku, mesti dia la yang paling sibuk nak baca jugak. Kadang-kadang declare buku dia..(majalah harmoni tu mama punya la Nina)

Apa yang kami terapkan pada dia, beli banyak buku dari beli toys. Sediakan rak khas untuk setipa buku dia. Selalu bawak dia ke kedai2 buku untuk menambahkan minat dia membaca. Biar dia pilih buku kesukaan dia. Umur baya Nina ni Disney cartoon la pilihan dia. Habis la barbie, snow white yang dia suka.
Sekarang ni dia minat sungguh mewarna. Jadi biar jer dia layan minat dia tu..nampak la skill mewarna. Dulu mula2 mewarna macam menconteng, habis dia color satu buku.Guna 1 color pulak tu..kalau biru, biru semua satu badan.sekarang nampak la ada 2,3 color..lepas diajar, nampak la improvement walaupun tak secantik kita mewarna, tapi sesuai dengan kanak-kanak umur 3 tahun..
::Bolehla kan...ni kira 6/10, warna dalam gambar, bukan luar gambar::


Saya dapat link pasal pendidikan anak-anak di blog ni anakku-sayang.
TQ arn my good friend of mine for the info.

No comments:

Post a Comment