Thursday, August 15, 2013
::Salam Lebaran 1434 H/ 2013::
Assalamualaikum...
Tidak terlambat untuk mengucapkan.. Taqabballahuminkum pada semua. Alhamdulillah, kita berjaya melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Hati sedih meninggalkan ramadhan kerana belum pasti kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Moga Allah panjangkan usia untuk menjadi tetamuNya di bulan barakah..Ameen
Bercerita pasal beraya, tahun ni giliran Raya Pertama di kampung saya..nun di Penang sana. Tahun ni hanya 7 adik beradik yang dapat meraikan pada hari raya pertama. 2 keluarga beraya bersama mentua masing-masing. Sorang di Melaka dan sorang lagi di Terengganu. Itu pun sebab menunggu hari untuk bersalin dan dijangka bersalin pada Hari Raya. Tapi alhamdulillah, kakak sulong dah selamat melahirkan zuriat ke-5 baby boy pada 5 Syawal yang lalu. Syukur pada ilahi..bertambah cucu mak ayah, 11 orang dah semua..Alhamdulillah...
2 hari before raya, kami dah bertolak balik sebab nak berbuka dan bersahur bersama. Alhamdulillah jalan lancar dan kami selamat sampai . Tahun ni, yang balik beraya, saya yang paling tua, automatik jadi ketua chef..mak pun tak sihat, jadi masak-memasak dah bertukaq tangan. Menu hari raya pertama, mee rebus/kuah penang style, rendang ayam, kari daging , nasi impit dan yang paling utama ketupat palas.. sehari before raya dah siap membalut ketupat...
Alhamdulillah, kali ni memang betul2 100 % air tangan saya...selalu kalau ada kakak2, kira masing2 bergotong royong masak. Tugas basuh pinggan, potong-potong/ kupas2 adik2 tolong ...lega jugak dah settle bab2 potong ni. Senang nak masak maklumla banyak menu.
Friday, August 2, 2013
::Teaser Progress Rumah::
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bermula dengan penyerahan kunci sehari sebelum ramadhan iaitu 9 Julai 2013...Titik permulaan kami dalam persediaan untuk masuk rumah. Ada cerita di sebaliknya yang kami anggap rezeki dari yang Esa..Terima kasih kepada bakal jiran yang hanya bersapa di fb...bertanyakan hal kontraktor..pertemuan diatur dan alhamdulillah dipermudahkan Allah..Syukur. Allah lebih mengetahui..Terima kasih Ain (walaupun dia tak baca blog ni) hehehe dan suami beliau atas kesudiaan menerima kunjungan kami untuk site visit hasil kerja kontraktor :)
Bukan apa, once dah dapat kunci macam blur nak buat apa lepas ni..N3 ni just untuk tatapan kami untuk masa akan datang maklumlah ini rumah pertama kami beli..kira aset terbesar keluarga kami..Alhamdulillah..Pertemuan demi pertemuan diatur bersama kontraktor untuk bincang layout dan design yg kami plan. Tak beria sangat pun tapi sekadar yang mampu menigkut budget. 4 hari lepas tu, sebutharga telah diberi dan perjanjian telah termetrai. Esok nya terus mula kerja-kerja renovation. Bukan major just minor..Awalnya memang tak niat nak tambah belakang kerana kami hanya nak letak awning kat laman belakang..tapi rezki kami, lain pulak jadinya dan harga berpatutan..
::Tinted dah siap::
![]() |
| ::Tambahan belakang yang belum siap:: |
::Siap dah tiles sebelum dipasang awning::
::Car porch..autogate dah siap::
:: tambahan belakang yang dah siap tiles::
![]() |
| ::KC yang masih belum siap..:: |
::dah ada tambahan singki dan table top::
Rumah masih dalam progress dan dijangka siap end of august, insyaAllah..dan kami akan masuk terus selepas tu. Harapan dan doa moga perancangan kami dipermudahkan dan kami selamat berpindah masuk.
'Ala kullihal..alhamdulillah syukur atas nikmat ini...
Thursday, June 13, 2013
::Teambuilding 31/5 - 2/6/13::
Assalamualaikum,
Teambuilding kali ni buat di Felda Hot Springs, Sungkai Perak. Alhamdulillah, kali ni yang paling best compared to sebelum2 ni..Banyak aktiviti first time buat. Yang paling tak blh lupa..main paintball.Mula2 memang nervous sgt. Dok terpikir macam na nak main ni..tak leh bayang..'marshall' dok explain pun buat2 mcm paham, sbnrnya tak paham :) Sekali dah bertempur...gian lak nak main...Pengarah pun sporting habis, even dia yang lead di depan..kira berani mati la..Alhamdulillah, 3 game, tiga2 tak kena bullet dia..Ada yg bertanya kat fb, best ke tak felda hot springs ni..so far saya bagi 4.5/5.0...bilik ok, makan ok, view ok...semua ok la...cuma kena menapak la sikit antara dewan dgn bilik...sbb diff buiding..tp so far, satisfied!:)
::Kenangan yg tak boleh lupa::
::Sehari bersama Kaklong Ameena::
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih ada semangat dan kerajinan untuk publish n3..rasanya banyak sgt nak crita..dan ada banyak benda berlaku, tapi mood tu ilang di bawak angin. Blogwalking ja , tapi nak up 1 entry pun tak..ke'malasan' melanda..sy cuba upload pics dulu..nti2 kita buat karangan...
Sempena cuti sekolah hari tu tak bawa k.long jalan mana2, hanya balik kpg saya di penang masa awal2 cuti.ni kira penutup cuti sekolah, habiskan sehari, tu pun last minute punya planning..attire pun dah macam nak pi ofis.Bukan apa, takut si adik perasan mama baba nak pi jalan2..:) Enjoy pic, nti smbg lg..
Thursday, April 4, 2013
::Last Day @ Langkawi::
Assalamualaikum..
Hari terakhir, kami terjah sekali lagi ke Haji Ismail Group (HIG)...niat di hati tu nak menambah lagi apa2 yg tak terbeli dan terkurang.
So, hari last ni just nak pegi Dataran Lang..Tapi adik ipar & ayah mertua tak join kitaorang bergambar kat sini, sebab nak jaga keta, kami lupa nak ambik kad parking. takut lak dah la keta sewa, nanti tak pasal2 jadi benda lain. So ber 5 ja dok posing snap sana sini. Kalau dah datang sini, rugilak tak bergambar kat mercu tanda Langkawi ni...:)
::hubby la tukang snap..::
:: si kenit ni posing, topi pun beli kat area situ...sbb memang panas sgt time tu::
:: Kaklong juga posing::
:: posing lagi::
::ganti2 dgn abg....nak bg mertua snap, dia tak pandai::
Selesai di Dataran Lang, kami cari tempat untuk lunch before proceed to the next plan...Bila perut dah kenyang, baru lah ada tenaga nak bergerak :) Singgah di kedai mamak, lunch kat situ then terus balik ke homestay sbb nak kena packing before gerak untuk balik KL. Flight jam 8.55 malam...Dalam 6.30 petang kami dah check out...
:: Ni dekat Langkawi International Airport::
::dua beradik suka posing::
::Budak debob::
Subscribe to:
Posts (Atom)












































