Thursday, July 8, 2010

::Part 1: Family Day @ Marina Dove Resort, Teluk Batik::






3 hari 2 malam kami di teluk Batik, family day KUIS. Kami menginap di Marina Cove Resort, Teluk Batik. For this time, abg ajak makabah aka my PIL ikut sama..so boleh la diaorang berdua-duaan...almaklumlah, mereka pun tak penah duduk hotel2 ni.


Kami diberi apartment, 2 bilik..hall pun besar.Selesalah nak duduk 2 malam tu. Kami tak pilih 2 bilik asing2, sbb fikir Nina nanti mesti PIL nak main2 ngan dia..susah kalau different room.


Tentatif 2 hari tu tak ketat sgt..banyak aktiviti bebas..ada la telematch untuk kanak2. Kali ni Nina dapat la join, even ni adalah first time dia nak involve. Untuk kanak2 ada 3 game..bawak bola pingpong dalam sudu, isi air dalam botol dan amik cekelat guna mulut..Tapi kelakar time Nina, bila pengadil tiup wisel, dengan dia2 sekali lari.patut peserta pertama la lari dulu..ni dia confident je lari sama..end up, pengadil suruh makayah yg guide anak2 masing2..barulah teratur semua...:)sebab dalam group, so ok la...adalah hadiahnya..sebenarnya tak kisah pun dapat no berapa, mesti dapat hadiah budak2 ni...yg penting depa semua happy..
Bagi makayah pulak ada game "sambutlah sayang"..suami diberi belon yang berisi air. Main dia, kena baling sampai la isteri dapat sambut. If not, kalah, kena kuar..So kami berdua dapat bertahan samapi orang yg ke 4 terakhir...Sbb hadiah untuk 3 pasangan shj..Sebab hubby baling dulu, orang lain boleh relaks tak baling2 pun sbb suppose semua baling belon serentak..
Tapi pengadil pun tak tau nak kira camna, last2 sapa jatuh belon dulu kira no terakhir..Jadi kami tak der la hadiah.Kalau nak dikira memang tak adil, tapi ni sebab nak have fun jer, tak der la kisah...:)
Sabtu petang, kami round di teluk batik tgk pantai...dan beli sikit ole-ole untuk kawan2 & family..kat sini tak crowded compared to PD..kira tak ler sesak sgt ngan orang.Tak sakit kepala kalau nak duduk2 kat sini.
Malam tu, kami ada BBQ session..macam2 ada. sampai tak larat nak makan.best sebab ada kamping bakar ngan udang..nyum..nyum...Kira masing2 puas hati dpt makan macam tu.

Pic banyak dlm kamera, ni gambar dr hp jer..nti dah ada, upload lg kat sini..

---to be continued--

Friday, June 18, 2010

::Ingatan buat semua::

N3 ni adalah bertujuan untuk remind semua pasal bahayanya 'Thalassemia'...Ini adalah kerana ia terjadi dalam family saya sendiri.
Saya sendiri pembawa thalassemia. Alhamdulillah, suami tak da, bebas dari thalassemia. Penyakit ni pun dulu masa mula2 kawin, belum tersebar lagi. Ramai yang tak tahu. Saya sendiri membuat ujian khas 'Thalassemia' iaitu electroporisis untuk kenalpasti ada atau tak.
Semuanya selepas kakak yg sulong dah disahkan pembawa thalessemia trait (1/4)..Dana masa tu dia tengah pregnant. Jadi Dr pelik sebab HB rendah..Saya pun sama2 pregnant time tu. Jadi saya decide nak buat jugak ujian tu. Masa first bgtau Dr kat klinik, dia pun macam tak familiar..So, saya buat ujian di hospital gomen. Dan result memang sah saya jugak pembawa...
Bahayanya Thalassemia ni bila kedua-dua ibu bapa pembawa, anak boleh jadi thalassemia major.Memang sgt2 bahaya....Alhamdulillah, saya tidak diuji dengan dugaan ini. Anak-anak saya Insyaallah selamat sebab saya seorang saje yang ada.
Kalau diingat2 balik masa zaman sekolah dulu, saya selalu jugak pengsan masa main netball, masa rentas desa...semua nya sebenarnya gara2 saya ni pembawa thalassemia, tapi mana lah tahu time tu.Ingat normal la...Satu lagi simptom saya selalu kena time naik tempat tinggi, tak kisah la tangga ke, panjat tempat tinggi, mesti rasa macam badan tak boleh nak imbang, oksigen tak sampai...rupa2nya itula simptom nya...
Even sekarang pun saya selalu mengalami cumanya kurang sikit, sebab saya bukan pregnant..kalau pregnant kena share dengan baby sebab tu HB drop sampai 8..
Nasihat saya kepada semua, sebelum kahwin buat dulu ujian ni takut kalau suami isteri ada, nanti kesan pada anak-anak. Memang kesian kalau akibatnya kena buat pemindahan darah dan lebih dahsyat umur tak panjang..NAUZUBILLAHIMIN ZALIK...
Selepas saya bersalinkan Nina, HB saya drop sampai 6.5..sampai kena masukkan darah 1pek setengah..itula risikonya..setiap kali bersalin, memang saya kena tambah darah..Harap darah yg masuk dalam badan ni, tiada masalah..
Saya bercakap di atas pengalaman. Kakak & Abg Ipar saya pembawa Thalassemia. Jadi sekarang anak diaorang memang HB 6 saje..result darah sebenar belum keluar, harap2 bukan la thalassemia major..Sian pada Aidil. Badan pucat ja..Next week kena tambah darah..Bayangkan baby umur 6 bulan kena mengalami semua tu.
Saya kesian kat kakak, nasib yang menimpa..cuma sekarang hanya boleh cakap itu takdir dari ALLAH dan takdir jodoh dia dgn Abg Ipar..
"Prevention better than cure"
Moga Aidil Amsyar sentiasa diberi kesihatan yang baik..AMIN
N3 saya sebelum ni pasal kelahiran Aidil Amsyar , boleh di lihat di sini.

Tuesday, June 15, 2010

::Majlis Perkahwinan (Part 3)- Bersama siblings::









::Majlis Perkahwinan (Part 2)::































::Majlis Perkahwinan Adik 12 Jun 2010 (Part 1)::

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik. Semua berjalan lancar.
For the time being nak letak gambar jer dulu banyak2, nanti2 la nak story mory..Happy viewing everybody..
























Friday, June 4, 2010

::Perubahan demi perubahan..::

Salam,

Dah lama saya tak bercerita pasal Nina..


Kalau nak diceritakan perkembangan Nina dari kecik sampai la sekarang dah 3 tahun 9 bulan..macam2..di antaranya:



  1. Yang paling ketara, rambut dia dulu curly2, sekarang dah jadi straight lak..ikal2 sikit je kat bawah.
  2. Dulu kecik2 debab..sekarang memang kurus meninggi..rasanya dah 2 bulan timbang asyik 15kg jer, tak naik2.Puas dah bagi vitamin semua..tapi badan tak jugak naik..
  3. Dulu time kecik2 suka dia membaca, apa butir pun tak paham, tapi minat tu tinggi, pantang nampak buku. Sekarang dah ubah, lebih kepada menulis, mewarna & melukis..Kadang tu, dengan buku-sekolah-mama jadi tempat dia m-e-n-c-o-n-t-e-n-g.
  4. Dulu bahasakan diri dia bila cakap..samaada 'adik' atau 'Nina'..sekarang dah tukar 'kite'..mana dia dengaq tak tau. Paling kelakar malam tadi...Dia buat perangai, sajela mama baba buat2 packing baju. Dialog seperti bawah:

::Curly kan rambut dia..time ni 2 tahun::

:: Ni dah 3 tahun, selepas dok kena potong jer rambut, terus jadi straight::

Minat mewarna, melukis..

Scene 1:

Mama: Nina buat perangai, mama baba nak balik rumah opah penang, Nina,
mama hantar rumah mama zah (bbsitter)

Nina : Nina tak nak, Nina tak buat lagi (menangis tersedu2 time tu) - ulang 6,7 kali
Mama : (Dalam hati sebak sgt time dia cakap camtu) tapi, buat tak layan jer..
Nina : Ya Allah Ya Tuhanku, mama buat kite.

Masa ni nak pecah perut dengaq. Saya dgn abang jenuh la tutup2 mulut tak nak gelak.

Scene 2:

Time ni tengah berbuka puasa semalam dengan abang. Kena marah dengan baba dia,
terus merajuk. Kalau merajuk, memang dia jenis ambik bantai dia , pi dok baring tepi
dinding.

Baba: Nina merajuk ke?
Nina : Ye la Nina merajuk.
Baba: Ok, nanti dah habis merajuk, datang kat baba.
Nina : Tak habis merajuk lagi, banyak lagi merajuk.
Baba : Banyak ke merajuk. Ok, merajuk dulu.
Nina : Baba makan dulu, Nina lambat lagi merajuk. Banyak lagi. Tak payah tunggu
Nina.

Baba : Okey..

Kami dua2 nak tergelak dengaq, budak kecik ni kalau bab bercakap, no 1. Boleh lak merajuk tu ada banyak.

Wednesday, June 2, 2010

::Betul ke....just have fun doing it::


Macam kelakar jer tengok..hehe:) sape2 nak cuba,
leh la try kat sini http://www.in20years.com/
Apa kata survey, ada iras ker?:)