Tuesday, December 29, 2009
Tuesday, December 15, 2009
::Backdated Entry; Our 4th Anniversary 10/12::
::Saat Abang menyarungkan cincin..Na, terselit gambarmu..heeh::
p/s::kurusnya saya time nikah ni..hanya 56kg..now figure-ramping-pinggang tu tak jumpa2 angka 50++ huhu..diet-tak-menjadi::
4 tahun kami melayari bahtera perkahwinan ini..dari saat 10/12/05 tarikh diijabkabulkan, hinggalah di kurniakan seorang anak yang kami namakan "Nur Ameena Sofia"..Kami direzkikan awal dapat zuriat , Nina lahir 18/8/06, awal sebulan dari due sepatutnya..Alhamdulillah, walau hanya seberat 2.16kg, Nina membesar dengan sihat tanpa ada masalah. Tahun pertama kami cuba menyesuaikan keadaan, sbb tak sempat nak honeymoon sangat, terus di sahkan pregnant..Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Kami memang tak merancang, sbb kami memang nak anak awal..Alhamdulillah Allah makbulkan..:)
Moga Allah menitipkan kasih sayang yang melimpah ruah di antara kami sehingga ke akhir hayat kami..walau usia perkahwinan sudah bertambah, kami masih dalam proses memahami dengan lebih mendalam karakter masing2. Moga Allah memudahkan segala urusan kami.

" Selamat Ulangtahun Abang, Nur Sayang Abang hingga akhir hayat"'
Monday, December 14, 2009
::Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya::
Pendidikan anak-anak biarla semasa masih kecil..sebagai ibu bapa, kita perlu dedahkan mereka dengan ilmu pengetahuan mengikut kesesuaian umur. Di awal usia 3 tahun seperti Nina, nampak dia terdorong dan minat membaca. Walaupun satu perkataan pun dia masih belum kenal. Tapi setiap kali mama baba baca buku, mesti dia la yang paling sibuk nak baca jugak. Kadang-kadang declare buku dia..(majalah harmoni tu mama punya la Nina)
Apa yang kami terapkan pada dia, beli banyak buku dari beli toys. Sediakan rak khas untuk setipa buku dia. Selalu bawak dia ke kedai2 buku untuk menambahkan minat dia membaca. Biar dia pilih buku kesukaan dia. Umur baya Nina ni Disney cartoon la pilihan dia. Habis la barbie, snow white yang dia suka.
Sekarang ni dia minat sungguh mewarna. Jadi biar jer dia layan minat dia tu..nampak la skill mewarna. Dulu mula2 mewarna macam menconteng, habis dia color satu buku.Guna 1 color pulak tu..kalau biru, biru semua satu badan.sekarang nampak la ada 2,3 color..lepas diajar, nampak la improvement walaupun tak secantik kita mewarna, tapi sesuai dengan kanak-kanak umur 3 tahun..
Saya dapat link pasal pendidikan anak-anak di blog ni anakku-sayang.
TQ arn my good friend of mine for the info.
::Happy Birthday MIL::
Birthday MIL 14/12...same month with me..selalu celebrate sama2..
"Mak, moga dikurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan umur & di murahkan rezki, AMIN "
Sunday, December 13, 2009
::Ceritera cuti 3 hari::
Selangor cuti dari Jumaat..jadi dapat la cuti lama sikit hujung minggu sempena Besday Sultan Selangor.
Jumaat(11/12/09)
Pagi duduk rumah.Siap masak2 untuk dibawa ke rumah MIL. Saya masak simple2 je..sup ayam (sbb Nina demam kena bagi dia hirup sup), goreng ikan terubuk masin, goreng ayam dgn cili kicap sedap:).. Petang lepas solat Jumaat melawat adik ipar yang eksiden Selasa lepas di HKL. Alhamdulillah, Angah dah operate paha yang patah tu..Memang kami hari2 ulang alik ke Hospital dan hantar MIL balik rumah.Sampai bangi dah lewat dlm 10 malam. Masa terima berita eksiden tu memang terkejut sangat...Alhamdulillah tak der la sampai kecederaan kepala..
Kronologi eksiden..
Angah dengan suami dia ke HKL dalam 6.30 pg camtu sbb hantar Angah keje kat HKL. Sekali sampai dekat bulatan pahang, suami dia berenti. Tiba2 keta kembara dari belakang langgar..Angah cerita dia tergolek dan hempap paha yang patah tu..dengar ngeri betul..Nasib ada polis trafik kat area situ..Dia yang ambik details cina-bawak-keta kembara tu. Nasib tak langgar lari. Dua ambulans datang. 1 dari IJN suami angah keje kat IJN..satu lagi dari HKL..Suami Angah yang call MIL untuk inform..MIL dah berambu air mata, panik tak leh nak pikir..dia call adik ipar then baru la yg lain2 tahu..time abang call bgtau, saya dah nak dekat sampai UKM..sempat la isi form semua dulu then tunggu abang dtg jemput..
Sampai HKL, tunggu Angah settle semua..then, kami pegi buat report di Balai Trafik Jalan Bandar..lama sungguh nak settle semua dari jam 1 ptg sampai nak dekat 4.30 ptg br settle..then balik semula ke hospital..Hari tu samapi Bangi nak dekat pukul 11 mlm settle semua. Nina pun kami amik lambat rumah pengasuh, kol 10.30 mlm baru amik. sian dia kena tinggal lama..Tapi itu la kelam kabut di buatnya bila emergency camtu..bukan ape, Angah pompuan, jadi emosi tu lain sikit..Doktor kata nak baik makan masa 1 1/2 hingga 2 tahun nak berjalan balik cam biasa..Harap Angah tabah menghadapi semuanya dengan redha.ada hikmah di atas apa yang berlaku..
Sabtu (12/12/09)
Memandangkan hubby mengajar pagi tu, memang stay kat rumah je lah.Pegi Tesco beli barang dapur petang tu..semua dah habis.
Ahad (13/12/09)
Hubby mengajar di Gombak pagi. Jadi stay kat rumah je lah. Hari ni masak tomyam ayam untuk lunch...sambil2 tu siapkan laundry, 3 loads jugak la..minggu ni tak sempat basuh sebab sibuk ke hospital. kita stok seminggu la..:) Petang la rajin sikit, masak cucur ikan bilis bersama nescafe panas. best cuti2 ni duk rumah..

Monday, December 7, 2009
::2nd Celebration @ Secret Recipes, Alamanda::
Subscribe to:
Posts (Atom)