Monday, April 16, 2012

::Feeya is 1 year old::


:: 11 months of milestone...memorable moment::


::12 months::

Alhamdulillah, dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas nikmat ini..Setahun dah anakanda tercinta, Nur Wafeeya Husna. 11 April yang lalu..Maaf sayang, mama sibuk sikit dengan kursus dan bengkel minggu lepas..Lps tu on that day pulak, ramai tetamu yg bertandang kat rumah..Memang tak sempat nak siapkan N3..Tak terlambat nak ucapkan Selamat hari Lahir Sayang...

An amazing journey..itu yang boleh mama katakan.Masa yang begitu pantas.Even hari2 mama kelek Feeya untuk nyusu, tapi Rindu sentiasa bertandang bila saaat ditinggalkan apabila bekerja..Tapi mama sentiasa ingat, Kerja juga Ibadah..penguat untuk mama mencari rezeki halal buat keluarga. Bayangkan setiap perubahan Feeya, tak semua mama menjadi yang pertama..Mungkin 'mama zah' orang yang pertama menyaksikannya..mama terkilan bila diingat perkara tu. tapi semua tu ditolak ke tepi, yang penting mama nak sediakan yang terbaik buat anak-anak mama...

Bulan berganti bulan, mama lihat anak mama membesar depan mata..Even breastfeeding journey is still going..mama harap sangat mama dapat nyusu sehingga 2 tahun..Mama tak kisah bila masa Feeya menyusu, rasa sakit sbb gigi Feeya dah banyak..yang penting anak mama dapat banyak khasiat dari susu ibu. Berbanding kak long, mama masih dapat breastfeed Feeya sehingga ke hari ini..Kak long dulu hanya mampu bertahan 7 bulan, itu pun sbb kak long yang dah tak nak.

Baba ada cakap kat mama, suruh stop direct breastfeeding, just pump then bg feeya minum dalam botol..Tapi mama macam rasa tak sanggup nak berpisah susu, even sakit, tapi mama rasa hubungan antara kita lebih akrab dan erat..

Sekarang anak mama dah boleh menapak, dah boleh bertatih...mama rasa bahagia sangat. Alhamdulillah, mama dianugerahkan anak yang sempurna dan sihat..demam,batuk, selsema itu dugaan kecil buat mama jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih dahsyat diuji..tapi setiap ujian itu ada hikmah besar disebaliknya..Only Allah knows...

Anak mama dah boleh bercakap, ba-ba ma-ma..itu sentiasa dibibir..kadang2 tu keluar perkataan 'nak'...yang penting anak mama ikut progress "apa yang dah capai untuk setahun- seperti yg tercatat dalam buku klinik" ALHAMDULILLAH...yang paling mama tak tahan, anak mama ni pantang dengar lagu..tak pun.."teng ta ke teng tang ting" itu pun dah cukup...mesti cepat je goyang badan tu..:) Comey jer mama tengok..

Moga anak mama membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan kebijaksanaan, cepat belajar....dan dirahmati Allah s.w.t..AMIN

Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang mama nak coret kat sini..Insyaallah ada masa nanti, mama sambung...Wassalam..


Tuesday, April 10, 2012

::Outstation::

Salam,

6/4-7/4/12 yang lepas, saya kena out station ke Kuching. Awal-awal lagi saya dah ajak hubby follow, nak mintak temankan saya. Tapi bila fikir2, Kak Long Nina pun tak penah naik flight, why not saya bawa sekali, just beli tiket flight jer...dah save untuk hotel kat situ..kalau ikut UKM, memang dia akan booking MAS..tapi bl survey untuk 3 orang, mau riban jugak flight tu...Air Asia penyelamat..hehe kan tagline "everyone can fly", so selamat la kami bertiga...tak per, part saya beleh claim balik..:)

Flight saya booking awal..jam 9.45 pagi (Jumaat) tu..sbb nak kena tinggalkan Feeya kat bbsitter, jadi awal la kami hantar. ..Alhamdulillah perjalanan kami lancar ke LCCT..bekfes di McD..then tunggu jer la untuk boarding. Even first time naik Air Asia, tapi dipermudahkan...Hubby dah second time ke Kuching, jadi adala pengalaman sikit..

Alhamdulillah, flight on time...lega sangat, tak der la delay..nak tunggu semua...Alhamdulillah..Nina la paling excited. Ingat dia takut, alih2 dia buat muka kelakar jer bila time flight nak berlepas...tak der takut langsung..lega...:)

Kami sampai jam 11.30 pagi..Trus cari taxi ke hotel..


:: we stayed here::

Hotel kami Riverside Majestic, tak jauh dari waterfront....petang tu jugak kami ke waterfront sbb memikirkan esok saya kerja...malam tu dah flight balik, better pegi jer petang tu..

Ni kami dalam sampan...mula2 tu gayat la jugak. boleh ke nak naik ni..tapi tgk x der la jauh pun jarak, naik jer la...muka gumbira kaklong...tak sampai 5 minit sampai dah kat seberang sana..



Kaklong di tugu "gambar kucing...ni kira favourite place untuk bergambar la...tengokla muka excited..


Monday, March 19, 2012

::Theme 2012?::

As Salam,

Sekarang dah bulan 3..kejap je masa berlalu.Ada ke lagi tailor amik upah bj raya.maybe last awal bln 5...belum decide lagi tema tahun ni..ada la dua color yg minat..so kawan2 what's your theme for this year?jom share no..:)

Ours from 2006 till 2011..enjoice!


::Collections 2008 - 2011::






























Thursday, March 15, 2012

::Pergi takkan kembali..1928-2012::

Salam,

9 Mac 2012, tok meninggalkan kami semua...Alhamdulillah, tok pergi pada penghulu hari, Jumaat sebelum solat Jumaat..12.50Tghr..Memang tak sangka tok pergi secepat ni. Tapi Allah lebih sayangkan tok...Biarlah tok pergi, tidaklah terseksa sakit yang ditanggung..

Kami semua sayang sangat kat tok..cuma terkilan, kami adik beradik yg duduk jauh, tak sempat nak mengadap tok buat kali terakhir. Tak sempat nak menatap wajah tok. Tak sempat nak mandikan, tak sempat nak kucup dahi tok, tak sempat nak bersama di sisi jenazah tok...cuma doa kami sedekahkan pada tok, moga rohnya dicucuri rahmat.

Kenangan kami bersama tok sentiasa abadi di ingatan kami...teringat masakan tok yang tak dak banding sedapnya, cerita2 tok sebelum tido..."panggilan pada cucu2..mek (pompuan)..awang (laki)...terasa tok masih berada bersama kami...



Al-Fatihah

::Feeya @ 11 months::

Salam,


Sorry sayang, mama lambat update...:)


11/3 baru ni genapla Feeya 11 bulan. Alhamdulillah so far perkembangan ok..gigi dah 4 batang. Masih takut2 nak jalan..lps tangan ada, tp tak berani lagi nak melangkah...Kesihatan ok, cuma baru jer kena batuk ngan selsema lps balik dari kpg baru ni. Kena monitor selalu, takut kahak tak kuar...


Enjoys...one month to go for my 1st birthday..anak mama kejap ja dah nak besaq..sedih2..

Sunday, March 4, 2012

::Karnival Jom Masuk U::

Salam...


2-4/3/2012 mama kena outstation ke PD sempena karnival Jom Masuk U...first time join program ni.Mama bawak family sekali,sbb sorang2, better bawak sekali leh la bercuti sekali. Kami stay kat Selesa Beach Resort, PD..Penginapan Ok.semua wakil uni stay kat situ sbb KPT dah tempatkan centralized semua dok hotel yg sama..


Jom layan pics...any additional story, will update later..stay tune!:)