Wednesday, April 16, 2014

::sepi tanpa berita::

Assalamualaikum...

Sudah lama menyepi diri tanpa sebarang updates. Ruh menulis dan mengarang yang hilang sejak perginya insan tersayang yang tiada galang gantinya di dunia ini hampir 8 bulan yg lepas. Pergi yang mendadak dan tidak disangka, pergi membawa bersama semangat kami anak2..dan lebih2 lagi ayah, suami tercinta...Tapi itulah caturan yang telah tertulis di luh mahfuz, tidak lambat dan tidak awal..tepat pada masanya. Kami akur dengan ketetapan ini, ya Allah..hanya masa mampu merawat luka dan kesedihan yang menggunung..bila rindu, terasa macam nak pecah dada, terasa nak menjerit memanggil nama arwah...'jangan tinggalkan kami, mak. Kami tak puas lagi bermanja, tak sempat nak berbakti, tak sempat nak balas jasa mak' tapi apakan daya, itu sudah tertulis..semua pasti mati, cepat atau lambat saja...

Detik 3 September 2013 (25 Syawal), tak akan luput dalam ingatan kami..Siapa sangka sihat, gembira lansung tak nampak tanda-tanda nak meninggalkan dunia ini selamanya..cuma jauh dari sudut hati, rasa beruntung sangat kerana arwah menghembus nafas terakhir di atas bahu anaknya ini...saat dia berkunjung ke rumah 'baru' saya. Dan saya baru pindah pada 31/8/13..niat dia untuk datang ziarah dan melihat rumah baru ini akhirnya meninggalkan kenangan yg tak mungkin saya lupakan sepanjang hayat saya. Perancangan Allah mengatasi segalanya...

Bila disingkap detik2 cemas tu, tiada apa yang boleh menolong arwah...bisikan 'lailahaillaAllah' sentiasa dibacakan pada telinga mak..sesak nafas yang tak menampakkan surut..dua kali tarik, arwah mak pergi....

Sorotan waktu  30 Ogos 2013 (Jumaat), adik datang dengan mak naik bas dari Penang..Abang jemput di Hentian Kajang..Alhamdulillah, masa mula2 sampai mak nampak seronok sangat dan nampak sihat tak macam selalu nampak letih...Pagi tu, saya memang ambik cuti, hantar anak2 macam biasa. Sorang ke sekolah, sorang hantar ke rumah pengasuh. Jadi saya ada masa untuk mengemas rumah, esoknya lori akan bawak barang2 dari rumah sewa..kira perpindahan besar-besaran. Saya dah bagitau mak, tak perlu buat apa2, rehat saja..sebab saya dan adik akan buat semua..Petang tu saya bawak mak dan adik ke rumah sewa, ada barang lagi yang nak kemas..Masih sy ingat, saya bagi mak bantal untuk dia baring sementara kami berdua siapkan barang2 yang nak kemas...memang mak baring dan rehat (siap kami bergurau, mak jadi mandor ja, jgn buat apa2)...

31 Ogos 2013 (Sabtu), mak dan adik saya suruh standby di rumah baru, sebab saya dan suami akan ke rumah sewa untuk tolong angkat barang masuk lori (lori abang sewa dari KUIS sj)..mentua, adik2 ipar saya akan terus ke rumah sewa, untuk tolong angkut barang..Dalam tengahari macamtu siap semua barang2 yang nak diangkut...jarak dari rumah sewa (bukit mahkota)  ke rumah baru di semenyih dalam 20 minit jugak...Adik dah siap masak di rumah. Malam tu, mentua dan adik ipar tidoq kat rumah saya dan kemas apa2 yang boleh..

1 September 2013 (Ahad)..Bangun pagi tu, saya pegi dapur, mak dan mak mertua sama2 masak sarapan..tapi mak ckp, mak tengok sj, mak mertua yang masak..Kami sarapan sama2, mak memang seronok, makan bertambah2....Dah siap semua tu, kami plan nak pegi Nilai 3 bawak mak..sebelum tu singgah di Bandar Seri Putra, makan tghari kat situ..Kami singgah makan nasi ayam...(mak memang tak makan nasi ayam, tapi masa tu dia makan nasi bertambah2 kebetulan nina makan sikit ja, dia yang habiskan nasi tu)...lepas tu kami ke Nilai 3..saya belikan mak tudung 2 helai dengan tikaq..(tak sangka itu yang terakhir sy hadiahkan)...Masa kat Nilai 3, mak tanya saya dah beli tiket ke terengganu belum. sbb plan nya, mak dangan adik nak pegi rumah kakak sulung di Terengganu sbb dia dalam pantang, baru bersalin baby yg ke 5..Jadi mak macam tak sabaq nak pegi..saya cakap esok saya pegi keja singgah beli tiket bas sekali. Tapi masa tu mak siap huluq duit untuk saya beli. Saya pusing tengok muka mak, cakap x pa mak, nanti cek beli, tak yanh duit tu...Balik dari Nilai 3, kami ke open house jiran lama area rumah sewa..masa ni pun makan makan lalu..selera..

2 September 2013 (Isnin), saya ambik half day masuk ofis petang..pagi tu, saya keluar beli sarapan dgn barang basah utk adik masa lunch..kami sarapan sama2..mak makan selera masa tu...dalam 12 tghr saya dah siap2 nak pegi keja...saya masih ingat, saya pakai baju hijau masa tu..mak siap mengusik (lawa baju dia..hijau...) Balik petang tu, saya ambik anak2 sbb abang balik lewat sikit, stayback siapkan keja dia..sampai rumah..saya cakap dengan mak..ceq lapaq btui hari ni. Siap mandi semua, kami makan sama2..Nina, mak dengan saya makan kat meja makan..masa nni adik tgh goreng mee...lpas makan nasi, lapaq lagi, saya makn mee pulak..ckp kat mak, awat ceq lapaq sgt ni...masih terbayang muka mak masa tu, happy sangat....cuma mak mengadu perut dia 'segah'..angin..dah sapu minyak...

Dah siap masak semua, kami sambung kemas apa yang patut..saya naik atas kemas buku dkt bookshelf...masa tengak kemas, adik datang naik atas..ckp kata mak nak tengok album semua..saya pun kumpul semua, bagi kat adik bawak turun bawah..dah siap kemas buku saya, saya turun bawah...masa tu nampak mak belek gambaq satu2..tengok lama gambaq tok (mak arwah) dangan tokcik (mentua arwah)..saya pun join tengok sama..sampai 1 gambaq tu time tu mak berisi sikit..saya tanya sapa ni mak..lama dia menung sambil senyum dia jawab..makla..:(((((((

Dah siap tengok gambaq, dia naik atas, kami kat bawah sambung tgk tv...dengaq mak tengah sembang dgn abang, rancak depa sembang..masa tu abang tengah susun buku/kitab dia dekat rak..(masa ni abang kata mak memang nak sembang dengan dia..dok belek buku b.arab kat rak sekali..siap ckp mak ingat lagi perkataan arab, cuma mak mengaji tak habis..bagi adik2 belajaq, sbb anak sulung, tok tak mampun nak sara)...

Tengah kami duduk2 kat bawah...mak turun tengah pakai tudung yang saya beli..dia try pakai tudung tu..saya perasan dia letak brooch dekat bhgn depan yang tak penah2 dia buat (ni saya hadiahkan masa saya pegi K.Kinabalu)..siap tanya kami, lawa dak?..kami pun ckp la..'comey '...mak pun senyum ja time ni...Saya cakap dekat mak, esok tiket bas jam 9 pagi. mak keluar sekali dengan saya time sy nak pi keja..dalam 6.45 kita bertolak, saya ckap kat mak.

3 September 2013 (Selasa)..dalam 6.30 saya dah siap2 nak keluar dari bilik..nampak pintu bilik tetamu terbuka. Adik tengah urut2 belakang badan mak..saya dah cuak..tanya kenapa..adik kata mak angin, susah nak bernafas..saya turun bawah, bawak naik air suam..sy sua ayaq tuk mak minum..tapi mak teguk sikit saja, saya kata angin kot sebab tu x leh nak lepas minum...urut sama2..tapi tak kurang. Masa ni mak sempat cakap, mak tak penah jadi lagu ni..bila tengok macamtu, saya jerit panggil abang..abang cakap kena bawak pi klinik ni, tengok mcam makin teruk..dia masa tu masih pakai kain pelikat..saya pimpin mak turun ke bawah trus bawak ke kereta..keadaan makin teruk..saya jerit panggil abang..'cepat bang..mak tak leh napaih ni..cepat..' masa tu tak tahan tengok mak dok cuba napaih..saya duduk sebelah kiri mak, adik kat sebelah kanan mak..sambil dok ajaq dia mengucap...nina dok seat depan, pegang tangan mak..masa ni memang sejuk sangatt tgn mak..nina gosok tangan mak..

Kami baru pindah ke taman tu, jadi tak tau kat mana klinik 24 jam yg dekat..abg berneti dkt post guard tanya klinik..bila dah tau, abang pecut kereta..saya dgn adik..dok cakap sabaq mak..nak sampai dah nak sampai dah... lailahaillaAllah..itu yg saya ulang2...bila nampak napaih mak dok tarik2, saya pun dok panggil2 mak..tak jauh klinik tu..yang saya tak leh lupa....di traffic light depan tesco semenyih, 2 kali mak tarik napaih..lepas tu anak mata dia pandang ke depan....tak bergerak...terus diam..............................................................................................................................kami cuba panggil mak, tapi dah tak menguik..dah tak bergerak...semua badan dah sejuk, hanya di bahagian tengkuk, masih panas...................................mak hembuskan nafas yang terakhir di atas bahu saya...........................................................................................................................................................

Innalillahi waiina ilaihirojiun..........................................................................................................................

Perginya Allahyarhamah Hajjah Salmah Binti Abdul Raof tepat jam 7.15 pagi...............................................

Arwah mak sentiasa di hati kami, anak2 mu...Hanya doa, doa dan terus berdoa yang mampu kami buat demi kesejahteraan mak di alam sana...Moga ditempatkan di kalangan solehin..Ameen....




2 comments: