Monday, August 23, 2010

::1 Ramadhan - 12 Ramadhan::

Salam..
Alhamdulillah sudah sampai ke 13 Ramadhan hari ni..Alhamdulillah, kerana masih diberi nikmat usia, nikmat kesihatan oleh Allah supaya dapat mengerjakan ibadah ini dengan sebaik mungkin.
Ramadhan tahun ni sama seperti tahun lepas kerana kelas master seperti biasa. Beriftar 'kecil' di kelas sebelum makan berat bila dah sampai rumah. Just makan kuih dan air bila iftar kat kelas.
I Ramadhan (Rabu), first day puasa tu kebetulan memang ada kelas, tak dapatlah nak berbuka bersama abang..sah2 la memang abg kena tapau dari bazaar..Untuk ramadhan kali ni, kami memang sepakat tak nak beli banyak sebab membazir. Cukup sekadar 2 jenis lauk dan kuih 3 ketul seringgit.Itu [un dah memadai, kenyang sungguh.Bila dah teguk air, memang terus rasa full..dari membazir tak termakan, biar berhemah ketika belanja..itu memang dituntut...
Saya hanya memasak untuk sahur...Alhamdulillah, sehingga 13 Ramadhan, saya masih mampu bangun masak untuk sahur:) Even masak simple2 dan 'kering2' jer..tapi tetap selera..Biasa menu sahur..ikan bilis sambal, pekasam goreng, sardin, ikan bilis goreng, telur goreng, telu masin..tapi selalu saya masak ikan bilis sambal, bangkit selera..nak yang pedas2, yg kering2..
4 Ramadhan, kami balik penang...best dapat beriftar dengan mak ayah. Ingatkan kami saja yang balik, sekali ada jgk adik yg ngajar kat Tapah , adik yg kat perlis & adik yg kat rawang balik jugak...jadi meriah la jadinya..kami singgah beli juadah dekat bazaar..memang beza makanan dia..tak jumpa la dekat Bangi..kuih2 traditional ni..:)
Kalau juadah berbuka kat rumah mak memang meriah, macam2 jenis..yang masak, yang jiran bagi,,mau tak penuh...kena buat dua hidangan, untuk lauk pauk & kuih muih..
Kat Penang sempatla beli baju kurung untuk Nina, puas cari kat Bangi ni, tak jumpa..Mama pulak rajin nak jahit manik, memang tka penah2 buat, baju anak ter rajin la pulak..baju nina dah settle..bali baju & tudung kat mak untuk raya ni. T-shirt untuk ayah,tak beli sebab tak der choice, plan beli kat Bangi nanti, then pos jer kat rumah mak..
Ahad malam Isnin (5 Ramadhan) ziarah Long (kakak ayah)...terjadila sesuatu..sya terjatuh terduduk, time tu tengan dukung Nina (tido), tak perasan permukaan lantai tak rata..sepantas kilat dah terduduk.Nina terkejut meraung la dia, nasib dia tak dak apa..Abang tolong bangunkan, time tu tak la rasa worst sgt..takut jugak tulang belakang ker..
6 Ramadhan selepas berbuka, baru la kami bertolak balik ke Bangi.
7 Ramadhan & 8 Ramadhan, saya MC..baru terasa sakit sebelah kanan badan..kaki pun sakit sgt bila pijak..effect dari jatuh tu la..Kelas pun sy tak pegi, macamna nak memandu..:(
9 Ramadhan & 10 Ramadhan..sy beriftar di kelas macam biasa...
11 Ramadhan, beriftar di rumah PIL..MIL pesan tak payah masak lauk..jadi sy masak kuih2 jer..saya masak puding koktail & cucur udang bersama kuah kacang..kebetulan MIL jemput adik2 dia yg stay kat KL, jadi meriahla ramai orang..Alhamdulillah, juadah saya laku malam tu:)
Malam tu berterawih di Masjid UIA..Nina tinggal di rumah PIL..Alhamdulillah atas kesempatan ini..Rasa lain bila berterawih di UIA, sbb imam adalah orang ARAB..suara memang sedap...menyentuh hati..
12 Ramadhan , kami shopping barang dapur di Cold Storage, Alamanda..selalu shopping kat carefourm tapi mesti ramai orang, tambah2 puasa malas nak bersesak2..best rupanya kat cold storage ni..tempat dia tak besar, tak yang la jalan banyak..
Menu berbuka saya masak : daging masak palembang, ikan tenggiri sambal, & ikan tenggiri gorang (untuk Nina)..nak masak sayur bendi, tapi terlupa beli..& juga puding koktail (saya buat lebih untuk abang).
Malam tadi berterawih di Masjid Putra, Putrajaya..ini kali ke 3 dapat berterawih di sini..
Alhamdulillah saya dapat buat terawih..ada masa buat di masjid (time tak der kelas), yg selebihnya saya buat sendiri kat rumah..Alhamdulillah...
Saya masih berpuasa penuh..alhamdulillah :)..moga saya dapat cukupkan 30 hari..AMIN

Wednesday, August 11, 2010

::Salam Ramadhan Buat Semua::

Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana tahun ni sekali lagi berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah...Alhamdulillah....masih dipanjangkan usia...Apa yang diharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat tingkatkan amalan2 yang memberikan ganjaran besar di sisi Allah.. Ramadhan sebagai madrasah untuk polish segala amal ibadat..yg mugkin hari2 biasa, tak kuat untuk melakukannya...
Tahun ni dah berazam untuk mengerjakan terawih, kalau boleh tak nak tinggal..even terpaksa buat kat rumah saja..Moga Allah permudahkan segalanya...
1st Day Ramadhan- berjaya buat terawih, Alhamdulillah
- bangun sahur, dapat masak sekali, Alhamdulillah
Moga ianya berterusan sehingga 30 Ramadhan...AMIN

Thursday, July 8, 2010

::Part 1: Family Day @ Marina Dove Resort, Teluk Batik::






3 hari 2 malam kami di teluk Batik, family day KUIS. Kami menginap di Marina Cove Resort, Teluk Batik. For this time, abg ajak makabah aka my PIL ikut sama..so boleh la diaorang berdua-duaan...almaklumlah, mereka pun tak penah duduk hotel2 ni.


Kami diberi apartment, 2 bilik..hall pun besar.Selesalah nak duduk 2 malam tu. Kami tak pilih 2 bilik asing2, sbb fikir Nina nanti mesti PIL nak main2 ngan dia..susah kalau different room.


Tentatif 2 hari tu tak ketat sgt..banyak aktiviti bebas..ada la telematch untuk kanak2. Kali ni Nina dapat la join, even ni adalah first time dia nak involve. Untuk kanak2 ada 3 game..bawak bola pingpong dalam sudu, isi air dalam botol dan amik cekelat guna mulut..Tapi kelakar time Nina, bila pengadil tiup wisel, dengan dia2 sekali lari.patut peserta pertama la lari dulu..ni dia confident je lari sama..end up, pengadil suruh makayah yg guide anak2 masing2..barulah teratur semua...:)sebab dalam group, so ok la...adalah hadiahnya..sebenarnya tak kisah pun dapat no berapa, mesti dapat hadiah budak2 ni...yg penting depa semua happy..
Bagi makayah pulak ada game "sambutlah sayang"..suami diberi belon yang berisi air. Main dia, kena baling sampai la isteri dapat sambut. If not, kalah, kena kuar..So kami berdua dapat bertahan samapi orang yg ke 4 terakhir...Sbb hadiah untuk 3 pasangan shj..Sebab hubby baling dulu, orang lain boleh relaks tak baling2 pun sbb suppose semua baling belon serentak..
Tapi pengadil pun tak tau nak kira camna, last2 sapa jatuh belon dulu kira no terakhir..Jadi kami tak der la hadiah.Kalau nak dikira memang tak adil, tapi ni sebab nak have fun jer, tak der la kisah...:)
Sabtu petang, kami round di teluk batik tgk pantai...dan beli sikit ole-ole untuk kawan2 & family..kat sini tak crowded compared to PD..kira tak ler sesak sgt ngan orang.Tak sakit kepala kalau nak duduk2 kat sini.
Malam tu, kami ada BBQ session..macam2 ada. sampai tak larat nak makan.best sebab ada kamping bakar ngan udang..nyum..nyum...Kira masing2 puas hati dpt makan macam tu.

Pic banyak dlm kamera, ni gambar dr hp jer..nti dah ada, upload lg kat sini..

---to be continued--

Friday, June 18, 2010

::Ingatan buat semua::

N3 ni adalah bertujuan untuk remind semua pasal bahayanya 'Thalassemia'...Ini adalah kerana ia terjadi dalam family saya sendiri.
Saya sendiri pembawa thalassemia. Alhamdulillah, suami tak da, bebas dari thalassemia. Penyakit ni pun dulu masa mula2 kawin, belum tersebar lagi. Ramai yang tak tahu. Saya sendiri membuat ujian khas 'Thalassemia' iaitu electroporisis untuk kenalpasti ada atau tak.
Semuanya selepas kakak yg sulong dah disahkan pembawa thalessemia trait (1/4)..Dana masa tu dia tengah pregnant. Jadi Dr pelik sebab HB rendah..Saya pun sama2 pregnant time tu. Jadi saya decide nak buat jugak ujian tu. Masa first bgtau Dr kat klinik, dia pun macam tak familiar..So, saya buat ujian di hospital gomen. Dan result memang sah saya jugak pembawa...
Bahayanya Thalassemia ni bila kedua-dua ibu bapa pembawa, anak boleh jadi thalassemia major.Memang sgt2 bahaya....Alhamdulillah, saya tidak diuji dengan dugaan ini. Anak-anak saya Insyaallah selamat sebab saya seorang saje yang ada.
Kalau diingat2 balik masa zaman sekolah dulu, saya selalu jugak pengsan masa main netball, masa rentas desa...semua nya sebenarnya gara2 saya ni pembawa thalassemia, tapi mana lah tahu time tu.Ingat normal la...Satu lagi simptom saya selalu kena time naik tempat tinggi, tak kisah la tangga ke, panjat tempat tinggi, mesti rasa macam badan tak boleh nak imbang, oksigen tak sampai...rupa2nya itula simptom nya...
Even sekarang pun saya selalu mengalami cumanya kurang sikit, sebab saya bukan pregnant..kalau pregnant kena share dengan baby sebab tu HB drop sampai 8..
Nasihat saya kepada semua, sebelum kahwin buat dulu ujian ni takut kalau suami isteri ada, nanti kesan pada anak-anak. Memang kesian kalau akibatnya kena buat pemindahan darah dan lebih dahsyat umur tak panjang..NAUZUBILLAHIMIN ZALIK...
Selepas saya bersalinkan Nina, HB saya drop sampai 6.5..sampai kena masukkan darah 1pek setengah..itula risikonya..setiap kali bersalin, memang saya kena tambah darah..Harap darah yg masuk dalam badan ni, tiada masalah..
Saya bercakap di atas pengalaman. Kakak & Abg Ipar saya pembawa Thalassemia. Jadi sekarang anak diaorang memang HB 6 saje..result darah sebenar belum keluar, harap2 bukan la thalassemia major..Sian pada Aidil. Badan pucat ja..Next week kena tambah darah..Bayangkan baby umur 6 bulan kena mengalami semua tu.
Saya kesian kat kakak, nasib yang menimpa..cuma sekarang hanya boleh cakap itu takdir dari ALLAH dan takdir jodoh dia dgn Abg Ipar..
"Prevention better than cure"
Moga Aidil Amsyar sentiasa diberi kesihatan yang baik..AMIN
N3 saya sebelum ni pasal kelahiran Aidil Amsyar , boleh di lihat di sini.

Tuesday, June 15, 2010

::Majlis Perkahwinan (Part 3)- Bersama siblings::









::Majlis Perkahwinan (Part 2)::































::Majlis Perkahwinan Adik 12 Jun 2010 (Part 1)::

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik. Semua berjalan lancar.
For the time being nak letak gambar jer dulu banyak2, nanti2 la nak story mory..Happy viewing everybody..