Thursday, June 13, 2013

::Sehari bersama Kaklong Ameena::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih ada semangat dan kerajinan untuk publish n3..rasanya banyak sgt nak crita..dan ada banyak benda berlaku, tapi mood tu ilang di bawak angin. Blogwalking ja , tapi nak up 1 entry pun tak..ke'malasan' melanda..sy cuba upload pics dulu..nti2 kita buat karangan...

Sempena cuti sekolah hari tu tak bawa k.long jalan mana2, hanya balik kpg saya di penang masa awal2 cuti.ni kira penutup cuti sekolah, habiskan sehari, tu pun last minute punya planning..attire pun dah macam nak pi ofis.Bukan apa, takut si adik perasan mama baba nak pi jalan2..:) Enjoy pic, nti smbg lg..







Thursday, April 4, 2013

::Last Day @ Langkawi::


Assalamualaikum..

Hari terakhir, kami terjah sekali lagi ke Haji Ismail Group (HIG)...niat di hati tu nak menambah lagi apa2 yg tak terbeli dan terkurang. 

So, hari last ni just nak pegi Dataran Lang..Tapi adik ipar & ayah mertua tak join kitaorang bergambar kat sini, sebab nak jaga keta, kami lupa nak ambik kad parking. takut lak dah la keta sewa, nanti tak pasal2 jadi benda lain. So ber 5 ja dok posing snap sana sini. Kalau dah datang sini, rugilak tak bergambar kat mercu tanda Langkawi ni...:)

::hubby la tukang snap..::



:: si kenit ni posing, topi pun beli kat area situ...sbb memang panas sgt time tu::

:: Kaklong juga posing::

:: posing lagi::

::ganti2 dgn abg....nak bg mertua snap, dia tak pandai::

Selesai di Dataran Lang, kami cari tempat untuk lunch before proceed to the next plan...Bila perut dah kenyang, baru lah ada tenaga nak bergerak :) Singgah di kedai mamak, lunch kat situ then terus balik ke homestay sbb nak kena packing before gerak untuk balik KL. Flight jam 8.55 malam...Dalam 6.30 petang kami dah check out... 

:: Ni dekat Langkawi International Airport::

::dua beradik suka posing::

::Budak debob::

Wednesday, April 3, 2013

::Day 1 & 2 - Langkawi ::

Assalamualaikum...

N3 kali ni untuk kenangan dan memori yang manis untuk tatapan pada masa akan datang. 
Trip kali ni in laws ikut sekali dengan adik ipar. So far perjalanan ok, even naik air asia, tp punctual...time balik tu awal pulak kena boarding...bgs ada improvement! :)

Trip ni just last minute punya plan. AA ada buat tambang murah hari tu, terus booking..sebenar2 nya plan nak pi langkawi naik flight dah lama dok plan, asyik tak jadi2..Alhamdulillah, Allah makbulkan kali ni..

Di sini ada few pics nak kongsi. Nak letak semua banyak sangat ada la dalam 4 ratus pics...gila banyak.heheh

Day 1 

Flight jam 12.05 tghr, so dalam 10.30 dah gerak dari rumah. In laws dah sampai rumah dalam kol 10 pagi camtu. breakfast sama2 then trus gerak. Kami decide park keta kat airport ja, senang..lagipun tak mahal...Sehari RM 16 ja...web check in memang dah buat siap2 sebelum pi. jadi senang tak perlu nak rushing. So settle luggage check in, so masuk terus dalam tu..abt 45 mins waiting time before boarding. Ok la..

::Time tunggu nak boarding::

Untuk hari pertama tak pegi mana2, sbb tak sempat...terus ke homestay...makan malam then sambung jalan esok paginya.

Hari ke -2 memang nak kena round habis. First pit stop di Oriental Village & Cable Car..Then nak pegi Beras Terbakar & terus ke Underwater World..

::2nd Day kami naik Langkawi Cable Car::

::Entrance kat cable car::

::view dari atas::

::nice shot::



::the peak of cable car::

:: rehat sambil melepaskan dahaga::

:: budak nak berjalan ja kerjanya::

::us wif in laws::

::Kaklong steady, tak gayat langsung::
:: Entrance Cable car::

::View untuk titi gantung...time ni under maintenance, tak dapat la naik::

::wif mother in law::

::View cable car::

::4 of us..teruja::

::nice shot::

::both princesses @ oriental village::

:: @ oriental village...bnyak betul ikan::

::atuk beli makanan ikan utk cucu2 feeding the fish, berebut ini dua budak::

::Kaklong & adik::

::in front of oriental village::

::Pakcu wif anak buah::

::view of the sea...nice:)::

::mama & baba::

::Di Beras Terbakar::

::Underwater World::



kita sambung next n3 untuk day 3....till then...


Friday, December 28, 2012

::Fasa Baru...::

Salam Jumaat yang penuh barokah dan juga hari jumaat terakhir bagi tahun 2012...Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya, InsyaAllah. N3 ni ditulis sambil mendengar slot Ustazah Nor Hafizah Musa, pendakwah/penceramah yang sentiasa saya kagumi dengan lontaran suara yang sampai ke lubuk hati saya dan susunan kata yang bisa mencengkam hati dengan bait2 kata beliau..semoga saya terus beristiqamah dan Ustazah terus diberi kekuatan untuk menyampaikan dakwah dan motivasi...

N3 ni adalah untuk catatan fasa baru Kaklong untuk melangkah kaki ke alam persekolahan. Sesungguhnya, jauh perbezaan zaman kita dahulu dibandingkan dengan anak-anak kita di zaman serba canggih dan moden ni. Jauh di sudut hati seorang ibu, sebak dan rasa bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah dengan nikmat kesihatan, umur yang masih berbaki dapat melihat perkembangan anak...Moga Allah limpahkan rezkiNya, Amin...

Hal sekolah kaklong sebenarnya dah mula sejak 2011. Pendaftaran secara online di laman web JPN selangor dengan memilih sekolah yang ingin dihantar. Kemudian perjalanan sedikit berliku sbb sekolah impian tidak berjaya. Alhamdulillah, masih ada ruang untuk rayuan sekolah. Asalnya, Kaklong ditempatkan di SK Bangi. Sekolah ni dikira sekolah yang lama di Bangi Lama (berdekatan KTM)..Niat dihati memang tak nak hantar Kaklong di sekolah tu. Even mama dulu pun sekolah kat kampung jugak:) Baba jer sekolah kat bandar...:)

Rayuan dibuat untuk SK Bandar Seri Putra memandangkan SRA di Bandar Seri Putra jadi mudah untuk urusan van sekolah dan transit. Hampir 3 bulan jugak tempoh rayuan tersebut..Bulan November 2012, keputusan rayuan telah ada..Dan Alhamdulillah, rayuan sekolah Kaklong BERJAYA...Syukur sangat. Selepas pendaftaran kaklong telah dibuat disekolah, bermulalah persiapan persekolahan..

Buku sekolah kebangsaan dah siap beli pada minggu pertama kedai buku dibuka. Cuma kedai buku sekolah agama sahaja hanya akan dibuka pada 31/12/12..

Checklist for SK & SRA:

  • Baju Sekolah Kebangsaan (4 helai) - done
  • Baju Sekolah Agama (3 helai) - done
  • Kain sek keb ( 3 helai) - done
  • Kain sek agama (3 helai) - done
  • tudung sek keb (siap lencana 3 helai) - done
  • tudung sek agama (belum jahit lencana, tunggu kedai buku buka) - 3 helai
  • kasut ( 2 psg) - done
  • stoking (9 psg) - done
  • beg sek keb - done
  • beg sek agama (pakai beg tadika, masih elok) - done
  • buku - dah balut
  • alatan tulis - done
Orientation day will be on 31st December 2012. Nervous kan..first time anak nak sekolah, belum lagi masuk Universiti..long way to go dear!

Good luck! Moga anak mama baba berjaya di dunia dan akhirat..penyejuk hati dan penawar duka mama baba...AMIN

Tuesday, December 18, 2012

::Outstation ke Bandung 14-16/12/12 - Part 1::

Assalamualaikum,

N3 ini just sebagai kenangan kami untuk tatapan pada masa akan datang..Untuk tatapan anak-anak yang tak ikut sama. Maklumlah untuk sambut anniversary sekali...first time ke luar dari Malaysia. Dan kami pergi hanya 3 hari 2 malam. Itupun dah rasa lama sgt, sbb teringat kat dua budak busuk kat Malaysia..:) Kebetulan pergi ni pun, sbb saya kena outstation ke Universiti Padjajaran, Bandung @ UNPAD. Untuk sapa2 yg tak tahu kenapa pulak saya ke sana, apa kaitan nya...saya coretkan kat sini sebab musababnya..UKM ada twinning program dengan UNPAD untuk Program Ijazah Doktor Perubatan..Pelajar Malaysia di bawah tajaan MARA, tapi hanya 3 tahun di Bandung, dan baki 3 tahun akan kembali ke PPUKM untuk sambung belajar. Yang best part, adik2 ni dapat 2 ijazah...Dari UNPAD dan dari UKM. cuma masanya terlebih setahun...lama kan, tp takper, yg penting adik2 ni dpt kenal environment kt tmpt org, dan most important thing, UNPAD has good reputation in medical program. To be selected pun, kira bgs sgt dah:)

Tapi kali ni saya pegi, bawak che abang sekali, tambah pulak sy ni tak perna lagi outstation sorang2, dok hotel sorang2, jadi bgs sgt la abg dpt temankan...& kebetulan tarikhnya tak lari dari our 7th anniversary, so confirmed!...but, anak2 tak leh la bawak.Pegi pun sekejap ja, tambah nak pegi tempat2 yg crowded, macet, better tinggai je la..tp tu la, asal nampak budak2 mula la sebak semacam. laki bini sama ja, So lepas ni tak leh nak tinggai2 dah, tak tahan menanggung rindu:)

Awal2 lagi sy dah book tiket, dalam bln 10 kot, sbb nak cari tambang murah sikit..tapi ye la promo pun 500 lbh jgk la..kalau x promo, brape la harga nya..ni pun sbb Air Asia, MAS tak der lagi ke Bandung.Kalau nak naik MAs jugak kena transit kat Jakarta tp tak tahan macet/jem dia yg lama...Kalau ikut schedule awal, departure time 3.10 ptg, tp dah diawalkan ke 1.05 ptg pada 14 Disember 2012. Jadi ok lah, tak la lewat sgt sampai Bandung..

Awal2 dah tukar duit rupiah, time tu rate 3.27, still murah.alhamdulillah...Kaya kan kami juta-juta..merasa la tengok note besar2..

:: Passport & Duit Rupiah....jutawan sebentar hee:)

:: Happy Anniversary, Abang::

:: Time to departure::

Di Bandung, yang menguruskan pelajar-pelajar adalah PADMA (kira macam agen la)..So untuk kami, diaorang dah booking hotel di Hotel Sensa, Bandung...Puas hati sgt dgn servis dia, recommended hotel..rate dia almost sejuta rupiah..

::Our room in Sensa Hotel, Bandung::

::Dinner @ restaurant, muka dah penat sgt..::


Monday, December 10, 2012

::Anniversary yang ke-7:::

Salam,

Just nak update anniversary kami..10/12/12, dah 7 tahun. Cepatnya masa berlalu...Insyaallah, tahun ni special sikit, sebab dapat celebrate jauh skit....ni pun sebab out station..apa2 pun akan update dalam next entry!..tak sabar menunggu masa untuk berlepas...Moga selamat pergi dan selamat kembali, Insyaallah..

Untuk Abg, 

" Terima kasih atas segalanya..setahun lagi bertambah usia perkahwinan kita. Suka duka, pahit, manis, kita berjaya harungi bersama, kongsi bersama...Moga perkahwinan kita sentiasa dilimpahkan dengan mawaddah dan rahmah dari Allah s.w.t..dan juga direzkikan dengan zuriat yang soleh dan solehah..moga impian kita bersama dimakbulkan Allah..Abg pelengkap hidup Iza"



Thursday, December 6, 2012

::Bertambah usia...::

Hari ni bertambah lagi setahun usia. Sejak dah masuk 3 series ni, rasa masa tu cepat benar..moga dengan pertambahan usia, amalan pun dapat ditingkatkan lagi..Moga kematangan seiring dengan usia..:) Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ilahi dengan nikmat usia, nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan di samping keluarga tersayang...merekalah pelengkap hidupku..moga nikmat usia ini dalam rahmat dan keberkatanNya..

Moga segala impin terlaksana, insyaallah..moga Allah mudahkan segalanya...AMIN..