Friday, December 28, 2012

::Fasa Baru...::

Salam Jumaat yang penuh barokah dan juga hari jumaat terakhir bagi tahun 2012...Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya, InsyaAllah. N3 ni ditulis sambil mendengar slot Ustazah Nor Hafizah Musa, pendakwah/penceramah yang sentiasa saya kagumi dengan lontaran suara yang sampai ke lubuk hati saya dan susunan kata yang bisa mencengkam hati dengan bait2 kata beliau..semoga saya terus beristiqamah dan Ustazah terus diberi kekuatan untuk menyampaikan dakwah dan motivasi...

N3 ni adalah untuk catatan fasa baru Kaklong untuk melangkah kaki ke alam persekolahan. Sesungguhnya, jauh perbezaan zaman kita dahulu dibandingkan dengan anak-anak kita di zaman serba canggih dan moden ni. Jauh di sudut hati seorang ibu, sebak dan rasa bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah dengan nikmat kesihatan, umur yang masih berbaki dapat melihat perkembangan anak...Moga Allah limpahkan rezkiNya, Amin...

Hal sekolah kaklong sebenarnya dah mula sejak 2011. Pendaftaran secara online di laman web JPN selangor dengan memilih sekolah yang ingin dihantar. Kemudian perjalanan sedikit berliku sbb sekolah impian tidak berjaya. Alhamdulillah, masih ada ruang untuk rayuan sekolah. Asalnya, Kaklong ditempatkan di SK Bangi. Sekolah ni dikira sekolah yang lama di Bangi Lama (berdekatan KTM)..Niat dihati memang tak nak hantar Kaklong di sekolah tu. Even mama dulu pun sekolah kat kampung jugak:) Baba jer sekolah kat bandar...:)

Rayuan dibuat untuk SK Bandar Seri Putra memandangkan SRA di Bandar Seri Putra jadi mudah untuk urusan van sekolah dan transit. Hampir 3 bulan jugak tempoh rayuan tersebut..Bulan November 2012, keputusan rayuan telah ada..Dan Alhamdulillah, rayuan sekolah Kaklong BERJAYA...Syukur sangat. Selepas pendaftaran kaklong telah dibuat disekolah, bermulalah persiapan persekolahan..

Buku sekolah kebangsaan dah siap beli pada minggu pertama kedai buku dibuka. Cuma kedai buku sekolah agama sahaja hanya akan dibuka pada 31/12/12..

Checklist for SK & SRA:

  • Baju Sekolah Kebangsaan (4 helai) - done
  • Baju Sekolah Agama (3 helai) - done
  • Kain sek keb ( 3 helai) - done
  • Kain sek agama (3 helai) - done
  • tudung sek keb (siap lencana 3 helai) - done
  • tudung sek agama (belum jahit lencana, tunggu kedai buku buka) - 3 helai
  • kasut ( 2 psg) - done
  • stoking (9 psg) - done
  • beg sek keb - done
  • beg sek agama (pakai beg tadika, masih elok) - done
  • buku - dah balut
  • alatan tulis - done
Orientation day will be on 31st December 2012. Nervous kan..first time anak nak sekolah, belum lagi masuk Universiti..long way to go dear!

Good luck! Moga anak mama baba berjaya di dunia dan akhirat..penyejuk hati dan penawar duka mama baba...AMIN

No comments:

Post a Comment