Thursday, December 8, 2011

:: Feeya 8 months::

Assalamualaikum...

Mama buat N3 siap2..nanti 11/12 terus publish kan..Alhamdulillah feeya sihat, cuma sakit mata..perkembangan ok. Ni antara yang dah pandai:

1)pandai duduk dah tanpa bantuan
2)pandai dah berdiri, paut2..tapi kena pegangla sbb dia berani paut sebelah tgn..
3)banyak makan dah..tapi nestum ja yang dia nak makan, yg lain tak mau. cuba buat bubur, tapi habis seperiuk mama buang..dia tak leh telan..percubaan mama 3 kali, tapi semua dia tolak
4)dah pandai sebut ma-ma ma-ma, baba tak pandai lagi:))
5)tak mau sgt tidoq2 ni..nak berjaga, aktif ja nak gerak sana sini..last2 letak dalam walker lebih mudah mama nak buat keja kalau cik abe tak dak..sapa nak harap..kak long sibuk dgn keja dia..tak leh nak terlepas pandang, takut pa pa jadi
6)pantang nampak buku..nak pegang, konon pandai baca..pantang tengok kak long baca buku, dia pun nak join...





::3 series...::

Salam,

Dah lama rasanya tak dak N3 sbb tak dak mood..tapi blogwalking selalu..hehe. Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ilahi atas nikmat usia..Dah masuk alam 3 series ni, dah rasa tua..huwa..nak sweet 20-an..cepatkan masa berlalu. tup tup dah nak 4 series ni, bukan lama pun 10 tahun lagi..itu pun kalau umoq masih ada..tgk jugak bekalan untuk bawak ke sana, cukup ke dak lagi..insap2..

Sempena sambutan hari special ni, cik abe buat surprise beli kek dari sr..sekali sampai rumah, kek tu terlupa bawak balik.sbb ada benda lain dia beli,x check dulu bebetoi..ingat semua dah ada..tp takpa lah leh simpan pun kek tu..lagipun masa beli tu baru 5 Disember..esoknya pun baru hari kejadian advance 1 hari..TQ abang for the surprise:) love u so much...

Tiada harapan melainkan dapat menjadi seorang anak, isteri, ibu dan pekerja yang terbaik...moga kehidupan dilimpahi kasih sayang di samping semua yang sy sayang..

Impian yang telah tercapai sblm masuk 30:

1) Berjaya menggenggam ijazah sarjana
2) Melahirkan puteri ke-2
3) Beli rumah

'Ala kullihal Alhamdulillah..

Friday, November 11, 2011

::Alhamdulillah..berakhir sudah penantian::.

Assalamualaikum..wrt wbrkth..

Pertama skali panjatkan kesyukuran atas nikmat dan rahmat Mu ya Allah. Akhirnya usaha, doa dan tawakkal kami berhasil..Alhamdulillah...apa benda nya..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kami dah beli rumah...Alhamdulillah...:))

Al-kisahnya, bermula dari bulan September lagi. Dari rumah lelong, rumah atas tangan orang, semua dah tanya. Sbb dok pikir harga rumah sekarang ni mencanak naik..Area rumah sewa skrg, kalau tak 300 ribu ke atas, jgn harapla..tu rumah baru la..nak2 dkt situ ada yang letak harga 400k ke atas..rasa macam tak masuk akal nya harga melambung naik camtu..Ingat nak cari dekat2 situ la..tapi kalau harga kemain punya la mahai, harusla padam trus niat nak survey kat situ..Takut hari2 makan nasi ngan telur ja nanti:))..

Ke hulu hilir dok mencari rumah..Tgk iklan, pi survey sampai ke Nilai sana..congak sana congak sini.macam tak sesuai lak kalau dok Nilai, nanti susah la anak nak sekolah, sbb dah masuk Negeri Sembilan...Itula kalau dah nama rezki, cari punya cari...Akhirnya...kira main dan ja pi..gamble camtu ja..Kami pi tengok area Semenyih..kalau dari rumah sewa sekarang dalam 15 minit cam tu la...Lalu2 situ nampak ada 1 perumahan, nama dia Pelangi Semenyih 1..tanya la kat pak guard situ, dia kata situ semua dah sold out.sekarang yang ada Pelangi Semenyih 2..tengah dok buat..Apa lagi zass terus ke sana...nak tgk rumah contoh. First tengok2 tu, trus jatuh cinta...1) sbb dapur dia tertutup 2) lantai parking dia siap ada simen cantik 3) ada family area kat atas..kira semua berkenan la habis crita:)..luas 20x 70...ok la..harga pun ok la, x der la cecah 300k..boleh lagi la yang patut padan dengan kami..Alhamdulillah..

Bila tanya2 pak guard situ kat mana office dia, trus ke sana..alhamdulillah, rezki kami..sbb rumah hanya tinggal 2 unit saja lagi..alhamdulillah...lepas dah discuss lebih kurang, decide confirm nak beli...hubby bayar duit booking semua..lps tu nak kena buat permohonan loan lak dengan bank...

Dalam 2 minggu lepas banyak lak bank yang call, nak offer macam2 package. Dah decide dgn hubby nak go for islamic bank..so decide last nak dgn bank muamalat..Set date, pegi jumpa dengan sale officer dia...Bila dia tgk semua docs kami berdua, dia kata insyaallah lepas... kat situ dah rasa lega banyak..dia kata apa2 hal, nanti dia call...Khamis lepas (3/11/2011), dia call cakap loan dah approved!!! Alhamdulillah..Impian kami dah tercapai, syukur pada mu ya Allah..
So rabu (9/11/2011) kami pegi bank, untuk sign document....Alhamdulillah, dah selesai 1 bab..Semalam dapat surat dari developer's legal firm untuk sign S&P...Insyaallah Sabtu ni nak pi sign..


Harapan dan doa, moga perjalanan kami untuk memiliki rumah ni berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...

Sebelum rumah tu siap (maybe April 2013)...harap dapat la simpan duit untuk keperluan masuk rumah, bukan sikit duit nak guna tu..Tapi apa2 pun, pelan2..dan ukur apa yang kita ada...jgn compare dgn orang lain...


'Ala Kullihal...Alhamdulillah...:)






Tuesday, October 18, 2011

::Feeya @ 6 months::

Feeya dah masuk 6 bulan 11 Oktober hari tu..Lambat sikit updates sbb mama sibuk memanjang...tambah2 time takder mood, mana de nak nulis2 bagai ni...ALhamdulillah perkembangan semua baik. Masa cucuk 6 bulan, feeya tak demam...lega sgt sbb 2 days before convocation. Sian la kalu demam nak tinggai kat bbsitter...



Feeya dah pandai pusing2 badan dia. Bontot dah mula angkat macam nak merangkak..memang tak boleh tinggai sorang, takut dia memusing jauh, silap haribulan dia landing baik punya kepala dia atas simen..even letak toto besar tu, kena pantau jugak..dah mula melasak dia..berat timbang last dalam 7.46 kg camtu..tinggi dah 66cm.kejap ja anak mama ni..Apa2 pun yg penting, membesar dengan sihat. Dah start bagi makan...dalam kepala ni macam2 nak masak home made punya, tp oleh kerana kengkangan masa, bg nestum (alasan baik punya), tp dah tekad nak masak utk feeya..Nurse ckp nestum tu semua hanya sampingan ja, yg penting bg bubur nasi...


Monday, October 17, 2011

::Konvokesyen 151011::


Selamat sudah majlis konvo saya.Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kali ni mak dan ayah tak dapat nak raikan sama2 sbb jauh nun di Makkah sana..tapi takpe, saya masih gembira kerna ada orang2 yang saya sayang di sisi terutamanya my beloved hubby dan anak2...Alhamdulillah. Sesi saya petang, jadi dalam pukul 11 pg kuar rumah, hantar dak feeya dulu rumah bbsitter.Tak boleh bawak dia, sian nak menunggu sikit punya lama..mau kol 6 ptg baru

hbs. Bagus jgk decision tu..mmg habis lambat pun, dengan hujan lagi. Cukupla makuda (my adik) jaga kak long sorang ja kat luaq, kalau dua2 jenuh nak kawai..


Saya masuk dewan jam 2.15 ptg..dah solat semua, siap2 la beratur kat luar dewan sultan salahuddin tu..jumpa la kawan ex-classmate. Semua ada..almaklumla kerja sambil belajaq ni, bukan kenai orang sgt, harap ke kawan2 kelas ja yang kenai pun...Penat gak dok tunggu giliran. Yang bagi skrol, Pro Canselor UPM, nama tak ingat...dalam dewan nampak my supervisor, PM Dr. Lili..siap lambai2 lagi, lama tak jumpa..maklumla pi viva time pantang hari tu..alhamdulillah semua dah lepas..:)


Macam2 dalam tu..siap ada orang nyanyi live lagi sementara rehat untuk sambung bagi skrol.first time ....macam tak professional pun ada..mcm konsert/majlis kenduri pulak rasa...dulu masa UIA, memang protokol hbs..nyanyi lak lagu Hail Amir tu..pakcik2 mesti suka, lagu 80-an..Sampai hubby kata, apa yang anda ingat sangat time konvo, mesti jawab..ingat lagu yang nyanyi tu:) macam2...

Ada ucapan wakil graduan, sebak jugak bila dia sebut pasal pengorbanan mak ayah...:(
Habis almost 5.30 petang...alhamdulillah selesai semua dah..apa lagi sesi bergambar la pulak lepas tu..




::Hubby snap dalam dewan::

::3 of us without feeya si debob::


::Yours Truly::

Thursday, October 13, 2011

::Akhirnya...::

Insyaallah 15/10 ni Hari Konvokesyen saya.Selepas 2 tahun berhempas pulas, tambah dgn kerja, dgn anak, kerja kat rumah...mixture of feeling..sebak, gembira, sy akhirnya habis dah belajar master..Alhamdulillah:)

Demam konvo dh start lps je ambik robe hari tu..smlm rehearsal, lg la....mood kerja pun dah hilang...tunggu la hbs semua, kita cari mood balik..hehhe

picas will be uploaded later...ada yg terlepas kt fb dah even pre-graduation:)