Tuesday, October 18, 2011

::Feeya @ 6 months::

Feeya dah masuk 6 bulan 11 Oktober hari tu..Lambat sikit updates sbb mama sibuk memanjang...tambah2 time takder mood, mana de nak nulis2 bagai ni...ALhamdulillah perkembangan semua baik. Masa cucuk 6 bulan, feeya tak demam...lega sgt sbb 2 days before convocation. Sian la kalu demam nak tinggai kat bbsitter...



Feeya dah pandai pusing2 badan dia. Bontot dah mula angkat macam nak merangkak..memang tak boleh tinggai sorang, takut dia memusing jauh, silap haribulan dia landing baik punya kepala dia atas simen..even letak toto besar tu, kena pantau jugak..dah mula melasak dia..berat timbang last dalam 7.46 kg camtu..tinggi dah 66cm.kejap ja anak mama ni..Apa2 pun yg penting, membesar dengan sihat. Dah start bagi makan...dalam kepala ni macam2 nak masak home made punya, tp oleh kerana kengkangan masa, bg nestum (alasan baik punya), tp dah tekad nak masak utk feeya..Nurse ckp nestum tu semua hanya sampingan ja, yg penting bg bubur nasi...


No comments:

Post a Comment