Tuesday, December 1, 2009

::Tahniah Kak Da & Abg Man::


My new niece...Muhammad Aidil Amsyar.Baby sulung kak yg ke-2.Alhamdulillah dengan berat 3.73 kg selamat lahir pada malam hari raya haji baru ni bersamaan 27 Zulhijjah di Hosp. Seberang Jaya.


Moga Aidil menjadi anak yang soleh & membawa seribu kebahagiaan kepada mak & ayah..

Wednesday, November 25, 2009

::Salam Aidiladha::

Insyaallah Jumaat ni, umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban. Dan kami sefamily akan beraya di rumah PIL. Dah ikut turn kan..:D
Last week balik tido rumah PIL. Ada la tanya MIL pasal nak masak ape..perbualan antara kami.



Saya: Nak masak ape mak raya nanti?
MIL: Mak tak fikir lagi nak masak ape..Malam raya tu la kot nak start masak2..
Saya: Oklah camtu..
MIL: Kita penat2 masak malam tu, esok raya tu..leh la tido je. Bukan nya ada apa nak buat..
Saya: (Dgn muka terkejut...dalam hati, biar betul ni mak..hahahah tak penah lagi kalau raya, nak pikir tido) Saya tak terjawab, hanya tersengih jer la...:D



Alhamdulillah dapat mertua yang sporting..tak la risau, tak la susah hati..Janji pandai jaga anak dia..:)
A'la kullihal, Salam Aidiladha dari kami sekeluarga..


::Sejurus selepas solat sunat Aidiladha::

Alhamdulillah, dapat jugak tunaikan solat sunat aidiladha di Masjid Angkasapuri, masjid tu baru jer siap. Dalam pkl 9.30 siap solat.

Balik rumah, hidang2 semua nak makan maklumla sebelum pi solat, tak makan. Even kat masjid dah ada jamuan makan lepas solat, kami tak makan kat situ..

Menu hari raya: rendang ayam, kuah lodeh, ketupat palas, ketupat nasi..

Tuesday, November 17, 2009

::Membaca Terapi Minda::

Salam...

Di sebalik kesibukan bekerja dan belajar, bukan alasan untuk mencuri masa walaupun sedikit untuk menambahkan ilmu di dada. Tidak kisah la ilmu tentang agama, ilmu 'parenting', ilmu kejayaan dan ilmu2 lain yang manfaat untuk menghadapi hari2 mendatang..

Faedahnya jugak sebagai role model pada seorang manusia bergelar 'anak'..daripada ibu dan bapa lah contoh terbaik untuk diikuti..orang yang paling rapat sekali. Mendidik biarlah dari rebungnya, jangan sampai dah tak dapat lentur, penyesalan tiada gunanya.

Bila difikir-fikirkan sedalam2 nya, alangkah ruginya tak tanamkan sikap 'rajin membaca' kerana di sebaliknya 1001 manfaat & kebaikan yang dapat kita perolehi. Walaupun bahan bacaan tersebut bersifat 'santai' , itu tak menjadi persoalannya, yang penting kita istiqamah...

Ada 2,3 buah buku yang sempat dibeli dan sedang dalam proses menghabiskan pembacaannya..walau diri dihambat kesuntukan masa untuk menyelesaikan semua, Alhamdulillah Allah masih memberi ruang dan waktu untuk menitipkan sedikit ruang tersebut untuk membaca...

Dorongan dari hubby yang turut mempunyai minta yang sama, Alhamdulillah...kami nak terapkan pada anak2 agar tanamkan dalam diri minat membaca..yang penting ia berunsur ilmiah agar ada pengajaran yang boleh diaplikasi untuk kehidupan harian dan untuk amalan yang boleh dimanfaat untuk orang lain juga.


::Bagus buku ni...recommended! patutnya baca 'Aku terima nikahnya ver 1, ni dah jump to 2nd version::

Bait-bait indah:Tidakkan pelik jika ada pasangan yang hangat bercinta tetapi tidak berfikir untuk bersama selama-lamanya"- Saiful Islam..


::Novel::




Sunday, November 15, 2009

::Menu of the day::

Hari ni Ahad, so berkesempatan nak masak.Hubby tak der, mengajar, so tinggal la kami berdua. Saya dah siap masak..menu hari ni, ikan masak kari, sambal tempe+ikan bilis, sayur park choy letak sos tiram dan ikan bakar..nyum nyum...


::Park Choy::


::Ikan bakar::


::Sambal tempe + ikan bilis::


::Kari Ikan::

Saturday, November 14, 2009

::Hari celebrate lepas MERDEKA::


::One happy family::


::My sweethearts::


::Khusyuk tengok ikan::


::Nina kat entrance::

Selepas exam khamis lepas, dah cakap kat hubby nak celebrate. Macam nak celebrate ape je..Pagi td patutnya hubby ngajar, tp rupanya nx week baru start..tp hubby plan nak jalan2 petang2 skit.Skali pkul 11 hubby call ajak kuar...Klu ikut Nina, dia nak pi alamanda je.Tapi rasa cam boring giler nak pi situ lagi.nak pegi jauh2 skit.

Discuss dgn hubby, why not pi Taman Burung, leh Nina kenal burung2, since dia pun suka dgn burung ni.Ok, straight ke sana. Ingatkan tak ramai, sekali masuk ramai jgk orang.Student, foreigner ramai. Tiker per adult RM15..Nina free.

Kagum tengok banyak burung dalam tu. Nina paling excited...half way, kami singgah makan aiskrim dulu..Kat sini mineral water, sampai RM4, melampau betul..nasib baik aiskrim standard harga cam kat luar. Kami tak sempat nak tour semua, sbb hujan dan turun renyai2..Alhamdulillah, puas ati jugak la even tak sempat tgk semua burung.

Lepas tu heading ke TESCO nak beli barang dapur..Then pkul 3.30 ptg sampai rumah..

Friday, November 13, 2009

::Tips Menghadapi Stress::

1.Perhatikan lingkungan sekitar anda
Lihatlah mungkin ada sesuatu yang benar-benar dapat anda ubah atau kendalikan dalam situasi tersebut.

2.Belajarlah cara terbaik untuk merelaksasikan diri anda
Meditasi dan latihan pernafasan telah terbukti efektif dalam mengendalikan stress. Berlatihlah untuk menjernihkan pikiran anda dari pikiran-pikiran yang menggangu.

3. Jauhkan diri anda dari situasi-situasi yang menekan
Beri diri anda kesempatan untuk beristirahat biarpun hanya untuk beberapa saat setiap hari.

4.Tentukan tujuan yang realistis bagi diri anda sendiri
Dengan mengurangi jumlah kejadian-kejadian yang terjadi dalam hidup anda, anda akan dapat mengurangi beban yang berlebihan.

5. Jangan mempermasalahkan hal-hal yang sepele
Cobalah untuk memprioritaskan beberpa hal yang benar-benar penting dan biarkan yang lainnya mengikuti.

6.Jangan membebani diri anda secara berlebihan
dengan mengeluh mengenai seluruh beban kerja anda. Tangani setiap tugas sebagaimana mestinya, atau tangani secara selektif dengan memperhatikan beberapa prioritas.

7. Secara selektif ubahlah cara anda bereaksi
Tapi jangan terlalu banyak sekaligus. Fokuskan pada satu masalah dan kendalikan reaksi anda terhadap hal ini.

8.Ubahlah cara pandang anda
Belajarlah untuk mengenali stress. Tingkatkan reaksi tubuh anda dan buatlah pengaturan diri terhadap stress

9. Hindari reaksi yang berlebihan
Mengapa harus membenci jika sedikit tidak suka sudah cukup? Mengapa harus merasa bingung jika cukup dengan hanya merasa gugup? Mengapa harus mengamuk jika marah saja sudah cukup? Mengapa harus depresi ketika cukup dengan merasa sedih?

10. Lakukan sesuatu untuk orang lain
Untuk melepaskan pikiran dari masalah anda sendiri.

11.Tidur secukupnya
Kurang istirahat hanya akan memperburuk stress.

12.Tingkatkan ketahanan diri anda
Yang harus digarisbawahi dari manajemen stress adalah ?Saya membuat diri saya sendiri sedih?.

Sunday, November 8, 2009

::TUPPERWARE::


::Botol susu Nina::





(pic dari sini)

Sebenarnya dah lama jadi ahli Tupperware ni, tapi macam malas nak involve unyuk jadi dealer..tapi lama2 tu,ada jugak yg minta belikan...Bukan ape, banyak faedahnya pakai barangan tupperware ni..tak yah nak pakai plastik yg menyebabkan alam sekitar tak terjaga nanti...

Masa mula2 guna tu, terbukti keberkesanannya. untuk letak sayur, letak ikan, ayam semua ada bekas khas..memang tahan lama, sbb ada controller...Botol susu anak pun sy tukar jenama tupperware, lebih selamat & terjamin. Dah tak risau dah.

Tambah2 pulak klu penutup rosak ke ape ke, leh tukar lain jer, tak yah bayar pun.

Lepas ni saya target nak beli tempat letak beras lak, comey dan praktikal...

Selamat ber TUPPERWARE!

So kat sini kawan2, kalau ada yang nak beli barangan Tupperware, leh la inform saya ye..leh bagi diskaun skali..Jgn lepaskan peluang keemasan ni..:D