Monday, September 5, 2011

::Salam Aidilfitri 1432H::


Salam Syawal pada semua, hari ni 8 Syawal dan saya masih bercuti...Serba sedikit corat-coret sambutan Hari Raya kami..Tahun ni giliran beraya di penang dulu kemudian baru beraya side abang.Alhamdulillah kami balik kpg pada Jumaat (25/8/2011) usai selepas maghrib.Dan alhamdulillah jalan tak jem. Cuma berenti sekejap2 untuk singgah makan dan ke toilet. jam 3.30 pagi sampai di Penang dan terus bersahur. Dapat la bersahur 3 hari dan berbuka pun 3 hari...Alhamdulillah, sbb memang budget tak balik masa rama

dhan hanya tunggu hujung time balik cuti raya ja dapat berbuka sama2 dgn family kat penang.

Tahun ni lebih meriah sebab semua adik beradik 9 orang dapat beraya dan berkumpul sama2. Kami dah plan nak buat bbq malam raya.alhamdulillah, menjadi planning tu..even kat rumah makayah ada 2 orang tgh berpantang..Alhamdulillah dipermudahkan...

Petang menjelang raya, saya sempatla balut ketupat palas dengan mak. Skill dah ada, time ni la dapat tolong balut ketupat...untung dulu2 belajaq dgn mak:)..ptg tu jugak dapat la merasa berbuka dgn ketupat, sbb sempat masak..


1 Syawal

Tahun ni sy tak buat solat sunat hari raya, sbb dah ada anak kecik ni susah skit. Tambah2 feeya susu badan (susu cap gantung) :), lagi la susah nak ting

gai gitu..kang meraung pulak dia pagi2 raya. Yang lelaki pakat pi solat termasuk la mak, tinggai kami2 jer la yang pompuan...hari tu buat mee rebus. So chef dah ada, kak Da jadi ketua chef untuk masak semua...menu mee rebus, mee sup ayam kampung, ketupat palas, rendang ayam, kari daging, nasi impit, kuah kacang....sedap2:) Kaum lelaki sebelum solat sunat hari raya, dah siap2 sarapan ketupat..buat lapik perut.

Saya sibuk siapkan anak2, tak leh siap dulu sbb nak menolong kat dapur nanti dah kotor2 semua, tak best dah. Tunggu semua balik raya, kami pakat2 dok siap semua sbb nak bersalaman dan bergambar. Ada insiden berlaku time ni.cuba kalau belek gambar ramai2 tu, tgk nina pusing ke belakang...tu sbb dok menangis ntah apa punca pun tak tau..dia sampai sudah tak nak bergambar. mujur sblm official ambik gambar semua tu, kami 4 beranak dah posing2 dulu, jadi adala gambar kenangan..cuma tak sama dgn orang lain, sbb lokasi bergambar lain.tapi jadila dari takdak kan...:) puas la pujuk bagai, sampai berdukung2 time ambik gambar...itula anak, tak kira masa dia nak meragam...nasib feeya ok time tu:)


Habis sesi bergambar semua, sesi bersalam-salaman dengan mak ayah dan semua2...Seronok dapat berkumpul semua macam ni...oleh sebab tahun ni raya ada 2 orang berpantang, jadi hall depan tu dah jadi wad bersalin..heheh tak cukup space dah nak bergambar kat situ, jadi kami berkumpul ambik gambar kat ruang depan luar rumah...baru lah dapat ambik semua...

ada fews gambar sepanjang raya, sy just letak sikit ja, yg lain dalam fb..enjoyce!:)




::fendy & co::




::Nina posing::


::Nina n cousins::



::me wif kak wanis::


::3 of us::


::Bersalaman::



::Feeya wif baba::


::my precious sedondon::



::My beloved family::


No comments:

Post a Comment