Sunday, May 29, 2011

::44 hari berpantang::

Alhamdulillah, sudah selesai berpantang..nak crita sikit sebanyak berpantang kali ni.nak kata betul2 44 hari tak juga.sbb ada masa kuar juga.cucuk baby, balik kpg..itu kot pantang wanita moden.hehe. 3 days before delivered dh stay kat ward sbb baru 3cm

Kalau nak dikira dok hospital saja 3 days before delivered..8-10/4. 11/4 baru delivered.kena warded sampai la 15/4..lama gila rasa 5 hari tu. Ingat kali ni boleh la kuar awal. Lepas jer bersalin, ambik darah untuk tahu result hb. Sbb before bersalin 8.6. Sekali lps bersalin turun 7. Doc decided tambah 1 pack darah. 2nd day baru tranfuse. Kena tunggu 1 day utk cek naik tak darah...alhamdulillah naik 8.7..doc cakap dah boleh kuar wad petang tu. Sekali doc buat round visit, alamak dia nampak bb cam kuning skit.Dah kena ambik darah dulu..kalau below 200 takper leh discharge...Punyala harap darah tu ok.Tapi 250 result dia..kena warded lagi, tak leh balik. dok la feeya bawah lampu.

Mula la episod kuning ni. Doc suruh bf je baby..dan biar je bawah lampu semalamam. Tapi tu la, sbb lampu tu panas, mana la mau dia dok bawah tu..last2 letak dia kat katil mama, bawak jer lampu tu atas dia.baru la mau...esok nya cek darah lagi pagi tu..alamak naik lagi 270..Sedih nya rasa time ni kena dok lagi wad..tekad bf dia sejam sekali, then tak nak angkat dari bawah lampu..gigih sbb nak kuar wad..Nasib khamis 14/4 tu adik teman tido kat hospital.tak der la rasa sunyi sbb dok wad first class, sunyi ya amat. tp 2 bed..kalau katil sebelah takder orang, sunyi la sorang2 jaga baby..alhamdulillah waris wanita boleh jaga...

Pagi 15/4 cek darah lagi..sian baby, menangis meraung dia kena cucuk kat kaki..lambat jugak result. dalam kol 11 pagi camtu, doc datang bagitau dah boleh discharge..yeay! rasa macam kuar dari penjara..satu kesian kat hubby sehari 3 kali dia datang lawat...bawak lauk, kadg2 tu saja jer dia dtg...kesian kan kita..shukran abg. Terus tepon abg bgtau dah boleh discharge..Alhamdulillah..

Lega dapat balik rumah..mula la episod berpantang kat rumah. Mujur MIL ada tolong jaga.Seminggu jugak dia jaga kat rumah.Kaklong pun cuti sekolah seminggu..jakun tgk baby:) siap tanya mama..betul ke baby dah kuar mama..hehe macam tak percaya tgk baby..Sbb kuning, jadi baby kena cek lagi kat kpg utuk cek darah dia..

Time ni dah start mandi air herba..kira betul2 la berpantang cara tradisional.bertungku..lepas mandi ltk param ngan pilis..lps tu berbekung. nasib ada MIL ringan sikit ada orang tolong sediakan mana yang perlu..

5 hari lepas tu balik penang..nak mengurut dan cukur kepala baby..Tapi balik tak lama dalam 4 hari cam tu jer..berurut 3 hari berturut2 then trus cukur kepala..pagi khamis tu cek darah baby, naik sampai 15.9 bacaan dia...risau. mak bagi minum air kelapa muda...petua, masa mengandung, ibu minum susu kambing utk elak baby kena jaundice..Insyaallah, next pregnancy, nak praktik..
Time berpantang ni, punya la dok risau dengan master. Sepatutnya viva 3/5..lps negotiate dgn supervisor, dia extend sampai 10/5 (time ni pula besday hubby)..Lega sbb banyak lgi tak settle..punya la tido malam x lena, asyik mimpi master..tp masih boleh buat relax lagi sbb tak nak tertekan, tambah2 time berpantang, lepas tu sian ke baby..mujur hubby banyak support dan tolong mana yang boleh..buat keje rumah, tolong jaga bb..Sampaikan malam esoknya nak viva struggle gila nak siapkan thesis..Dugaan bila baby pulak meragam tak berenti. Hubby pun dah tak tau nak tolong camna...sampai hubby senyap2 sumbat bb dengan puting...dan2 feeya berenti menangis..pelik jugak tetiba diam kan..Alhamdulillah dah siapkan thesis, trus pi jenguk feeya.tengok mulut dah kena sumbat puting..terus cabut puting, bf dia..dia dia..kalau meragam camtu dia nak nyonyot je..diam terus..itula cabaran yang tak leh lupa..

Pegi viva bawak sekali baby..hubby jaga feeya dalam keta smntara tunggu saya hbs viva..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ada few correction kena buat.tp yg penting dah lepas.hoorey!!!!! macam dunia ni ana yang punya..tetiba ada feel nak pi celebrate..tak ingat diri masih berpantang...Tapi alhamdulillah syukur pada Allah....dipermudahkan segalanya...

11/5 ikut hubby pegi supervise practical student di Melaka..Pegi jugak even baru 30 hari berpantang..gamble je..tp lega sbb luka dah sembuh..tu yg semangat jer pegi.hehe Kalau mak tau sure bising..tp tu la orang skrg pantang tak kira dah...ada yg baru jer brapa hari, dah pi shopping kat mall..lagi dahsyat.siap pakai jeans bagai...salute..:)

Pasal breastfeed lak..alhamdulillah sampai hr ke 40, dapat bertahan lagi full bf. Ada masa, pump jugak susu..Feeya jenis minum bnyk, tapi mujur susu banyak..Episod campur susu formula bermula pada hari ke 41 berpantang..Start makan jamu lepas baby dah tak der kuning..ye la kena jugak makan ubat utk bagi luka dalaman sembuh, bagi badan rasa lega..dan tunggu 2 minggu jugak la bagi betul2 elok 100% dari kuning..sekali ruam naik 1 badan..bukan saya jer ruam, baby pun ruam satu badan.Dia asyik nak minum..kering jer bibir. Susu pump pun dah hbs bagi, nipple pun dah crack, memang tertekan masa ni. Bayangkan seharian dia takmo tido..last2 hubby kata, campur la susu formula..kesian tengok camtu. Rasa menyesal pun ada, tp tu la memang rasa tertekan sgt time tu..

Bagi formula bila perlu saja lepas tu...sehingga la berakhir 44 hari berpantang..Alhamdulillah..:)

Sekarang ni kalau malam tido feeya bgn, direct bf..kalau siang jer kalau time dia nak bf kerap, bgla susu formula..mula kesian jgk nak campur tu, tp tu la tak tahan sakit sgt kalau dia kerap nyusu camtu..sbb nipple crack...Tapi semua tu tak membantutkan usaha utk bf Feeya..Insyaallah selagi milk booster mengeluarkan hasilnya..AMIN..

Feeya dah lps 44 hari:)


No comments:

Post a Comment