Friday, December 24, 2010

::Pembawakan::

Salam,

  • Dah lama tak ada N3, tapi sempat buat blogwalking kawan2 cuma tak tinggalkan komen je:) N3 kali just nak tulis perkembangan baby ni dgn kesihatan saya..Dah nak dekat sebulan batuk tak hilang2. Harap tu tak la sampai bersalin nanti..perit rasa bila batuk ni. Malam tak lena tido, asyik nak batuk sbb tekak gatal2, macam nak garu2 jer, tapi camna la nak garu kan...Mula2 tu demam selsema jer, lepas tu batuk..batuk jer la yang tak hilang2, habis 1 family. Kiranya ubat tu sampai dua kali ambik sebab pulun makan ubat. Tak makan, mau tak tido...Tapi doktor nasihatkan supaya makan bila perlu sebab takut baby malas nak gerak.Betul, sbb bila makan tu..2,3 jam lepas tu baru la dia aktif..Alhamdulillah, skrg dah kurang bnyk, even ada lagi saki baki batuk ni, tapi dapat la tido..

  • Akibat tak sihat hari tu, effect jugak masa checkup..Kencing kotor & berat turun 2 kg..Doc kata BP ok, jadi ada kaitan dgn tak sihat, sampai dapat MC. Semalam checkup dekat hospital serdang. Alhamdulillah semua ok, berat naik 0.5 kg selepas 2 minggu checkup sebelum tu..Kira ada improvement la..

  • Cuma yang tak OK, HB makin turun.Last hari tu 9.0..smlm 8.0..Patutla lately ni rasa kepala weng sangat...klu bgn pagi tu, rasa tak larat nak jalan ja. Bintang dah kuar2...Riso jugak takut tumbang kat ofis. Hubby pun dah start hantar dan amik dari opis. Lega la sbb takut tengah jalan tiba2 mata gelap..nauzubillahi minzalik...

  • Semalam ambik lagi darah untuk check next month nya..24/1 appointment kat Hospital Serdang..Sekarang ni ada 3 tempat kena pegi..Letih jugak, tapi demi zuriat tersayang, saya kena kuatkan diri...Doakan saya dapat menempuh perjalanan hingga bersalin..AMIN...

1 comment: