Tuesday, May 11, 2010

::Selamat hari ibu::

Tak terlambat untuk wish semua ibu-ibu/mama-mama/ummi-ummi @ gelaran lain untuk seorang ibu yang melahirkan anak ke dunia ini...
  • Pejam celik pejam celik, hampir 4 tahun dah bergelar seorang ibu.Sekejap je masa berlalu.Tetapi sakit saat melahirkan masih terbayang2, saat berhempas pulas meneran, mempush untuk kuarkan baby....masih jelas dalam ingatan...Bila ingatan tu datang, betapa rasa insaf diri bila mak melahirkan anak seramai 9 orang..9 orang yer...bukan 1, 2, 3...kalau nak di bilang, tambah lagi 2 orang jer, cukup 1 team bola..tapi sebab kami 7 perempuan 2 lelaki, boleh buat team netball je...:)
  • Tiada nilai yang dapat ditandingi dengan kasih ibu..sayang seorang ibu...cinta seorang ibu buat seorang yang bergelar seorang anak. Pengorbanannya terlalu banyak.Bila dah bergelar ibu barulah betul2 memahami isi hati seorang ibu.Kalau boleh setiap permintaan anak akan dipenuhi even kadang2 tu ada kengkangan..sbb ibu ni jiwa dia lebih halus..kalau tak takder la dia sanggup berjaga malam, nak jaga anak, bangun buat susu..tambah2 bila anak demam.Tak tido dibuatnya.Boleh tahan mata sebab takut suhu badan anak naik, takut segala2nya..kemungkinan2 yang mungkin berlaku.Itu lah ibu...ibu yang tak mengenal penat dan lelah...tambahan anak bukannya sentiasa jer behave, kadang2 menguji keimanan, menguji kesabaran..bila dia buat perangai, meragam, ada masa2 dia..Tapi ibu tak penah kenal penat dan jemu...
Mak terlalu istimewa...
Mak terlalu istimewa...
Mak terlalu istimewa...
  • Kalau diingatkan semula kenangan di zaman kanak2, zaman hingusan dulu, mak sgt pentingkan pelajaran, even sakit, kena pi sekolah. Sanggup dia dukung masa standard 4 sbb terluka kki, berbalut..sbb tak nak anak ponteng sekolah..Kiranya hujung tahun mesti kehadiran penuh.cuma masa kena chicken pox jer, cuti seminggu...Betapa penangan seorang mak nak lihat anak dia betul2 berjaya ke menara gading..Kalau malam, dipantaunya baca buku ke tak.Sebab rumah di kpg dekat2, jadinya suara boleh dengaq..kdg2 berlumba2 baca dengan kawan sejiran..walau lain rumah, tapi suara dengaq...Mak...Mak..
  • Sbb mak amat pentingkan pelajaran..tak ksiah la dia miskin harta, tapi biar anak2 berjaya..itu yang mak selalu cakap.Biar ayah cari duit sampai penat lelah, tapi hasilnya di kemudian hari, itu yang mereka impikan...Alhamdulillah, anak2 mak ayah dah berjaya...semua dah ada kehidupan sendiri...semua dah mengecap kebahagiaan masing2..moga mak bahagia melihat kami, anak2 berjaya ke menara gading..
  • Impian mak nak lihat anak mak ni sambung peringkat master, alhamdulillah akan tercapai sedikit masa lagi..Bersyukur sgt sebab mak selalu bagi galakkan untuk sambung pelajaran..Menuntut ilmu tu sepanjang hidup..Dulu masa time mak sekolah tak berkesempatan, sbb nak sara keluarga, nak bagi adik2 belajar, maklumla anak sulong...Alhamdulillah impian mak terlaksana selepas kejayaan anak2 mak...Moga kejayaan kami ini, membahagiakan mak ayah...
  • Mak, dirimu terlalu istimewa...tanpa mu siapalah kami anak2 mu...kau pencetus semangat, pembakar semangat...peniup semangat kami untuk berjaya dalam hidup..
Terima kasih mak..
Terima kasih mak..
Terima kasih mak...
Kau terlalu istimewa di mata kami, anak2 mu...

2 comments:

  1. slmt hr ibu, Fiza...rindu dh dgn n3 tbaru dpd Fiza..hehe...alhamdulillah dh selesai study ye...moga2 bjaya with flying colours amin...

    Sian Nina, chick pox pla dia ye aritu..tp btul biar kene kecik parut mdh hlg..:)

    ReplyDelete
  2. Slmt hari ibu jugak...itulah baru berkesempatan..heheh

    zahin ngan iris sht?

    ReplyDelete