Thursday, August 18, 2011

::Selamat Hari Lahir Kaklong::

Salam. Hari ni 18 Ogos 2011, genap umur Nina 5 tahun. Alhamdulillah perkembangan dia ok..sejak ada baby ni, nampakla kematangan dia sbg kakak...Alhamdulillah.Meragam tu tetap ada, sensitif tu jelas...jeles pun ada, sejak ada baby..:)

Alhamdulillah masa umur 4 tahun lebih dah boleh membaca..paper dah pandai baca...rasa sebak bila dia dah pandai baca ayat2 lazim..doa2, semua dia hafal...ayat lazim tu tak jemu2 dia mengulang.tak kira masa..Alhamdulillah..

Tahun ni sbb jatuh pada bulan puasa, mama baba dah celebrate awal sebelum puasa hari tu. Jadi mama just prepare goodies tuk bagi kat kawan2 kelas di Al-Fatih..jadila untuk kawan2..nx year mama hantar kek besday ye kat sekolah..

Moga kaklong membesar menjadi anak yang solehah..berjaya dunia dan akhirat..Mama, baba dan adik feeya sayang sayang kaklong..



::goodies utk kwn2 di tadika::

::Untuk kawan2 sekelas::

::Gambaq fresh malam tadi ambik..::

::dah besar dah kaklong::

Saturday, August 13, 2011

::Feeya @ 4 months::










Alhamdulillah, hari ni dah 13 hari umat islam berpuasa di bulan mulia ni. dan alhamdulillah saya masih berpuasa penuh..syukur. Ni semua hikmah bf bb...dan bb pada 11/8, genap 4 bulan..Alhamdulillah...

Perkembangan bb:

1) Dah pandai senyum2 bila diagah..

2) Dah cuba nak meniarap..ada 2 kali dia berjaya meniarap sendiri...Alhamdulillah..

3) Suara dia kalau minta sus, mcm jerit2 tu..mmg kena trus bagi kalau tak dia sora lagi kuat.:)

4) takmo baring2 sgt.mesti nak angkat kepala bila kita baringkan dia..kdg2 tu dgn bantal2 dia tarik sekali..

5) cengkaman makin kuat..apa ja dia tarik.tambah2 time mandi..tarik baju la, tuala la..memang cengkam kuat..

6) Alhamdulillah sihat..dgn berat 6.5 kg..panjang dah 65cm, ukr lilit kepala 42cm..



Tuesday, August 2, 2011

::Al-Fatih Integrated School::


Sekitar aktiviti Nina di sekolah..

::Fruit Tastic Day 2011::

Time ni Nina kena bawak buah honeydew..setiap pelajar dah ditugaskan utk bawak buah yg telah ditetapkam. Boleh diarang kenal dan rasa buah yang ada...






::Ni jemputan doktor gigi UKM ke Al-Fatih untuk introduce semua pasal penjagaan gigi.Semua kena bawak berus gigi masing2 dan sebuah mug plastik untuk tujuan tersebut.Comey je masing2 dok dengar briefing..::


Ada lagi aktiviti lain yang Nina join tapi takder gambar..

1. Visit to National Science Center
2. Sadaqah Fund untuk Ramadhan

Aktiviti yang tak dapat join sbb time tu mama tgh berpantang..

1. Al-Fatih Outdoor Camp 2011 @ Agrotek Gardern Resort, Hulu Langat
2. Al-Fatih Family Fun & Picnic 2011 @ Taman Tasik Cyberjaya


Thursday, July 28, 2011

::Terengganu::

Hubby kena pegi ke Terengganu untuk berjumpa dgn pengetua sekolah Imtiaz..sekolah berprofail tinggi (SBT)..memang hebat sekolah ini..Kunjungan ini adalah arahan dari pihak MAIS untuk projek mereka...semua timbalan dekan telah diarahkan untuk mendapatkan input dari sekolah tahfiz seluruh negeri...dan hubby kena pegi terengganu..kebetulan memang dah lama nak pegi sana untuk melancong..kira ni peluang baik untuk follow hubby even perjalanan dia jauh sangat tapi best!:) 12 jam you..mau kematu..hehe tak sangka sejauh tu Jertih bukan Kertih..























Wednesday, July 6, 2011

::Sokongan suami::

Assalamualaikum..

Pejam celik lebih kurang 4 hari lagi nak naik keja..kejap kan masa berlalu.Macam2 perasaan ada sbb nak tinggalkan si kecik kat rumah bbsitter.Maklumla dah hampir 3 bulan 24 jam dengan dia..bila dok tenung muka dia, sedih sgt rasa..ye la dah keja nanti mau dah petang sgt baru jumpa, pagi2 dah hantar rumah bbsitter..kalau time ambik tu dia tido, berapa lama la masa dengan dia..kita lak penat balik keja, tau2 je la mesti nak tido awal sbb esoknya nak bgn awal..sedih, sedih, sedih..tapi nak bt mcmna, dah itu aturannya..kena redha..


Bila dah nak masuk keja ni, kena la fikirkan stok susu utk bb. Tak kan kat ofis nak perah guna manual tu, mesti lambat..nak2 baru masuk ni mesti keja menimbun, kena la catch up semua. Alhamdulillah, hubby memberi support penuh utk buat stok susu. Dan baru ni, hubby belikan breastpump electric jenama spectra3..sbb ni la yg paling murah nak dibandingkan dengan yg kat market dan terkenal sbb digunakan di hospital kerajaan. Ye la tgk jenama Avent, tak mampu almost 1k...ni alhamdulillah hubby belikan..TQ abang ats support..hubby belikan jugak sterlizer dan jugak warmer..senang sikit nak panaskan susu yang simpan dalam fridge..


::Spectra3::


::Sterlizer::

::Warmer::
::Testing guna..Sekali pump dapatla 100ml..alhamdulillah..::


Harapan dan doa supaya stok susu sentiasa banyak..adala rezki untuk Feeya..

Moga Allah kuatkan hati untuk terus menyusu Feeya hingga dia 2 tahun, Insyaallah..


Sunday, June 19, 2011

::Part 3 - Aktiviti padat di Bulan Jun::


::Tok Cu & Opah Cu, the host::
Mereka ada homestay di kpg tman sedia..




















Sambungan..

Week 3 (18 & 19/6)

Minggu ni saya dan family hubby ke Cameron Highlands. Opah dan Tok sedara hubby tinggal di Kampung Taman Sedia, CH. jadi dapat la kami ziarah dan jalan2 sekali..

N3 ni saya letak gambar dl, description akan update kemudian.