Tuesday, August 2, 2011

::Al-Fatih Integrated School::


Sekitar aktiviti Nina di sekolah..

::Fruit Tastic Day 2011::

Time ni Nina kena bawak buah honeydew..setiap pelajar dah ditugaskan utk bawak buah yg telah ditetapkam. Boleh diarang kenal dan rasa buah yang ada...






::Ni jemputan doktor gigi UKM ke Al-Fatih untuk introduce semua pasal penjagaan gigi.Semua kena bawak berus gigi masing2 dan sebuah mug plastik untuk tujuan tersebut.Comey je masing2 dok dengar briefing..::


Ada lagi aktiviti lain yang Nina join tapi takder gambar..

1. Visit to National Science Center
2. Sadaqah Fund untuk Ramadhan

Aktiviti yang tak dapat join sbb time tu mama tgh berpantang..

1. Al-Fatih Outdoor Camp 2011 @ Agrotek Gardern Resort, Hulu Langat
2. Al-Fatih Family Fun & Picnic 2011 @ Taman Tasik Cyberjaya


Thursday, July 28, 2011

::Terengganu::

Hubby kena pegi ke Terengganu untuk berjumpa dgn pengetua sekolah Imtiaz..sekolah berprofail tinggi (SBT)..memang hebat sekolah ini..Kunjungan ini adalah arahan dari pihak MAIS untuk projek mereka...semua timbalan dekan telah diarahkan untuk mendapatkan input dari sekolah tahfiz seluruh negeri...dan hubby kena pegi terengganu..kebetulan memang dah lama nak pegi sana untuk melancong..kira ni peluang baik untuk follow hubby even perjalanan dia jauh sangat tapi best!:) 12 jam you..mau kematu..hehe tak sangka sejauh tu Jertih bukan Kertih..























Wednesday, July 6, 2011

::Sokongan suami::

Assalamualaikum..

Pejam celik lebih kurang 4 hari lagi nak naik keja..kejap kan masa berlalu.Macam2 perasaan ada sbb nak tinggalkan si kecik kat rumah bbsitter.Maklumla dah hampir 3 bulan 24 jam dengan dia..bila dok tenung muka dia, sedih sgt rasa..ye la dah keja nanti mau dah petang sgt baru jumpa, pagi2 dah hantar rumah bbsitter..kalau time ambik tu dia tido, berapa lama la masa dengan dia..kita lak penat balik keja, tau2 je la mesti nak tido awal sbb esoknya nak bgn awal..sedih, sedih, sedih..tapi nak bt mcmna, dah itu aturannya..kena redha..


Bila dah nak masuk keja ni, kena la fikirkan stok susu utk bb. Tak kan kat ofis nak perah guna manual tu, mesti lambat..nak2 baru masuk ni mesti keja menimbun, kena la catch up semua. Alhamdulillah, hubby memberi support penuh utk buat stok susu. Dan baru ni, hubby belikan breastpump electric jenama spectra3..sbb ni la yg paling murah nak dibandingkan dengan yg kat market dan terkenal sbb digunakan di hospital kerajaan. Ye la tgk jenama Avent, tak mampu almost 1k...ni alhamdulillah hubby belikan..TQ abang ats support..hubby belikan jugak sterlizer dan jugak warmer..senang sikit nak panaskan susu yang simpan dalam fridge..


::Spectra3::


::Sterlizer::

::Warmer::
::Testing guna..Sekali pump dapatla 100ml..alhamdulillah..::


Harapan dan doa supaya stok susu sentiasa banyak..adala rezki untuk Feeya..

Moga Allah kuatkan hati untuk terus menyusu Feeya hingga dia 2 tahun, Insyaallah..


Sunday, June 19, 2011

::Part 3 - Aktiviti padat di Bulan Jun::


::Tok Cu & Opah Cu, the host::
Mereka ada homestay di kpg tman sedia..




















Sambungan..

Week 3 (18 & 19/6)

Minggu ni saya dan family hubby ke Cameron Highlands. Opah dan Tok sedara hubby tinggal di Kampung Taman Sedia, CH. jadi dapat la kami ziarah dan jalan2 sekali..

N3 ni saya letak gambar dl, description akan update kemudian.

::Part 2- Aktiviti Padat di Bulan Jun::

Sambungan...

Week 2 (12/6)

Minggu ni kami pi Ipoh, kenduri Abg Ngah anak Maklang..

Gambaq nanti upload..

::- Part 1-Aktiviti padat di bulan Jun::

Assalamualaikum..

N3 ni walaupun tajuk dia bulan Jun, tapi takpela nak update sehingga 20/6..nti later akan diupdate jika ada penambahan...Ni kiranya kisah habiskan weekend setiap minggu di bln 6..kira padat la schedule, nasib masih bercuti kan pantang 3 bln:)

Week 1 (4/6-6/6)

Balik Penang time ni sbb anak pakndak (adik ayah) kawin. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kami bertolak hari Khamis petang lagi. Sbb hubby dah amik cuti Jumaat (3/6) & 6/6 (Isnin) utk hbskan cuti di kpg. Sabtu tu kenduri sebelah pompuan,then Ahad sblh lelaki. Senang kan habiskan minggu tu jugak, tak yah nak sibuk mggu lain. dan pengantin laki duduk tak jauh pun, ada la 15 minit perjalanan.Ni kira kalau raya tak yah gaduh2, sng..dekat sgt.

Ahad tu kami semua pakat pi manyambut la (ni kalau orang utara sebut menyambut kalau kenduri belah lelaki..semua berjalan lancar cuma yang tak bagusnya, kami semua pakat sakit perut.Makanan dia memang sedap kat rumah pengantin lelaki tapi spoil la sikit sbb mungkin lauk dia ada yg masak awai kot, sbb tu kami kena. Hubby je yg terkecuali, kebal kot perut dia. Saya sampai termuntah2 teruk, nak bgn pun tak larat..nak nyusu baby pun tak larat. Malam tu pulak kakak ada buat makan2 kat rumah dia,saya dah surrender sbb dah tak larat nak bgn, tp yg lain tak la selembik saya, so semua pakat pi. Tinggal mak, saya ngan baby kat rumah. Balik dari rumah kakak, hubby bwk balik putik daun jambu, utk hilangkan sakit perut. Alhamdulillah petua tu menjadi..sbb dok ingat esok tu nak pi Pekan Rabu kat Alor Setar..tak kan nak berenti2 tgh jalan..

Sempat la shopping baju melayu hubby dan ole-ole utk bawak balik KL nanti. Kami pi 2 buah kereta, mak pun ikut. Ayah je tak dapat ikut sbb ada hal.. Kami sampai jam 10..30 malam tu. Lps shopping singgah rumah adik di pokok sena. dia duduk sana, suami dia orang sana. Dia mengajaq kat situ. Tak penah sampai lagi rumah dia. Dulu dia mengajaq kat tapah, bila kawin ikut suami, pindah situ. La ni dok menanti cahayamata pertama, insyaallah bulan depan.

- N3 ni tak dak gambaq lagi, nti update.


Monday, May 30, 2011

::Kak Long Nina::

Dah lama tak crita pasal Nina..sekarang dah naik pangkat kaklong.Teruja ada adik, sbb dah lama sorang..Alhamdulillah perkembangan bagus. Dah masuk tadika ni, banyak perkembangan boleh lihat..Stiap kali balik sekolah, ada jer doa atau ayat lazim yang dah hafaz..Lepas tu jenis suka ulang2 baca sampai la dia boleh, tak jemu..Alhamdulillah tak payah suruh2, sendiri mau. Senang, mama baba just pantau dan betulkan yang mana salah...

Kat sekolah guna buku "Bacalah Anakku"..alhamdulillah, dia dah masuk buku 5..sbb tice tak bagi 8 buku sekaligus..lain budak lain pencapaiannya..Alhamdulillah skrg bulan 5, Kak long dah baca buku 5..mmg on track la..Syukur sgt. Solat pun dah pandai..tak payah suruh.masuk waktu, ambik wudu' then pakai jer telekung trus solat..sbb di sekolah, diaorang dilatih solat setiap hari..


Sampai ada sekali tu..siap ajar mama baca doa nak masuk bilik air..:) dia akan buat macam dia buat kat sekolah..sbb budak2 ni kalau tice/ustazah diaorang suruh buat atau ajar apa2, mesti betul punya dan diaorang patuh..pantang kalau mak ayah berlawanan dgn tice/ustazah ckp, mesti menangkan tice diaorang..:)

Yang paling lucu, dalam keta dia nyanyi untuk adik dia..lagu ikut lagu " cucu cucu tak dapat lari"
Tapi dia tukar lirik..masa first time dengar tu kami suami isteri mmg tak sangka sangat budak nak masuk 5 tahun boleh lak compose lagu camtu..Lagu tu bunyi macam ni..

" adik adik si mata bulat, hidung mancung mulut senyum,suka manja suka nyusu, mama penat dalam hati"

:) macam mana la dia leh terfikir camtu...Alhamdulillah, dia membesar dengan baik...moga dia terus bersemangat belajar dan menjadi anak yang solehah..AMIN

Layan pic kak long..