Wednesday, February 1, 2012

:: Alahai.....::

Tahun 2012 dan sebulan berlalu, baru la sempat nak buat n3 baru.Selalu je buka, tapi malas na nak menaip.Blog walking sempat ja:) Banyak jugak cerita baru...bulan Januari 2012 banyak benda berlaku..

Awal tahun sibuk dengan mesyuarat, boleh kata setiap minggu 2,3 mesyuarat.pening dok ngadap..Dengan meeting bersama penyelaras, mesyuarat tele-conferencing dan banyak lagi la..bukan apa, meeting bukan takat sejam dua, kadang2 tu sampai 3,4 jam, tu yang penat. Panaih punggung ni aih dok ngadap macam tu. Tapi takpa la, semua tu tanggungjawab. Kena kuatkan semangat!

Chinese New Year baru ni balik kampung..kenduri ayah balik mekah baru dapat buat sebab mak kan tak sihat, jadi nya kesian la nak susah2 kan dia. Lagi la mak bertambah penat kalau buat kenduri semua tu. Jadinya, kami plan buat rumah kak da (kakanda ke-2) ja, senang cerita. Kami tumpang akikah sekali Nur Wafeeya Husna...Maaf ya kawan2 yang lain tak sempat nak jemput, kelam kabut..sebab masak sendiri, tak dak la orang kampung mai tolong, sebab kami2 ja gotong-royong buat. Oran gmai makan ja..panggil gak orang kpg mak ayah, tapi tak ramai la..Menu malam tu, daging kambing masak kari dengan nangka, pesamah itik, ayam masak merah, air asam, teh tarik dgn air sirap limau..


(Kambing utk akikah)

(Setia untuk melihat saat kambing disembelih sampai la dilapah)

(tungkus-lumus pakngah dok lapah..tq pakngah)

(Hidangan paling laris..teh tarik!)





Start balik sini kalut dengan exam week la pulak dari 27 Januari - 19 Februari ni. Hari tu dah tugas jaga exam, dengan jaga kaunter lagi (tolong bagi baucer buku kat student), penat weekend keja. Lepas tu 13 -15/2 ni ada bengkel TOT lak kat Royale Bintang, Seremban...Tinggai la anak2 ngan hubby sbb time weekdays..Macamna la gaya nya abang bangun malam bg susu:) selalu sumbat ja...ni nak kena bangun la panas kan susu..Harap semuanya berjalan lancar...

dari 11/2 - 19/2 fully occupied...

11/2 - 12/2 (jaga exam pagi petang)
13/2 - 15/2 (Bengkel TOT @ Royale Bintang, Seremban)
16/2 (Chekcup Feeya, pagi tu masuk sekejap ofis)
17/2 - 19/2 (Out station, nasib angkut 1 family)

Mesti PENAT kan...tapi semua tu dapat dilalui jika ada family tersayang di sisi...Terima kasih abg, anak2 yang memahami....

Wednesday, December 28, 2011

::Bila anak2 sakit..::

Assalamualaikum..

n3 dah lama tak publish.Takder mood..harap kan ke mood jer la baru nak update:)Nak crita pasal si kecik feeya yang demam lama....Dari last month dia kena sakit mata...lama gak la, dalam 5 hari jangkit dengan baba. Sian bila demam, sakit mata pulak.nak tinggai kat pengasuh takut jangkit kat org lain, jadi mama EL 2 hari jaga feeya..dgn kak long skali tak hantar. Nasib kaklong kena sikit2 ja, dan mama pun kena jugak..tp sbb cpt2 pkai eyedrop, alhamdulillah sembuh cepat..

Lps tu this month demam lagi. Lepas jatuh katil yg ke-2 kalinya..(sian anak mama, bf punya pasal atas katil, tak sedar anak dah selamat jatuh, pity her)..tp tak terus demam lepas jatuh..dalam 2 hari lepas tu baru demam..demam terkejut pun ye..demam urat..takut jugak demam tak kebah2, bila malam ja start naik tinggi suhu. Time ni sikit punya seksa dia nak breasfeed mungkin tonsil bengkak ke sbb air liur tu asyik keluar ja..sian sgt takut lapar sbb nyusu kurang.cukup 3 hari repeat jumpa doc, dapat antibiotik..lepas 3 hari pulak, kena lak selsema & batuk pakej sekali..time ni dia susah nak tido, idung tersumbat..dgn mama tak tido, sian dok resah nak tido.

Alhamdulillah selepas 8 hari demam, dah kembali sihat dan aktif...Alhamdulillah..:) Demam nak dapat akal pun ye kot, tgk mcm2 kerenah dia sekarang..lasak kemain lagi, tambah sekarang dia berani lepas tangan bila berdiri. Kalau tgh drive tu, selamba ja dia berdiri dalam car seat dia...bahaya2. Tapi bgs la utk perkembangan dia, banyak akal dia..


(Bikin hati mama ni cair bl dah sihat macam ni:)

Thursday, December 8, 2011

:: Feeya 8 months::

Assalamualaikum...

Mama buat N3 siap2..nanti 11/12 terus publish kan..Alhamdulillah feeya sihat, cuma sakit mata..perkembangan ok. Ni antara yang dah pandai:

1)pandai duduk dah tanpa bantuan
2)pandai dah berdiri, paut2..tapi kena pegangla sbb dia berani paut sebelah tgn..
3)banyak makan dah..tapi nestum ja yang dia nak makan, yg lain tak mau. cuba buat bubur, tapi habis seperiuk mama buang..dia tak leh telan..percubaan mama 3 kali, tapi semua dia tolak
4)dah pandai sebut ma-ma ma-ma, baba tak pandai lagi:))
5)tak mau sgt tidoq2 ni..nak berjaga, aktif ja nak gerak sana sini..last2 letak dalam walker lebih mudah mama nak buat keja kalau cik abe tak dak..sapa nak harap..kak long sibuk dgn keja dia..tak leh nak terlepas pandang, takut pa pa jadi
6)pantang nampak buku..nak pegang, konon pandai baca..pantang tengok kak long baca buku, dia pun nak join...





::3 series...::

Salam,

Dah lama rasanya tak dak N3 sbb tak dak mood..tapi blogwalking selalu..hehe. Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ilahi atas nikmat usia..Dah masuk alam 3 series ni, dah rasa tua..huwa..nak sweet 20-an..cepatkan masa berlalu. tup tup dah nak 4 series ni, bukan lama pun 10 tahun lagi..itu pun kalau umoq masih ada..tgk jugak bekalan untuk bawak ke sana, cukup ke dak lagi..insap2..

Sempena sambutan hari special ni, cik abe buat surprise beli kek dari sr..sekali sampai rumah, kek tu terlupa bawak balik.sbb ada benda lain dia beli,x check dulu bebetoi..ingat semua dah ada..tp takpa lah leh simpan pun kek tu..lagipun masa beli tu baru 5 Disember..esoknya pun baru hari kejadian advance 1 hari..TQ abang for the surprise:) love u so much...

Tiada harapan melainkan dapat menjadi seorang anak, isteri, ibu dan pekerja yang terbaik...moga kehidupan dilimpahi kasih sayang di samping semua yang sy sayang..

Impian yang telah tercapai sblm masuk 30:

1) Berjaya menggenggam ijazah sarjana
2) Melahirkan puteri ke-2
3) Beli rumah

'Ala kullihal Alhamdulillah..

Friday, November 11, 2011

::Alhamdulillah..berakhir sudah penantian::.

Assalamualaikum..wrt wbrkth..

Pertama skali panjatkan kesyukuran atas nikmat dan rahmat Mu ya Allah. Akhirnya usaha, doa dan tawakkal kami berhasil..Alhamdulillah...apa benda nya..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kami dah beli rumah...Alhamdulillah...:))

Al-kisahnya, bermula dari bulan September lagi. Dari rumah lelong, rumah atas tangan orang, semua dah tanya. Sbb dok pikir harga rumah sekarang ni mencanak naik..Area rumah sewa skrg, kalau tak 300 ribu ke atas, jgn harapla..tu rumah baru la..nak2 dkt situ ada yang letak harga 400k ke atas..rasa macam tak masuk akal nya harga melambung naik camtu..Ingat nak cari dekat2 situ la..tapi kalau harga kemain punya la mahai, harusla padam trus niat nak survey kat situ..Takut hari2 makan nasi ngan telur ja nanti:))..

Ke hulu hilir dok mencari rumah..Tgk iklan, pi survey sampai ke Nilai sana..congak sana congak sini.macam tak sesuai lak kalau dok Nilai, nanti susah la anak nak sekolah, sbb dah masuk Negeri Sembilan...Itula kalau dah nama rezki, cari punya cari...Akhirnya...kira main dan ja pi..gamble camtu ja..Kami pi tengok area Semenyih..kalau dari rumah sewa sekarang dalam 15 minit cam tu la...Lalu2 situ nampak ada 1 perumahan, nama dia Pelangi Semenyih 1..tanya la kat pak guard situ, dia kata situ semua dah sold out.sekarang yang ada Pelangi Semenyih 2..tengah dok buat..Apa lagi zass terus ke sana...nak tgk rumah contoh. First tengok2 tu, trus jatuh cinta...1) sbb dapur dia tertutup 2) lantai parking dia siap ada simen cantik 3) ada family area kat atas..kira semua berkenan la habis crita:)..luas 20x 70...ok la..harga pun ok la, x der la cecah 300k..boleh lagi la yang patut padan dengan kami..Alhamdulillah..

Bila tanya2 pak guard situ kat mana office dia, trus ke sana..alhamdulillah, rezki kami..sbb rumah hanya tinggal 2 unit saja lagi..alhamdulillah...lepas dah discuss lebih kurang, decide confirm nak beli...hubby bayar duit booking semua..lps tu nak kena buat permohonan loan lak dengan bank...

Dalam 2 minggu lepas banyak lak bank yang call, nak offer macam2 package. Dah decide dgn hubby nak go for islamic bank..so decide last nak dgn bank muamalat..Set date, pegi jumpa dengan sale officer dia...Bila dia tgk semua docs kami berdua, dia kata insyaallah lepas... kat situ dah rasa lega banyak..dia kata apa2 hal, nanti dia call...Khamis lepas (3/11/2011), dia call cakap loan dah approved!!! Alhamdulillah..Impian kami dah tercapai, syukur pada mu ya Allah..
So rabu (9/11/2011) kami pegi bank, untuk sign document....Alhamdulillah, dah selesai 1 bab..Semalam dapat surat dari developer's legal firm untuk sign S&P...Insyaallah Sabtu ni nak pi sign..


Harapan dan doa, moga perjalanan kami untuk memiliki rumah ni berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...

Sebelum rumah tu siap (maybe April 2013)...harap dapat la simpan duit untuk keperluan masuk rumah, bukan sikit duit nak guna tu..Tapi apa2 pun, pelan2..dan ukur apa yang kita ada...jgn compare dgn orang lain...


'Ala Kullihal...Alhamdulillah...:)